English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, August 24, 2010

NAK GERAK MENINGGALKAN RIO DE JANEIRO

Sambil menenti bas di tepian pantai Copacabana

7.6.10 (Isnin)
Bangun pagi ni saya terus mengemaskan barang untuk dimasukkan ke dalam beg kerana hari ini akan berangkat ke destinasi seterusnya dalam kemabara Latin ni. Selesai berkemas, saya mendapatkan sarapan pagi yang memang saya telah sediakan sejak dari malam tadi.

Pantai Copacabana

Usai sarapan, saya memanggil Marcello yang tinggal di tingkat atas untuk memaklumkan bahawa saya akan daftar keluar, tapi kebetulan hari ini Marcello tiada. Cuma mak dia je yang ada dan saya dimaklumkan bahawa Marcello ada tugasan luar. Saya pun menyerahkan kunci apartment pada maknya saje sambil mengucapkan 'Gracias' (terima kasih) dan 'Chauu' (Selamat Jalan) dalam bahasa Portugis.

Pantai Copacabana

Lantas, saya terus bergerak menuju ke tepi pantai Copacabana di mana saya turun dari bas sewaktu tiba tempohari untuk menunggu mendapatkan bas yang akan membawa saya ke lapangan terbang S.Dumont.

Jalan raya di tepi pantai Copacabana

Agak lama juga saya menunggu di tepi pantai tu, kira-kira satu jam gak la di bawah panas mentari namun cuacanya tidaklah terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Sambil tu, saya dapat mengambil peluang untuk mengambil gambar di tepi pantai yang terkenal itu. Sebab, hari-hari sebelumnya saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar di tepi pantai ni. Jadi, inilah kenangannya di tepi pantai ni yang dirakamkan di dalam gambar tu...

Perjalanan menuju ke lapangan terbang S.Dumont

Kira-kira sejam berlalu, akhirnya bas yang dinanti pun tiba dan saya terus masuk ke dalam perut bas yang akan membawa saya terus ke lapangan terbang. Sesampainya sahaja di lapangan terbang S.Dumont tu, saya terus mendaftar masuk dan sabar menanti penerbangan yang akan tiba pada tengahari nanti.

Sabar menanti pesawat di lapangan terbang S.Dumont, Rio de Janeiro

Bila dah agak lama tu, perut pun dah lapar dah. Oleh sebab agak sukar untuk mendapatkan makanan halal maka saya pun makan je lah 'junk food' yang dibeli di gerai berhampiran dalam terminal terbang tu sambil menanti......sehingga akhirnya saya dipanggil untuk masuk ke dalam perut pesawat dan berlepas meninggalkan bumi Rio de Janeiro menuju ke Buenos Aires, Argentina semula....

No comments: