English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, December 16, 2014

Makyung Di Peta Dunia 3

 
Hari ni acara untuk kami sertai telah pun bermula dan seawall jam 9 pagi kami telah bersiap sedia dari kediaman untuk menyertai acara perarakan dengan memakai kostum dari negara masing-masing mengikut persembahan yang akan dipertontonkan. Oleh sebab kami akan mempersembahkan persembahan Makyung maka kostum kami untuk acara perarakan adalah kostum Makyung.
 


 
Acara perarakan ini adalah untuk memperkenalkan Negara-Negara peserta yang turut mengambil bahagian dalam festival kesenian ini. Dari penginapan di Victoria Hall kami berjalan kaki menuju ke The Arts Centre di mana ia merupakan lokasi perarakan akan bermula.
 


 
Semua peserta dari seluruh dinia yang mengambil bahagian berkumpul di lokasi yang sama dan setelah semua bersedia, kami mura berarak dengan berjalan kaki mengelilingi kota Liverpool dengan disaksikan oleh penduduk kota ini yang turut keluar untuk menyaksikan perarakan trsebut.
 




Perarakan untuk kali pertama ini berakhir setelah kira-kira 1 jam kami berarak di sekeliling kota Liverpool. Walaupun keletihan kerana berpuasa, namun kami masih mampu tersenyum........

No comments: