English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Saturday, July 11, 2015

TURKEY....AKHIRNYA KU TEMUIMU... 2015 DAY 1.


    Lapangan Terbang Sabeha Gokcen  

6 Jun 2015, seawal jam 6.30 pagi saya bergerak meninggalkan rumah di Puncak Alam menuju ke KLIA dengan menaiki teksi untuk mendapatkan penerbangan Qatar Airways yang akan membawa saya ke Istanbul, Turkey. Kembara pada tahun ini menjadi nyata atas urusan tugas untuk membentangkan kertas kerja dalam konferen 'SOCIO-INT15, 2nd INTERNATIONAL CONFERENCE ON EDUCATION, SOCAIL SCIENCES AND HUMANITIES' yang berlangsung pada 8th, 9th and 10th of June, 2015 - istanbul, Turkey. Kira-kira jam 7.30 pagi saya tiba di KLIA dan terus sahaja ke kaunter Qatar untuk tujuan 'bag drop' kerana saya telah pun mendaftar masuk secara dalam talian sejak 36 jam yang alau. Tiket penerbangan telah ditempah sejak dua bulan yang lalu untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Maklumlah, perbelanjaan untuk pembentangan pada konferen kali adalah atas pembiayaaan sendiri. Nampaknya bajet dari Perbendaharaan Malaysia untuk kakitangan akademik membentangkan kertas kerja semakin menyusut. Mungkin bersebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini agaknya?!... Ntahlah...... Urusan di kaunter ni tidaklah lama kerana hanya  daftar masuk beg sahaja. Usai di situ saya terus menuju ke terminal gate C01 kerana penerbangan saya akan berangkat pada jam 9.45 pagi. Sementara menunggu untuk boarding saya sempat mendapatkan sarapan pagi dengan menu mee kari Penang di restoran Noodles berhampiran. Lepak-lepak kejap kat situ sambil melayari internet melalui telefon bimbit dan whatsup lah apa-apa yang patut sementara masih ada line sebelum berlepas.                                                                                          



 Lapangan Terbang Sabiha Gokcen

Selesai mengisi perut, saya terus turun menuju ke gate C01 dan mendaftar masuk untuk memasuki pesawat yang berlepas tidak berapa lama  selepas itu kerana penerbangan ini bergerak mengikut jadual yang ditetapkan. Tidak banyak yang dilakukan di dalam flight ni hanya meninton video sahaja dan dapatlah habis dua cerita sebelum mendarat di Doha airport selepas kira-kira tujuh jam berada dalam penerbangan pesawat. Waktu Qatar lima jam lewat dar waktu Malaysia, jadi pesawat mendarat kira-kira jam 12pm waktu Qatar. Kebetulan waktu Qatar dan Turkey adalah sama, jadi saya tidak perlu menukarkan waktu lagi. Setelah mendarat, saya keluar dari perut pesawat dan terus menuju ke kaunter imigresen untuk penumpang 'transit' dan usi di situ, saya terus menuju ke gate untuk penerbangan Qatar ke Istanbul. Oleh sebab penerbangan akan berlepas pada jam 1.40pm waktu Qatar maka saya pun bercadang untuk menunaikan solat terlebih dahulu. Kebetulan pula waktu solat musim panas di Qatar lebih awal, iaitu jam 12.40pm dah masuk waktu. Jadi saya pun menunaikan solat di surau yang terletak bersebelahan dengan gate berlepas tu. Oh, ya saya baru perasan yang terminal airport Doha ni dah diperbesarkan dan nampaknya lebih luas dan besar berbanding sebelumnya. Prasarananya juga sudah semakin diperbaiki dan yang ketara adalah ruang solat yang disediakan. Sebelum ni penumpang perlu mengambil wuduk di tandas bersebelahan ruang solat yang lama tu. Payah sikit masa tu sebab tiada selipar disediakan dan jemaah yang mengambil wuduk terpaksa bersesak-sesak dengan orang yang ingin menggunakan tandas. Tetapi kini ruang solat yang baharu telah tersedia dengan ruang mengambil wuduk yang selesa dan penggunaan paipnya menggunakan 'sensor' lagi. Kena sentuh sensor dengan belakang tapak tangan terlebih dahulu baharulah air boleh keluar dan akan berhenti dalam jangkamasa tertentu dan perlu disentuh semula untuk meneruskan air keluar. Hmmmmm..... lebih mudah dan selesa berbanding dahulu...

                                                                                                  


  Lapangan Terbang Sabiha Gokcen

 Tram di Taksim Square

 Selesai solat, saya terus masuk ke gate dan menunggu pesawat yang juga berlepas mengikut masa yang ditetapkan. Cuma pesawat dari Doha ke Istanbul ni kecil je la berbanding dengan dari KLIA ke Doha. Jadi, sesaklah sikit dan kebetulan pula penerbangan ini penuh dengan penumpang dan tiada tempat duduk yang kosong... hmmm... tak pe lah... Lagi pun penerbangan ini mengambil masa lebih kurang empat jam sahaja untuk tiba di destinasi. Dalam tempoh masa tu, sempatlah saya menonton satu video sebelum pesawat mendarat. Kira-kira jam 6.40pm waktu Turkey, pesawat pun selamat mendarat di Sabiha Gokcen International Airport, Istanbul. Qatar Airways ni mendarat di lapangan terbang kedua Istanbul dan bukannya di Atartuk airport. Keluar sahaja dari perut pesawat, saya terus menuju ke kaunter imigresen untuk cop pasport dan nampakanya Alhamdulillah... urusan di sini mudah je.. Kemudian saya terus menuju ke ruang pengambilan beg. Oleh sebab agak lama juga bar beg keluar, saya mengambil kesempatan untuk menukar wang di kaunter pertukaran wang yang kebetulan berada berdekatan situ. Saya menukar wang untuk tujuan tambang bas dan teksi serta bayaran untuk penginapan sahaja dahulu. Penginapan pun telah ditempah lebih awal secara dalam talian sejak dua bulan yang lalu. Penginapan hostel tu pulak hanya menerima wang tunai sahaja dan tidak menerima kad kredit. Jadi, saya perlu menyediakan wang yang secukupnya untuk penginapan selama lima malam seperti yang telah ditempah.



  
 Taksim Square

Setelah mendapatkan beg, saya keluar menuju ke kaunter penerangan untuk bertanyakan mod pengangkutan yang sesuai saya ambil untuk menuju ke penginapan yang terletak di Beyoglu, Taksim, Istanbul. Saya dimaklumkan agar mengambil bas yang dipanggil Havatas dan telah pun tersedia menunggu di luar terminal. Saya berbelah bahagi samada perlu naik bas atau naik teksi memandangkan cuaca mendung pada ketika itu dan jam 7 malam musim panas ni sepatutnya masih cerah sudah pun bertukar gelap. Sebab sepatutnya cerah lagi kerana waktu maghrib hanya masuk pada jam 8.45 malam waktu Turkey. Namun, sebab hujan maka gelap lah pulak.... Saya pun terus sahaja menuju ke bas yang dah ada kat depan tu... tak pe lah.... nanti pandai-pandai lah cari penginapan tu.... beg pun dimasukkan dan saya pun terus masuk ke dalam perut bas. Setelah penumpang penuh, baharulah bas bergerak setelah kira-kira 15 minit saya berada di dalam bas tu. Konduktor bas memaklumkan melalui pembesar suara bahawa tambang adalah sebanyak 14TL (Lebih kurang RM16) dan meminta penumpang menyediakan jumlah wang tersebut (Jumlah ni lebih murah berbanding teksi yang berharga kira-kira 45TL - 50TL). Kemudian konduktor bergerak mengutip wang daripada semua penumpang. Hari masih hujan dan jalan juga agak sesak dengan trafik jam menuju ke Taksim, iaitu stesen bas terakhir di kota istanbul untuk havatas dari airport ni. Lebih kurang 45 minit perjalanan baharulah bas tiba di Taksim dan hari pun sudah kian gelap diikuti hujan yang masih renyai-renyai.




 Levanten Apartment, kediaman ku selama 5 malam

 Saya turun dari bas, mengambil beg dan tak tau nak ke mana nak tuju.....alamat yang ada juga kurang membantu..... Pemandu teksi menawarkan perkhidmatan tetapi saya tolak dahulu sebab nak cari juga alamt tu sendiri dengan berjalan kaki di dalam hujan yang gelap itu... kononnya.... saya ternampak sebuah restoran di tepi stesen tu dan bertanya kepada pembantu restoran alamat seperti yang tertera pada kertas di tangan saya yang telah saya cetak sejak awal lagi. Saya pun menuju ke arah yang ditunjukkan sehingga saya tiba di Taksim Square di mana terdapat banyak persimpangan di setiap bulatan dataran itu... cam ne ni... katanya tadi terus jee.... ni nak terus ke simpang yang mana??? ... Saya pun bertanya lagi ke sekeliling dan setelah puas mancari simpang dan masih tidak berjumpa, saya pun mengambil alternatif terakhir denganb ertanyakan kepada pemandu teksi dan minta dihantarkan ke alamat yang tertera pada kertas di tangan saya. Kaki dah mula letih dan badan pun dan basah kuyup dan saya fikir tidak mungkin saya dapat mencari alamat tersebut dalam keadaan gelap dan hujan ni. Pemandu teksi tu pun memasukkan beg saya ke dalam teksi dan saya pun masuk. Teksi bergerak dan pemandu teksi tu pun sebenarnya tak berapa pasti lokasi sebenar hostel tu di mana. Tapi alamat yang saya ada tu betul lah berhampiran dengan Taksim Square tu je. Pemandu teksi tu cuba menghubungi kawannya melalu telefon bimbit dalam bahasa Turkey la... kemudian masih tidak berjumpa sagi sehingga dia bertanyakan kepada penduduk sekitar sebanyak dua kali untuk mendapatkan kepastian tentang lokasi sebenar alamat yang saya bagi tu. Lebih kurang 10 minit la pusing-pusing kat kawasan yang sama tu dan akhirnya bertemu jua....Alhamdulillah.... saya pun bayar lah 20TL untuk tambang teksi tu..... walaupun agak mahal tapi dah rezeki pemandu teksi tu agaknya.... tak pe lah... kongsi-kongsi rezeki.... yang pentingnya saya dah selamat sampai......




Kejiranan di Levanten Apartment 

Sejurus itu, saya terus sahaja masuk dan mendaftar di kaunter penerimaan Levanten Apartment yang memang telah sedia menanti kehadiran saya. Saya pun membayar sejumlah wang penuh untuk penginapan selama lima malam berjumlah 450TL. Saya menunggu untuk mendapatkan resit tapi masih tidak diberikan lalau saya pun bertanyakan resit penginapan selama lima malam tu dan dimaklumkan akan diberikan kemudian. Saya pun akur dan terus dibawa ke kamar single seperti yang ditempah terletak di tingkat dua bilik bernombor 207. Tanpa membuang masa saya meletakkan barang dan terus menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri dan solat kerana jam telah menunjukkan pukul 10.00pm. Solat Isyak pada jam 10.20pm. Selesai solat, saya turun semula ke kaunter untuk mendapatkan peta istanbul sebab esok saya perlu mencari hotel Nippon, iaitu lokasi konferen yang saya sertai diadakan.... dah dapat penerangan tentang peta tu, saya bertanyakan semula tentang resit bayaran hotel dan penjaga kaunter ni orang lain pulak dan dia kata esok pagi je lah ambil.... Saya pun akur lagi dan naik semula ke kamar lalu terus tertidur sebab letih sangat selepas melalui hampir 15 jam perjalanan...

2 comments:

Unknown said...

Assalammualaikum saudara klu transit tu beg luggage tu mcm mna?dia trus direct ke sabiha gocken kah??

Bin Basra said...

YUp, terus direct. tapi masa check-in luggage tu kena confirm dengan petugas kaunter tu.