English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, July 6, 2010

Dari Lima ke Nazca, Peru

Tiba di Lima, Peru

28.5.10 (Jumaat)
Sebaik duduk di dalam perut pesawat, saya berasa lega setelah melalui insiden di lapanan terbang Chile subuh tadi. Penerbangan dari Chile menuju ke Lima, Peru ni mengambil masa selama 4 jam. Jadi, jam 11 pagi pesawat telah mendarat di lapangan terbang Lima, Peru.

Di stesen bas Lima

Saya tidak bercadang untuk bermalam di Lima, jadi dari lapangan terbang saya terus mengambil teksi yang akan membawa saya ke stesen bas Lima yang jaraknya mengambil masa lebih kurang 45 minit dari lapangan terbang ni. Sesampainya sahaja di stesen bas, saya terus membeli tiket bas Cruz del Sur untuk ke destinasi seterusnya di Peru ni iaitu Nazca.

Perkampungan di perjalanan dari Lima ke Nazca

Oleh sebab bas akan bertolak pada jam 1 tengahari, saya pun mengambil kesempatan untuk mendapatkan makan tengahari di café yang terletak di tingkat atas stesen bas ni. Waktu di Peru ni lewat 1 jam dari waktu Chile dan lewat 13 jam dari waktu Malaysia. Selesai makan tengahari, saya terus berbaris untuk melalui pemeriksaan polis yang memeriksa passport mahupun pengenalan diri setiap penumpang sebelum menaiki bas. Perjalanan dari Lima ke Nazca ni mengambil masa lebih kurang sembilan jam dan satu hidangan makan disediakan iaitu sebaik sahaja penumpang menaiki bas tersebut.

Persisiran pantai di perjalanan dari Lima ke Nazca

Sepanjang perjalanan itu bas menelusuri jalanraya yang terletak berhampiran dengan pantai menghala ke Lautan Pacific. Bentuk muka buminya seperti gurun pasir berbatu yang menghampiri pantai.

Waktu senja di perjalanan dari Lima ke Nazca

Kira-kira jam 9 malam, bas yang saya naiki tiba di stesen bas Nazca yang merupakan pekan kecil yang terletak di kawasan gurun. Dari stesen bas itu, saya hanya perlu berjalan kaki sahaja ke hostel Priwa yang telah saya tempah sejak dari Chile lagi.

Hostel Pirwa di Nazca

Setelah mendaftar masuk, saya keluar ke tengah pekan kecil Nazca ni untuk mendapatkan makan malam yang menunya adalah nasi goreng seafood dan sup sayur. Citarasa makanan di Peru ni hampir sama dengan di Malaysia jadi saya dapat melepaskan rindu untuk makan makanan citarasa Malaysia di sini.

Menu hidangan Malam di pekan kecil Nazca

No comments: