Edinburgh, Scotland selepas berbuka puasa
Usai mengadakan persembahan di Kirkcaldy, semua peserta menaiki bas masing-masing dan kami semua bergerak menuju ke kota Edinburgh, Scotland pula kerana pada malam ini kami akan bermalam di kota ini. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit dan tiba sahaj di sini kami diberikan kunci penginapan masing-masing yang lokasinya terletak di tengah-tengah kota Edinburgh. Setelah masuk ke kamar masing-masing dan menunaikan solat dan beristirehat seketika, saya mengajak rakan-rakan untuk keluar bagi mendapatkan makan untuk berbuka puasa. Akhirnya kami bertemu dengan sebuah restoran Arab.....
Keesokan harinya, Kami bersedia pula untuk acara perarakan yang akan diadakan di kota ini bermula dari Istana Atas Bukit yang terletak di Princes Street Garden yang terkenal itu. Bertolak dari lokasi kediaman selepas daftar keluar, bas kami terus menuju ke gate utama Princes Street Garden dan parker di situ. Kami pun turun dan berjalan kaki melalui taman untuk menuju ke Istana Atas Bukit di mana kami akan memulakan perarakan dari sana.....
Princes Street Garden
Princes Street Garden
Princes Street Garden
Princes Street Garden
Princes Street Garden
Princes Street Garden
Princes Street Garden
Usai perarakan mengelilingi sebahagian daripada kota Edinburgh kami beristirehat di taman yang terkenal itu sambil menyaksikan orang ramai yang dating berkunjung menyaksikan persembahan yang pelbagai diadakan di situ.....sementara menunggu untuk menaiki bas.....Setelah semuanya selesai, kesemua peserta menaiki bas masing-masing semula kerana kami akan mengadakan perjalanan pulang semula ke Victoria Hall di Liverpool......
Princes Street Garden bersama peserta tuan rumah dari Edinburgh dengan kostum tradisional Scottish.
Perjalanan pulang ke Liverpool juga mengambil masa selama 6 jam dan kami berbuka puasa di dalam bas sahaj dan makanan ala kadar sempat dibeli ketika bas berhenti di R&R yang terdapat di labuhraya. Setibanya di Liverpool waktu telah pun menghampiri untuk bersahur dan kami pun memasak ala kadar untuk bersahur merangkap buka puasa sekali pada malam itu.....
No comments:
Post a Comment