English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Friday, August 6, 2010

MENUJU RIO DE JANEIRO, BRAZIL

Perjalanan menuju ke lapangan terbang meninggalkan bandar Cusco

3.6.10 (Khamis)
Hari saya perlu meneruskan kembara ke destinasi berikutnya pula. Jadi pagi ni saya bangun tidur dan terus mengemaskan beg. Dah siap tu, saya naik ke tingkat atas hostel terlebih dahulu untuk mendapatkan sarapan pagi. Selepas sarapan saya terus mengambil beg dan terus menuju ke kaunter untuk daftar keluar Incama hostel. Saya membayar lebihan untuk 1 malam yang belum dibayar dengan kadar bayaran USD 11. Setelah selesai urusan tu, saya keluar dari hostel dan mendapatkan teksi yang lalu betul-betul di hadapan pintu hostel. Saya meminta pemandu teksi tersebut membawa saya terus ke lapangan terbang Cusco dan bayar tambang teksi tu cuma 5 Soles je. Murah la pulak dengan jarak perjalan yang relatifnya jauh la juga…. Keadaan lapangan terbang di Cusco ni sederhana sahaja. Pemeriksaan barangan juga dilakukan secara manual apabila semua penumpang perlu beratur untuk diperiksa beg satu persatu dengan memunggah setiap beg yang dibawa. Tiada perkhidmatan mesin pengesan digunakan. Walau bagaimanapun, pegawai imigresen yang bertugas sangat berhemah dan peramah serta sentiasa bersabar dalam menjalankan tugas mereka. Jadi, bila kena punggah semua barang-barang dalam beg tu tak la terasa ‘tension’ sangat….

Hidangan Tengahari di lapangan terbang Lima, Peru

Tidak lama selepas mendaftar masuk, kira-kira jam 12.15 pm penerbangan yang saya naiki berlepas dari lapangan terbang Cusco menuju ke Lima dan sampai di Lima pada jam 1.20 pm iaitu lebih kurang 1 jam 5 minit penerbangan. Saya terpaksa menunggu agak lama di lapangan terbangan Lima ni kerana menanti penerbangan seterusnya untuk ke Buenos Aires yang hanya akan berlepas pada jam 9 malam nanti. Agak bosan juga menunggu lama sangat nih, lebih kurang 9 jam gak la tunggu kat situ. Sementara menunggu tu saya mendapatkan makan tengahari dan menghabiskan semua wang Soles Peru yang berbaki sebab lepas ni tak boleh guna dah…. Setelah lebih kurang selama 9 jam berlalu di lapangan terbang Lima tu, akhirnya penerbangan yang saya tempah untuk naiki berlepas meninggalkan Peru menuju ke Agentina….

Tiba di Copacabana, Rio de Janeiro, Brazil

4.6.10 (Jumaat)
Setelah beberapa jam berada dalam penerbangan tu, pada jam 4.30 subuh waktu Argentina penerbangan yang saya naiki tiba di Buenos Aires. Pada mulanya saya ingin kembali semula ke Garden Hostel di Buenos Aires untuk tidur satu malam di sini. Tetapi saya berubah fikiran la plak. Subuh-subuh tu juga saya mengambil teksi dan meminta pemandunya membawa saya ke lapangan terbang yang satu lagi di Buenos Aires ni dan perjalannya mengambil masa kira-kira 30 minit. Sesampainya sahaja di situ, saya terus ke kaunter untuk membeli tiket kapal terbang kerana saya tidak membuat tempahan tiket melalui internet kerana perancangan ini dilakukan secara sepontan dan tiba-tiba sahja. Alhamdulillah, nasib baik ada tiket yang harganya juga agak berpatutan menuju ke Rio de Janeiro, Brazil yang akan berlepas pada pagi itu juga.

Rio de Janeiro

Rio de Janeiro

Waktu tengahari sampai di lapangan terbang S.Dumont, Rio de Janeiro, Brazil dan terus naik bas yang sentiasa menunggu di hadapan lapangan terbang tu. Destinasi hostel yang saya tuju adalah Rio Backpakers yang terletak di pantai Copacabana yang terkenal itu. Perjalanan bas menuju ke pantai Copacabana tu mengambil masa kira-kira 45 minit dan akhirnya saya sampai betul-betul di pinggiran pantai Capacobama. Dari situ saya berjalan kaki menuju ke hostel yang dituju kira-kira 10 minit.

Rio de Janeiro

Rio Backpackers hostel

Setelah mendaftar masuk di hostel tu, saya berehat seketika untuk menghilangkan kepenatan. Menjelang senja, saya keluar ke kawassan kejiranan untuk mendapatkan makan malam. Setelah berjalan-jalan sekitar 1 jam, akhirnya saya menemui sebuah restoran Arab yang pemiliknya berasal dari Iraq. Pemilik restoran ni kata dia pernah melawat dan tinggal di Kuala Lumpur selam 3 bulan. Jadi, dia dengan gembiranya menceritakan pengalaman di Kuala Lumpur dan menyebutkan lokasi-lokasi yang pernah dilawatinya di Kuala Lumpur tu. Saya pun teruja la sebab dapat makan nasi Arab halal di Brazil nih….

Rio de Janeiro

Berjalanan di kejiranan pinggiran pantai Capacobama untuk mencari makan malam

Sebenarnya ada beberapa restoran Arab atau Timur Tengah di Rio ni tetapi kena pastikan dahulu kerana reatoran Arab atau Timur Tengah tu tidak semestinya halal kerana ia hanya suatu jenama sahaja tetapi pemiliknya bukan Arab dan satatus makanannya tidak halal. Jadi, pastikan dahulu pemiliknya adalah Arab Muslim, baharulah memesan makanan di retoran-restoran tu…

No comments: