Stesen bas Cruz Del Sur di Nazca
Setelah turun dari dari pesawat dan selesai aktiviti penerbangan itu, saya kembali semula menaiki van yang membawa saya datang ke sini tadi untuk menghantar saya kembali semula ke hostel Priwa di mana beg saya ditinggalkan.
Pekan Nazca
Dari situ, saya menunju ke stesen bas Nazca untuk membeli tiket bas menuju ke Cusco yang perjalanannya akan dilakukan pada malam nanti. Sesampainya saya di stesen bas itu, saya dimaklumkan bahawa tiket yang masih ada untuk perjalanan ke Cusco ialah pada jam 12 malam.
Pekan Nazca
Walaupun saya sebenarnya ingin memilih masa perjalanan lebih awal, tetapi terpaksa akur dengan pilihan yang ada lalu terus menempah tiket tersebut.
Plaza di Nazca
Setelah membeli tiket, saya terus mencari kedai makan yang menyediakan menu nasi dan ikan yang terdapat di sekitar pekan kecil untuk mendapatkan makan tengahari.
Plaza di Nazca
Sementara menunggu jam 12 malam tu pulak, saya meluangkan masa bersiar-siar di sekitar pekan Nazca sambil berehat-rehat di Plaza yang terletak ditengah-tengah bandarnya serta menjadi tumpuan orang ramai untuk duduk berehat sambil bersosial antara satu sama lain.
Nazca
Menjelang malam, saya bergerak dari plaza dan berhenti di sebuah restoran untuk mendapatkan makan malam. Selesai makan malam, saya kembali semula ke hostel Priwa untuk mengambil beg yang saya tinggalkan di situ sejak daftar keluar pagi tadi.
Nazca
Nazca
Setelah mengambil beg, saya terus menuju ke stesen bas dan menunggu di situ sehingga jam 12 malam apabila bas Cruz Del Sur menuju ke Cusco tiba dari Lima….
No comments:
Post a Comment