English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, August 23, 2010

SUGAR LOAF MOUNTAIN

Dua puncak gunung yang menempatkan dua buah stesen kereta kabel, Sugar Loaf Mountain

6.6.10 (Ahad)
Setelah lebih kurang 20 minit, teksi yang saya naiki dari Statute of Cristo tadi tiba di lokasi yang dituju iaitu Sugar Loaf Mountain. Ala…. Tempat ni macam naik kareta kabel di gunung Mat Cincang kat Langkawi tu la….dan kat sini pun turut menghubungkan dua buah gunung (atau bukit la..) gak.

Kereta kabel berbentuk buih (kapsul) yang menjadi kenderaan untuk sampai ke puncak

Sugar Loaf

Sugar Loaf Mountain ni dalam bahasa Portugis di kenali sebagai Pão de Açúcar yang sangat terkenal di Rio de Janeiro ni. Letaknya betul-betul menghadap muara teluk Guanabara di atas semenanjung yang berhubungan terus dengan Lautan Atlantik. Ketinggiannya mencecah 396 metre (1,299 ft). Namanya diambil sempena nama bentuk gula tradisional Brazil iaitu sugar loaf.

Sugar Loaf

Sugar Loaf

Untuk sampai ke puncak Sugar Loaf ni, pelancong perlu menaiki kereta kabel bebentuk kapsul yang diperbuat daripada kaca yang dalam bahasa portugis dikenali sebagai bondinho atau lebih tepatnya disebut teleférico. Kereta kabel ni boleh memuatkan 65 penumpang dan bergerak di laluan sepanjang 1400 meter yang merangkumi dua puncak gunung iaitu puncak Pão de Açúcar dan puncak Cara de Cão setiap 20 minit. Kereta kabel yang asal telah dibina sejak 1912 dan pembinaan semula dilakukan pada sekitar tahun 1972/1973 dan sekali lagi diperbaharui pada 2008. Stesen kereta kabel ini bermula dari bawah gunung dan mendaki melalui gunung Babilônia, gunung Urca kemudian baharulah singgah di gunung Pão de Açúcar.

Sugar Loaf

Sugar Loaf

Menuju ke puncak ni, pelancong perlu mengambil dua kereta kabel yang berhenti di dua buah stesen yang kedua-duanya terletak di dua buah puncak gunung. Mula-mula gunung yang rendah sikit iaitu Morro de Açúcar setinggi 220 meter. Sampai di sini saya singgah dulu untuk mengambil gambar dan menikmati pemandangan yang indah itu.

Sugar Loaf

Pintu keluar stesen kereta kabel di kaki gunung

Setelah puas tu saya masuk ke kereta kabel yang menuju ke puncak yang terkenal itu iaitu Pão de Açúcar. Sebenarnya orang Itali yang telah membina bentuk kereta kabel ni katanya macam buih….tapi pada pandangan saya bentuknya macam kapsul je…Cuma bahan utama yang diguna adalah kaca yang menjadi keseluruhan dindingnya. Tujuannya adalah supaya bila berada di dalamnya, kita boleh melihat pemandangan dalam darjah 360 yang membolehkan kita melihat keseluruhan pemandangan kota Rio de Janeiro. Kereta kabel ini mula beroperasi dari jam 8:00 am sehingga 8:00 pm sahaja dan kadar tambangnya lebih kurang US$11 untuk ke Morro de Açúcar atau pun bayar sebanyak US$22 untuk melanggani keseluruhan perjalanan pergi dan balik sehingga ke Pão de Açúcar

Laluan kereta kabel di Sugar Loaf Mountain

Jadi aktiviti saya di sini hanya sekadar menikmati pemandangan dan merasi sensasi menaiki kereta kabel…….Kira-kira 1 jam juga berada di kedua-dua stesen yang berada di dua puncak bukit itu selepas itu saya pun turun semula…..maka berakhirlah aktiviti untuk hari ini dan aktiviti yang selebihnya hanyalah jalan-jalan lagi sekitar kota Rio ni…

No comments: