English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, July 18, 2010

MACHUPICCHU - ANTARA 7 KEAJAIBAN DUNIA YANG BAHARU



1.6.10 (Selasa)
Selepas solat subuh saya terus mendapatkan sarapan pagi yang disediakan seawal jam 6.15 pagi. Sarapan pagi disediakan awal kerana kebanyakan tetamu yang menginap di hostel mahupun rumah penginapan yang lain di Machupicchu ni akan bangun awal sebab untuk mendapatakan bas seawal mungkin untuk pergi ke tapak Machupicchu yang terkenal itu.



Selepas selesai sarapan, saya terus bergerak dengan berjalan kaki menuju ke stesen bas untuk membeli tiket yang akan membawa saya ke tapak Machupicchu dengan kadar USD 14 bagi tambang pergi dan balik. Kaunter tiket bas ni juga menerima wang USD, jadi saya tak perlu menukar duit USD kepada Soles.



Jam 6.30 pagi, bas yang saya naiki mula bergerak menuju ke tapak lawatan dan selepas kira-kira 45 minit perjalanan, saya pun tiba di tapak pada jam 7.15 pagi. Setibanya sahaja di tapak warisan tu, saya terus masuk dengan menunjukkan tiket yang telah saya beli malam tadi.









Rasa sangat teruja kerana akhirnya saya diizinkan Allah untuk menikmati keindahan tapak arkeologi yang turut dikenali sebagai the ‘lost’ Inca City yang terkenal itu. Bagi pelancong yang datang ke benua Amerika Selatan, khasnya ke Peru pastinya lawatan ke tapak warisan ini menjadi suatu kemestian. Pada bulan June hingga September lazimnya mencatatkan jumlah pelancong kira-kira seramai 1,000 orang sehari. Pun begitu, perihal ketamadunan kerajaan kuno Inca ini masih banyak yang menjadi misteri serta tidak terungkai ekoran tiada rekod bertulis mengenainya.









Selain daripada orang asli Quechuas, tiada sesiapa yang mengetahui mengenai kewujudan Machupicchu sehinggalah ahli sejarah Amerika yang bernama Hiram Bingham menemuinya yang tersembunyi dalam rimbunan hutan tebal pergunungan Andes pada tahun 1911. Selain daripada diwartakan oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia, ia juga turut disenaraikan sebagai antara 7 keajaiban dunia yang baharu.









Lawatan saya ke tapak ini juga merupakan antara klimaks bagi kembara pada kali ini. Saya berada di dalam kawasan tapak warisan itu selama lebih kurang 5 jam iaitu sehingga kira-kira jam 12.15 pm apabila saya mula keluar. Tiket masuk ke tapak warisan Machupicchu ni sebenarnya sah sehingga 3 hari tetapi untuk sekali masuk sahaja. Maknanya, sekiranya tiket sudah dibeli maka kita boleh menangguhkan lawatan dengan menyimpan tiket tersebut sehingga selama tiga hari sahaja. Sekiranya lebih dari tempoh itu, maka tiket itu tidak laku lagi dan kita perlu membeli semual tiket yang baharu.









Sebaik sahaja keluar dari tapak itu, saya terus menaiki bas yang sudah bersedia menunggu di stesen tapak tu untuk balik semula ke pekan Machupicchu. Saya trus mendapatkan makan tengahari kerana perut sudah terasa lapar. Selepas makan, saya mengambil masa bersiar-siar di sekitar pekan itu sementara menunggu keretapi yang akan bergerak pada jam 5.00 petang ke Pichachuo.









Tiba masanya, saya pun menaiki keretapi Perurail menuju ke Pichachuo dan tiba setelah hari kian menjelang malam iaitu kira-kira jam 7.30 malam. Dari sini, shuttle bus milik syariakat Perurail yang saya naiki sewaktu tiba di sini semalam telah sedia menunggu. Shuttle bus ni membawa semua penumpang terus balik sampai ke Cusco tanpa perlu meninggalkan penumpang di Ollantaytambo kerana pakej tiket keretapi yang saya beli tempohari adalah termasuk dalam perjalanan pulang ini, tidak seperti semasa saya tiba tempohari.

































Saya sampai di stesen keretapi Cusco pada jam 9 malam dan terus mengambil teksi yang telah sedia menanti untuk membawa saya terus ke hostel yang sama di mana saya menginap sewaktu mula-mula tiba di Cusco tempohari. Beg saya juga telah ditinggalkan di hostel ini kerana saya hanya membawa beg kecil yang memenuhi keperluan untuk menginap satu malam sahaja di Machupicchu. Setelah mendaftar masuk, saya terus menuju ke dalam bilik dan terus tidur kerana keletihan….

1 comment:

Anonymous said...

Hi saye nampak blog ni when search kt google about macchu picchu. im still student at ukm jugak ^_^.
saye memang nk sangt pergi machi piccu. but dunno how much budget and how to get there. ingat nk try travel alone. memandangkan u had traveled there. boleh tahu berapa nbudget and better g alone or guna agent group? thanks

my email gemukjin_teha@yahoo.com