English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Saturday, July 3, 2010

DARI MENDOZA, ARGENTINA KE SANTIAGO, CHILE



26.5.10 (Rabu)
Jam 7.00 pagi sarapan dulu seperti yang ditelah disediakan oleh pihak hostel, pas tu gerak jalan kaki ke stesen bas. Sambil berjalan tu sempat singgah kejap beli buah digeri kat tepi jalan tu untuk bekalan dalam bas nanti. Lepas tu teruskan jalan ke stesen bas dan jam 10.30 pagi bas CATA yang saya tempah semalam bergerak meninggalkan Mendoza, Argentina menuju ke Santiago, Chile. Dari tingkap bas saya dapat menyaksikan kindahan pemandangan kota Mendoza yang dikelilingan gunung-ganang banjaran Andes itu. Perjalanan ni sememangnya sangat menarik oleh pemandangan indah itu dan saya memang sengaja bermalam di Medoza dalam perjalanan ke Santiago ini kerana dapat memulakan perjalanan dari Mendoza ke Santiago pada waktu siang. Sebabnya saya memang mendambakan untuk mengalami keindahan merentasi banjaran Andes yang sempadan memisahkan negara Argentina dan Chile.



Seperti juga bas Andesmar, bas CATA turut menyediakan perkhidmatan yang sama iaitu makan tengahari sepanjang perjalanan ini. Menunya adalah burger dan biskut, tetapi saya hanya memakan biskutnya sahaja kerana burgernya mengandungi daging yang diragui status halalnya. Walaupun begitu, itu sudah memadai kerana saya ada buah yang saya beli tadi untuk menambah hidangan tengahari itu. Lagi pun, kelaparan kurang terasa kerana mata dijamu dengan pemandangan yang indah oleh banjaran Andes yang berbatu dan bersalji itu.



Lebih kurang separuh perjalanan, bas tiba di sempadan imegresen Argentina dan Chile yang terletak di puncak banjaran Andes. Pemandangan di sini plak memang cantik dan udaranya tentulah sejuk ditambah lagi waktu muzik sejuk begini. Di sini, semua penumpang dikehendaki turun untuk pemeriksaan passport. Beg bimbit dibawa bersama dan beg besar ditinggalkan di dalam bas dan akan dikeluarkan untuk diperiksa oleh pegawai yang bertugas. Undang-undang di Chile ni plak tidak membenarkan buah-buahan dan sayuran dibawa masuk melepasi sempadan. Jadi, semua penumpang diingatkan oleh krew bas mengenai hal itu.



Sewaktu memaklumkan perkara itu, krew tersebut mengumumkan dalam bahasa Sepanyol, jadi saya tidak begitu pasti maksudnya sehingga saya bertanya kepada penumpang lain yang boleh berbahasa Inggeris. Kemudian saya teringat buah yang saya beli tadi masih ada bakinya. Jadi, sebelum turun daripada bas, saya terpaksa menghabiskan kesemu buah yang saya beli tadi walaupun perut saya dah terlalu penuh untuk menerimanya. Nak dibuang sayayang pulak….. rezeki tu…. Tapi sebab makan dengan tegesa-gesa, banyak juga sisa buah tu yang terbuang….. nak buat macamana….



Disebabkan nak habiskan makan buah tu, tertinggal gak la saya di belakang dan terus terkejar-kejar turun dari bas sebab semua penumpang dah turun dah untuk beratur bagi pemeriksaan passport. Pemeriksaan di imigresen ni mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Macam biasalah….. kalau passport Malaysia tu kat sini kena periksa lama sikit sebab mereka jarang bertemu dengan pelancong Malaysia.



Bila dah selesai, semua penumpang menaiki bas semula menuju ke destinasi dengan menuruni pergunungan dengan jalan yang relative sempit serta berbengkang-bengkok. Agak kecut perut juga la duduk dalam bas tu sambil berdoa dan berharap bahawa pemandunya adalah professional.



Sampai sahaja di kaki pergunungan, lanskapnya muala berubah sedikit demi sedikit. Dari kawasan pergunungan yang berbatu kepada kawasan pergunungan yang subur yang dilerengnya terdapat perkampungan masyarakat asli Chile dengan kebun tanaman dilereng gunung itu yang turut dibarisi oleh pokok kaktus. Perjalana seterusnya menuruni pergununggan hingga ke kawasan tanah lembah yang subur. Tanaman utama di sini adalah buah anggur yang menjadi bahan utama untuk produksi wine di negara Latin ini.



Akhirnya, bas yang saya naiki tiba di Santiago, Chile jam 4 petang waktu Chile (Waktu Chile lewat 1 jam dari waktu Argentina) setelah 6 jam 30 minit perjalanan menaiki bas itu. Sampai di stesen bas, saya terus menuju ke stesen metro yang terletak tidak jauh dari situ iaitu kira-kita 5 minit berjalan kaki. Berbanding Biuenos Aires, stesen metro di Santiago ni secara relatifnya lebih bersih. Tambang metro sebanyak 450 Peso (1 USD = 5,300 Peso Chile) dan mengambil masa selama lebih kurang 15 minit untuk sampai ke destinasi yang sya tuju iaitu stesen Plaza Italia.



Plaza Italia ni merupakan sebuah kawasan dataran (macam dataran Merdeka la) yang terletak di tengah-tengah kota. Dari Plaza Italia ni saya kena berjalan kaki plak selama lebih kurang 10 minit untuk sampai ke hostel Bellvista yang telah saya tempah ketika berada di Mendoza.



Selepas daftar masuk di hostel ni, saya pun merehatkan diri dulu sambil menunggu waktu Maghrib. Kat sini masuk Maghrib lebih kurang jam 6.00 petang sebab waktu musim dingin ni waktu malamnya relatif lebih panjang berbanding waktu siang.

1 comment:

Anonymous said...

salam. boleh tanya? seingat encik berapa anggaran kos untuk jelajah amerika selatan ni?