English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, August 31, 2010

ITAIPU DAM...Brazil-Paraguay



9.6.10. (Rabu)
Hari ni saya akan melawat ke Itaipu Dam dan Iguazu Fall yang terkenal itu plak. Jadi sambil sarapan di Uno hostel pagi ni, saya menanti ketibaan pemandu teksi yang akan membawa saya ke sana. Saya telah menempah pemandu teksi ni melalui petugas di kaunter hostel Uno ni. Jadi pagi ni dia berjanji akan tiba untuk menjemput saya di hostel nih. Jam 8.00 pagi seperti yang dijanjikan, pemandu teksi tu pun tiba. Saya pun dengan segera mneyudahkan sarapan pagi dan terus mengkuti pemandu teksi yang peramah itu.

Menaiki bas lawatan di sekitar Itaipu Dam

Itaipu Dam

Lokasi pertama yang akan saya tujui adalah Itaipu Dam yang terletak di dalam sempadan negara Paraguay-Brazil. Jadi, sebelum melalui sempadan pemeriksaan imigresen Argentian-Brazil tu, saya meminta Ceaser berhenti di kaunter pertukaran wang di dalam Argentina untuk menukarkan matawan USD ke dalam matawang Brazil terlebih dahulu. Setelah selesai menukar wang, saya masuk ke dalam teksi dan Ceaser terus memandu menuju ke pemeriksaan Imigresen.

Itaipu Dam

Itaipu Dam

Sewaktu pemeriksaan ni saya tidak perlu keluar dari teksi, cukup hanya sekadar memberikan passport kepada Cesar dan dia menyerahkan passport tersebut kepada pegawai yang bertugas. Urusan agak mudah di sini kerana lokasinya merupakan sempadan bagi tiga negara iaitu Argentina, Brazil dan Paraguay. Oleh sebab lokasi ini merupakan tumpuan utama pelancong, maka urusannya dipermudahkan barangkali.

Itaipu Dam

Itaipu Dam

Lebih kurang 45 minit perjalanan dari sempadan imigresen tersebut, kami pun tiba di Itaipu Dam yang terkenal itu. Saya terus ke kaunter untuk membeli tiket masuk ke kawasan empangan itu.

Itaipu Dam

Bas lawatan Itaipu Dam

Sementara Ceaser pula menunggu saya di tempat meletak kenderaan sehingga saya selesai melakukan lawatan di empangan tersebut. Kira-kira 10 minit selepas membeli tiket dan berada di ruang menunggu, semua pelancong yang tiba pada waktu itu diminta untuk menaiki bas dua tingkat yang disediakan untuk melakukan lawatan di kawasan empangan yang luas itu. Bas tersebut turut diiringi oleh kereta pengawal keselamatan yang bertugas.

Itaipu Dam

Itaipu Dam

Lokasi empangan ni sangat luas yang merangkumi sempadan dua buah negara iaitu Brazil dan Paraguay. Itaipu Dam ni merupakan empangan hidrolik yang terbesar dan terletak di atas sungai Parana yang menjadi tulang belakang negara Paraguay. Jadi, nikmat daripada empangan ini dikongsi bersama oleh kedua-dua negara tersebut mengikut peratusan yang telah dipersetujui bersama.

Itaipu Dam

Itaipu Dam

Menurut persetujuan itu, 95% nikmat tenaga yang digunakan adalah milik Paraguay dan selebihnya milik Brazil. Setelah menghabiskan lawatan yang mengambil masa kira-kira 1jam itu, bas pelancongan tersebut membawa kami kembali semula ke terminal masuk tadi. Saya pun keluar dari terminal tu dan mendapati Ceasar telah pun sedia menanti.

Tuesday, August 24, 2010

PERGI IGUAZU PULAK LAH...

Bas Tigre Iguazu

7.6.10 (Isnin)
Waktu untuk menaiki penerbangan pun bermula dan pesawat terus terbang menuju ke Buenos Aires meninggalkan Rio de Janeiro. Sampai sahaja di lapangan terbang Buenos Aires, saya terus menuju ke stesen bas Buenos Aires dengan menaiki teksi. Saya tidak bercadang untuk bermalam di Buenos Aires kerana akan meneruskan perjalanan ke Puerto Iguazu pula. Jadi, bila sampai di stesen bas tu, saya terus membeli tiket bas Tigre Iguazu menuju ke Puerto Iguazu yang terletak bersempadanan di antara Argentina, Brazil dan Paraguay. Bas akan mula bergerak pada jam 6 petang nanti. Sementara itu, saya sempat membeli makanan di stesen bas tu bagi mengisi perut.

Logo Bas

Perjalanan menuju ke Puerto Iguazu

Pekan Puerto Iguazu

Pekan Puerto Iguazu

8.6.10 (Selasa)
Waktu subuh ni saya masih lagi berada di dalam bas menuju ke Puerto Iguazu dan kira-kira jam 12 tengahari, baharulah saya tiba di stesen bas Iguazu ni. Pekan Puerto Iguazu yang terletak dalam argentina ni kecil sahaja dan ia mrupakan pecan transit bagi peolancong yang ingin melawat kea air terjun Iguazu yang terkenal itu. Tiba sahaja di stesen bas tu saya terus ditawarkan untuk mengginap di hostel Uno. Saya juga diberikan perkhidmatan teksi percuma untuk bergerak ke hostel tersebut dari stesen bas tu.

Stesen bas Iguazu


Uno Hostel

Tanpa membuang masa, saya terus sahaja menerima tawaran itu. Semua hostel dan hotel yang terletak di pekan kecil ni adalah berdekatan sahaja. Jadi kalau tinggal di mana-mana hostel pun sama sahaja, begitu juga dengan harganya, lebih kurang sama sahaja. Jadi, saya tanpa melengahkan masa terus masuk ke dalam perut teksi dan di bawa ke hostel Uno.

Berehat sebentar di anjung hostel Uno

Hidangan tengahari di sesen bas Iguazu

Selepas mendaftar masuk saya merehatkan diri seketika sebelum keluar semula ke stesen bas tadi yang juga merupakan pusat pekan kecil tu untuk mendapatkan makan tengahari yang juga merangkap makan malam. Saya menikmati makan tengahari sambil merehatkan diri la selepas sehari suntuk melakukan perjalanan dari kapal terbang dan terus naik bas. Selepas makan, saya bersiar-siar di sekitar pekan dan melakukan tinjauan cara paling ekonomi untuk melakukan lawatan pada esok hari. Setelah agak senja, saya kembali semula ke Hostel Uno dan merehatkan diri sehingga esok tiba……

NAK GERAK MENINGGALKAN RIO DE JANEIRO

Sambil menenti bas di tepian pantai Copacabana

7.6.10 (Isnin)
Bangun pagi ni saya terus mengemaskan barang untuk dimasukkan ke dalam beg kerana hari ini akan berangkat ke destinasi seterusnya dalam kemabara Latin ni. Selesai berkemas, saya mendapatkan sarapan pagi yang memang saya telah sediakan sejak dari malam tadi.

Pantai Copacabana

Usai sarapan, saya memanggil Marcello yang tinggal di tingkat atas untuk memaklumkan bahawa saya akan daftar keluar, tapi kebetulan hari ini Marcello tiada. Cuma mak dia je yang ada dan saya dimaklumkan bahawa Marcello ada tugasan luar. Saya pun menyerahkan kunci apartment pada maknya saje sambil mengucapkan 'Gracias' (terima kasih) dan 'Chauu' (Selamat Jalan) dalam bahasa Portugis.

Pantai Copacabana

Lantas, saya terus bergerak menuju ke tepi pantai Copacabana di mana saya turun dari bas sewaktu tiba tempohari untuk menunggu mendapatkan bas yang akan membawa saya ke lapangan terbang S.Dumont.

Jalan raya di tepi pantai Copacabana

Agak lama juga saya menunggu di tepi pantai tu, kira-kira satu jam gak la di bawah panas mentari namun cuacanya tidaklah terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Sambil tu, saya dapat mengambil peluang untuk mengambil gambar di tepi pantai yang terkenal itu. Sebab, hari-hari sebelumnya saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar di tepi pantai ni. Jadi, inilah kenangannya di tepi pantai ni yang dirakamkan di dalam gambar tu...

Perjalanan menuju ke lapangan terbang S.Dumont

Kira-kira sejam berlalu, akhirnya bas yang dinanti pun tiba dan saya terus masuk ke dalam perut bas yang akan membawa saya terus ke lapangan terbang. Sesampainya sahaja di lapangan terbang S.Dumont tu, saya terus mendaftar masuk dan sabar menanti penerbangan yang akan tiba pada tengahari nanti.

Sabar menanti pesawat di lapangan terbang S.Dumont, Rio de Janeiro

Bila dah agak lama tu, perut pun dah lapar dah. Oleh sebab agak sukar untuk mendapatkan makanan halal maka saya pun makan je lah 'junk food' yang dibeli di gerai berhampiran dalam terminal terbang tu sambil menanti......sehingga akhirnya saya dipanggil untuk masuk ke dalam perut pesawat dan berlepas meninggalkan bumi Rio de Janeiro menuju ke Buenos Aires, Argentina semula....

Monday, August 23, 2010

SUGAR LOAF MOUNTAIN

Dua puncak gunung yang menempatkan dua buah stesen kereta kabel, Sugar Loaf Mountain

6.6.10 (Ahad)
Setelah lebih kurang 20 minit, teksi yang saya naiki dari Statute of Cristo tadi tiba di lokasi yang dituju iaitu Sugar Loaf Mountain. Ala…. Tempat ni macam naik kareta kabel di gunung Mat Cincang kat Langkawi tu la….dan kat sini pun turut menghubungkan dua buah gunung (atau bukit la..) gak.

Kereta kabel berbentuk buih (kapsul) yang menjadi kenderaan untuk sampai ke puncak

Sugar Loaf

Sugar Loaf Mountain ni dalam bahasa Portugis di kenali sebagai Pão de Açúcar yang sangat terkenal di Rio de Janeiro ni. Letaknya betul-betul menghadap muara teluk Guanabara di atas semenanjung yang berhubungan terus dengan Lautan Atlantik. Ketinggiannya mencecah 396 metre (1,299 ft). Namanya diambil sempena nama bentuk gula tradisional Brazil iaitu sugar loaf.

Sugar Loaf

Sugar Loaf

Untuk sampai ke puncak Sugar Loaf ni, pelancong perlu menaiki kereta kabel bebentuk kapsul yang diperbuat daripada kaca yang dalam bahasa portugis dikenali sebagai bondinho atau lebih tepatnya disebut teleférico. Kereta kabel ni boleh memuatkan 65 penumpang dan bergerak di laluan sepanjang 1400 meter yang merangkumi dua puncak gunung iaitu puncak Pão de Açúcar dan puncak Cara de Cão setiap 20 minit. Kereta kabel yang asal telah dibina sejak 1912 dan pembinaan semula dilakukan pada sekitar tahun 1972/1973 dan sekali lagi diperbaharui pada 2008. Stesen kereta kabel ini bermula dari bawah gunung dan mendaki melalui gunung Babilônia, gunung Urca kemudian baharulah singgah di gunung Pão de Açúcar.

Sugar Loaf

Sugar Loaf

Menuju ke puncak ni, pelancong perlu mengambil dua kereta kabel yang berhenti di dua buah stesen yang kedua-duanya terletak di dua buah puncak gunung. Mula-mula gunung yang rendah sikit iaitu Morro de Açúcar setinggi 220 meter. Sampai di sini saya singgah dulu untuk mengambil gambar dan menikmati pemandangan yang indah itu.

Sugar Loaf

Pintu keluar stesen kereta kabel di kaki gunung

Setelah puas tu saya masuk ke kereta kabel yang menuju ke puncak yang terkenal itu iaitu Pão de Açúcar. Sebenarnya orang Itali yang telah membina bentuk kereta kabel ni katanya macam buih….tapi pada pandangan saya bentuknya macam kapsul je…Cuma bahan utama yang diguna adalah kaca yang menjadi keseluruhan dindingnya. Tujuannya adalah supaya bila berada di dalamnya, kita boleh melihat pemandangan dalam darjah 360 yang membolehkan kita melihat keseluruhan pemandangan kota Rio de Janeiro. Kereta kabel ini mula beroperasi dari jam 8:00 am sehingga 8:00 pm sahaja dan kadar tambangnya lebih kurang US$11 untuk ke Morro de Açúcar atau pun bayar sebanyak US$22 untuk melanggani keseluruhan perjalanan pergi dan balik sehingga ke Pão de Açúcar

Laluan kereta kabel di Sugar Loaf Mountain

Jadi aktiviti saya di sini hanya sekadar menikmati pemandangan dan merasi sensasi menaiki kereta kabel…….Kira-kira 1 jam juga berada di kedua-dua stesen yang berada di dua puncak bukit itu selepas itu saya pun turun semula…..maka berakhirlah aktiviti untuk hari ini dan aktiviti yang selebihnya hanyalah jalan-jalan lagi sekitar kota Rio ni…

Wednesday, August 18, 2010

THE STATUTE OF CRISTO RENDETOR



6.6.10 (Ahad)
Alhamdulillah, hari ni cuaca sangat baik dan selepas sarapan pagi tu saya bergerak keluar dari apartment untuk melakukan lawatan yang tertangguh semalam. Lokasi pertama yang saya tujui hari ni adalah ke The Statute of Cristo Rendetor yang terkenal itu. Saya menaiki bas dari Copacabana menuju ke kaki bukit di mana patung tersebut terletak.








Sesampainya sahaja di kaki bukit tersebut saya perlu menaiki shuttle bus yang sedia menanti penumpang di situ. Pada awalnya saya bercadang untuk menaiki kereta kabel ke puncak bukit tersebut. Malangnya kereta kabel tidak beroperasi sebab masih dalam pembaikan selepas mengalami kerosakan akibat kemalangan yang diakibatkan oleh tiupan ribut taufan yang telah mengorbankan kira-kira 200 orang. Pembaikan kerosakan hanya akan siap pada bulan Ogos 2010 nanti. Jadi, saya tiada pilihan lain melainkan dengan naik shuttle bus yang kadar tambangnya sebanyak USD 25 termasuk entrance fee.







Menarik juga berada di atas ni….. dan Statute Cristo ni juga merupakan salah satu daripada keajaiban dunia yang baharu dan diwartakan oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia. Ketinggiannya mencecah 30 meter menjadikannya salah satu daripada statute yang tertinggi di dunia. Lokasinya terletak di puncak gunung Corcovado di dalam Tijuca National Park. Pembinaannya telah dimulakan sejak tahun 1926 dan siap sepenuhnya pada tahun 1931.



Dari puncak gunung ni saya dapat menyaksikan pemandangan indah kota Rio de Janeiro serta pantainya dan juga gunung Sugar Loaf yang menjadi distinasi yang akan saya tuju selepas ini. Agak sedikit mengecewakan kerana seaktu lawatan saya ke sini, statute Cristo tersebut sedang dalam proses ubahsuai. Jadi, kelihatan cerucuk besi yang digunakan unttuk tujuan tersebut yang mencacatkan sedikit binaan statute tersebut.



Setelah lebih kurang 2 jam saya berada di atas atas bukit tu, kemudian saya turun ke kaki bukit lalu terus mengambil teksi yang telah sedia menanti. Destinasi saya yang berikutnya adalah menuju ke Sugar Loaf untuk menaiki kereta kabel (cable flyers)….

JALAN-JALAN SEKITAR RIO DE JANEIRO

Berpindah ke apartment Marcello

Entah macamana tiba-tiba hari ni rasa nak tukar tempat penginapan la pulak. Untuk perubahan selera…. Sebenarnya hari ni saya telah bercadang untuk melawat ke dua lokasi tumpuan pelancong yang terkenal di Rio ni. Tetapi disebabkan cuaca hujan dan berangin, maka atas nasihat yang didapati dari petugas kaunter di hostel tu, saya terpaksa menangguhkannya ke esok hari. Oleh sebab tak jadi tu, saya mengubah rancangan dengan mendaftar keluar dari hostel Rio dan berpindah ke apartement yang dimiliki oleh tuan punya yang bernama Marcello. Apartment ni terletak bersebelahan sahaja dengan blok Rio hostel ni.

Rio de Janeiro

Marcello ni tidak boleh langsung berkomumikasi dalam Bahasa Inggeris kerana penduduk di Brazil menggunakan Bahasa Portugis sebagai bahasa utama. Nasib baik lah si Marcello ni boleh sikit-sikit berkomunikasi dalam bahasa Sepanyol. Jadi mudahlah sikit untuk saya berurusan mengenai sewaan apartment tu.

Rio de Janeiro

Rio de Janeiro


Rio de Janeiro

Cuaca tak baik dan hujan, tetapi disebabkan dah berada di Rio de Janeiro ni apa nak dikisahkan, redah je la hujan tu. Oleh sebab dah ditangguhkan tujuan ke lokasi utama hari ke esok hari, jadi saya pun mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar Bandar Rio. Saya menuju ke stesen metro yang terletak berhampiran dengan apartment dan membeli tiket menuju ke pusat Bandar. Sampai di pusat Bandar saya berjalan kaki sambil melihat-lihat sekitar kota dan pasar-pasar yang terdapat di situ.

Rio de Janeiro

Rio de Janeiro

Rio de Janeiro

Rio de Janeiro

Rio de Janeiro

Rio de Janeiro

Rio de Janeiro

Dalam perjalanan pulang dari pusat bandar tu, saya singgah membeli barangan untuk memasak makan malam memandangkan apartment yang saya sewa tu turut menyediakan kemudahan dapur. Kebetulan pula, berhadapan dengan apartment tu terdapat sebuah pasaraya yang turut menjual barangan kosher termasuk ayam dan daging. Jadi, saya pun teringin la pulak nak makan ayam kosher tu untuk hidangan malam ni….

Pencucui mulut selepas hidangan malam

Sampai di apartment saya menunaikan solat dan setelah selesai terus memasak untuk hidangan malam ni….. ok gak….