Tiket River Cruise
Sepeti yang telah saya rancang semalam, hari ini seusai sarapan pagi saya terus menuju ke kaunter belian tiket river cruise yang terletak di tepian sungai Rhine yang terkenal itu. Sesampainya sahaja di kaunter tersebut, saya terus meembeli tiket yang berharga 16 Euro boleh digunakan selama 24 jam dan boleh hop on hop off. Simpan je tiket tu selama 24 jam dan guna lah bila-bila suka dan berapa kerap pun dalam tempoh tu.....
Tiket River Cruise 16 Euro
Dalam Cruise
8 point berhenti yang boleh disinggahi
Terdapat lapan point perhentian yang merupakan lokasi-lokasi yang terkenal untuk dilawati di kota Paris ni seperti ikon dalam gambar tu.... ikon-ikon tu semua menunjukkan lokasi yang boleh disinggahi......namun kesemua lokasi tu telah pernah saya lawati sebelum ini.... jadi tumnpuan saya pada kali ini adalah lebih untuk menikmati pelayaran cruise menelusuri sungai Rhine yang terkenal itu sahaja......
Foto-foto tersebut menceritakan lokasi yang saya lawati sepanjang perjalanan cruise dan impian saya selama ini untuk menelusuri sungai Rhine telah pun terlaksana.... Alhamdulilllahhh.....
Esok saya akan meninggalkan kota Paris untuk kembali semula ke Malaysia.....Selamat jumpa lagi kota Paris......
No comments:
Post a Comment