English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, August 24, 2010

PERGI IGUAZU PULAK LAH...

Bas Tigre Iguazu

7.6.10 (Isnin)
Waktu untuk menaiki penerbangan pun bermula dan pesawat terus terbang menuju ke Buenos Aires meninggalkan Rio de Janeiro. Sampai sahaja di lapangan terbang Buenos Aires, saya terus menuju ke stesen bas Buenos Aires dengan menaiki teksi. Saya tidak bercadang untuk bermalam di Buenos Aires kerana akan meneruskan perjalanan ke Puerto Iguazu pula. Jadi, bila sampai di stesen bas tu, saya terus membeli tiket bas Tigre Iguazu menuju ke Puerto Iguazu yang terletak bersempadanan di antara Argentina, Brazil dan Paraguay. Bas akan mula bergerak pada jam 6 petang nanti. Sementara itu, saya sempat membeli makanan di stesen bas tu bagi mengisi perut.

Logo Bas

Perjalanan menuju ke Puerto Iguazu

Pekan Puerto Iguazu

Pekan Puerto Iguazu

8.6.10 (Selasa)
Waktu subuh ni saya masih lagi berada di dalam bas menuju ke Puerto Iguazu dan kira-kira jam 12 tengahari, baharulah saya tiba di stesen bas Iguazu ni. Pekan Puerto Iguazu yang terletak dalam argentina ni kecil sahaja dan ia mrupakan pecan transit bagi peolancong yang ingin melawat kea air terjun Iguazu yang terkenal itu. Tiba sahaja di stesen bas tu saya terus ditawarkan untuk mengginap di hostel Uno. Saya juga diberikan perkhidmatan teksi percuma untuk bergerak ke hostel tersebut dari stesen bas tu.

Stesen bas Iguazu


Uno Hostel

Tanpa membuang masa, saya terus sahaja menerima tawaran itu. Semua hostel dan hotel yang terletak di pekan kecil ni adalah berdekatan sahaja. Jadi kalau tinggal di mana-mana hostel pun sama sahaja, begitu juga dengan harganya, lebih kurang sama sahaja. Jadi, saya tanpa melengahkan masa terus masuk ke dalam perut teksi dan di bawa ke hostel Uno.

Berehat sebentar di anjung hostel Uno

Hidangan tengahari di sesen bas Iguazu

Selepas mendaftar masuk saya merehatkan diri seketika sebelum keluar semula ke stesen bas tadi yang juga merupakan pusat pekan kecil tu untuk mendapatkan makan tengahari yang juga merangkap makan malam. Saya menikmati makan tengahari sambil merehatkan diri la selepas sehari suntuk melakukan perjalanan dari kapal terbang dan terus naik bas. Selepas makan, saya bersiar-siar di sekitar pekan dan melakukan tinjauan cara paling ekonomi untuk melakukan lawatan pada esok hari. Setelah agak senja, saya kembali semula ke Hostel Uno dan merehatkan diri sehingga esok tiba……

No comments: