English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Saturday, July 10, 2010

MENUJU CUSCO, PERU

Di kota Cusco

30.5.10 (Ahad)

Setelah menaiki bas, saya dapati agak ramai juga penumpang yang berada di dalamnya. Mereka ini telah bertolak dari Lima sejak pagi tadi dan meuju ke destinasi yang sama dengan saya iaitu Cusco. Saya cuba melelapkan mata tetapi agak sukar juga untuk tidur kerana memang kelemahan saya iaitu sukar untuk tidur di dalam kenderaan. Tambahan pulak, krew bas tidak memberikan selimut kepada saya jadi peha hingga ke kaki saya terasa sejuk. Apabila mata mula terlelap, saya akan terjaga semula kerana kesejukan itu

Kota Cusco dari kejauhan

Dalam tidur dan jaga itu, akhirnya jam menunjukkan pukul 5 pagi. Saya terus bangun dan turun ke bilik air yang terletak di bahagian bawah bas dua tingkat itu untuk membersihkan diri seadanya sambil berwuduk dan terus menunaikan solat subuh di tempat duduk. Sewaktu terjaga tadi sehinggalah selesai solat, kepala saya terasa pening dan tekak saya terasa loya. Perasaan yang hampir sama yang saya alami sewaktu menaiki penerbangan pesawat di Nasca Lines siang semalam.

Cusco

Kemudian saya sedar bahawa perjalanan bas sudah melalui kawasan tanah tinggi yang mempunyai altitude yang tinggi juga. Dalam altitude ini, oksigen semakin berkurangan berbanding tanah rendah. Hal ini lah yang menyebabkan saya mengalami mabuk ni tetapi saya berusaha menahan diri agar tidak muntah. Sementelahan pula, tiada beg muntah disediakan oleh pihak bas dan saya sendiri tidak memiliki bekas plastik sekiranya termuntah nanti. Nak tak nak, kena tahan juga dan kepala disandarkan rapat pada tempat duduk, pejamkan mata tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan.

Cusco

Kedengaran juga bunyi orang muntah di kiri dan kanan tempat duduk saya kerana masing-masing penumpang yang pertama kali mengalami berada di kawasan beraltitude tinggi akan menjadi mabuk dan muntah-muntah. Jadi mungkin mereka juga sama seperti saya. Tetapi saya dapat mengawal situasi ini kerana ini bukan pertama kali saya berada di kawasan beraltitude tinggi kerana saya pernah mengalami situasi ini semasa berada Kunjerab Pass, iaitu sempadan China dan Kashmir sewaktu kembara ke China tahun lepas.

Cusco

Ketika hidangan pagi disediakan, saya tidak lalu untuk menjamah makanan itu. Bukan sahaja kerana sandwich yang dihidangkan berinti daging yang saya ragui status halalnya. Tetapi juga kerana saya tak lalu makan serta takut termuntah. Walaupun begitu, saya minum teh panas yang disediakan kerana saya merasa segar sedikit bila teh panas tu mengalir masuk ke dalam perut.

Cusco

Jalan menuju ke Cusco ni mendaki mendaki gunung-ganang dan sangat cantik. Malangnya, saya tidak dapat nak ambil gambar sebab mabuk masih tak hilang lagi. Saya berusaha untuk melelapkan mata dan usaha itu agak berjaya juga. Sehingga akhirnya, apabila waktu telah menjelang tengahari, Alhamdulillah…. saya berasa lega sedikit daripada mabuk dan rasa loya semkin berkurangan. Saya kira, tubuh saya sudah mula beradaptasi dengan persekitaran beraltitiude tinggi itu.

Cusco

Bila dah lega tu, saya tidak melepaskan peluang unuk mengambil beberapa keping gambar tetapi tidaklah beriaya-iya sangat sebab masih pening-pening lalat lagi. Apabila telah menghampiri bandar Cusco, badan saya sudah semakin segar dan mabuk yang saya alami boleh dikatakan pulih. Akhirnya, selepas melalui lereng gunung dan cerunan, dari puncak bukit terpampang kelihatan kota Cusco yang cantik itu. Saya tanpa berlengah mengabadikannya dalam kamera digital.

Incama Hostel, Cusco

Jam 3 petang, bas yang saya naiki sampai di stesen bas Cusco setelah 15 jam berada di dalamnya sejak malam tadi. Turun sahaja dari bas, saya terus mendapatkan teksi dengan kadar bayarannya sebanyak 7 Soles (lebih kurang RM9) untuk sampai ke hostel Incama yang telah saya tempah sejak berada di Nazca lagi.

Cusco

Sesampainya sahaja di Incama Hostel, saya disambut dengan secangkir teh herba khas Peru yang panas oleh petugas kaunter. Selepas berasa lega sedikit saya terus daftar masuk dan merehatkan diri di dalam bilik buat seketika bagi menghilangkan keletihan berada di dalam bas tanpa henti itu.

Sedang mencari restoran untuk mendapatkan hidangan malam di kota Cusco

Oleh sebab Cusco ni terletak di kawasan tanah tinggi, maka cuacanya lebih sejuk dan ditambah lagi dengan musim sejuk sekarang ini. Waktu malamnya juga relatif lebih awal.

Menu hidangan malam Kota Cusco

Jadi lepas beraht tu saya terus keluar untuk mendapatkan makan malam di restoran yang berhampiran. Menunya ikan bersos bawang putih dan jus epal berharga 28 Soles. (lebih kurang RM 30). Cukup untuk ganti sarapan pagi dan makan tengahari yang tertinggal itu….


menikmati hidangan malam

Malamnya, saya tidur dengan lena di kota Cusco yang indah dan penuh bersejarah itu....

No comments: