Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland
Hari-hari di Liverpool diisi dengan beberapa aktiviti persembahan yang dibuat secara bergilir-gilir antara negara peserta dan sehinggalah ke hari ini apabila kami akan bertolak ke Scotland pula. Seawal jam 5 pagi (matahari dah mula bersinar pun kat sini sebab waktu subuh pada jam 2 subuh tadi) kesemua kami daripada negara peserta berkonvoi beramai-ramai dengan menaiki bas menuju ke Edinburgh, Scotland kerana kami akan mengadakan persembahan di sana pula bersempena dengan pesta sukan Komenwell yang diadakan di Glasgow, Scotland pada tahun ini.
Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland
Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland
Perjalanan kami menaiki bas mengambil masa selama 6 jam untuk tiba di sana dan lokasi yang kami tujui adalah Bandar kecil Edinburgh, Scotland. Perjalanan kami ke sini diiringi dengan hujan gerimis yang kadang-kadang perlahan dan kadang-kadang lebat. Setibanya kami di sini, kami sepatutnya mengadakan perarakan di jalanan untuk memperkenalkan Negara masing-masing. Namun, oleh sebab cuaca hujan, maka kami tidak turut serta berarak. Sebaliknya hanya peserta tuan rumah sahaja yang terdiri daripada komuniti di pekan ini yang berarak.
Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland
Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland
Tetapi kami hanya perlu mengadakan persembahan dilokasi yang telah ditentukan untuk setiap Negara di sekitar pekan kecil ini. Kumpulan kami telah ditetapkan untuk membuat persembahan di dalam sebuah pasaraya yang terkenal di pekan ini, iaitu Pasaraya Mercat.
Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland
Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland
Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland
Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland
Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland
Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland
Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland
Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland
Usai membuat persembahan, saya mengambil kesempatan bersiar-siar di pekan kecil yang indah ini sambil menyaksikan kumpulan tuan rumah dan kumpulan antarabangsa lain yang membuat persembahan di sekitar kawasan kota. Suasanya memang meriah kerana di bahagian-bahagian tertentu kota ini ini didirikan pentas utuk kumpulan membuat persembahan. Dalam masa yang sama juga perarakan dijalanan turut berlangsung.........
No comments:
Post a Comment