English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, July 13, 2010

NAK KE MACHUPICCHU



31.5.10 (Isnin)

Stesen kaunter tiket keretapi Perurail di Cusco

31.5.10 (Isnin)
Lepas solat subuh saya rehat saya terus berkemas untuk bergerak ke stesen keretapi Perurail tanpa mendapatkan sarapan pagi kerana sarapan hanya disediakan pada jam 8 pagi. Saya perlu segera bergerak ke stesen keretapi awal pagi kerana untuk mendapatkan tiket menuju ke Machupicchu perlu menunggu barisan yang panjang dan kemungkinan untuk gagal mendapatkan tiket adalah tinggi sekiranya terlalu lewat. Oleh sebab saya sudah mengetahui lokasi stesen keretapi di Cusco ni, jadi saya tidak perlu mendapatkan teksi untuk ke sana dan hanya perlu berjalan kaki sahaja kerana jaraknya tidak begitu jauh dari hostel di mana saya menginap.

Stesen Shuttle bus di Ollantaytambo

Sebenarnya, untuk ke Machupicchu ni dengan cara sedikit mudah ialah mengambil sahaja pakej yang disediakan oleh agen-agen yang berselerak terdapat di Cusco ni. Tapi bajetnya lebih mahal berbanding dengan pergi melakukannya sendiri. Lagi pun, pergi sendiri ni lebih adventures dan pengalamannya juga berbeza.

Pekan kecil Ollantaytambo

Jadi, saya berjalan la subuh-subuh hari tu untuk menjadi antara orang yang terawal mendapatkan tiket keretapi yang sentiasa tidak cukup itu. Oleh sebab sampai agak awal, maka saya tidak perlu beratur panjang dan terus sahaja mendapatkan tiket di kaunter dengan harga USD 79 untuk pergi dan balik (matawang USD diterima untuk transaksi pembelian tiket ini). Waktu perjalanan adalah pada jam 7.45 malam.

Ollantaytambo

Stesen keretapi yang akan saya naiki ni sebenarnya terletak di Piscacucho dan bukannya di bandar Cusco tempat saya membeli tiket ni. Tiketnya sahaja yang dibeli di sini (kerana tidak dijual ditempat lain kecuali beli pakej dari agen) tetapi stesennya terletak di Piscacucho. Jadi, dari stesen kaunter tiket Cusco tu, saya mendapatkan teksi untuk menuju ke Olantaytambo terlebih dahulu dengan kadar tambang 10 Soles seorang beserta dengan 3 orang penumpang yang lain yang menuju ke lokasi yang sama. Perjalanan dari Cusco menuju ke Ollantaytambo dengan menaiki teksi ni mengambil masa kira-kira 1 jam setengah.

Ollantaytambo

Dari Ollantaytambo, saya akan menggunakan dan menunjukkan tiket keretapi yang saya beli tadi untuk naik shuttle bus menuju ke Piscacucho kerana tiket keretapi itu sah untuk Shuttle bus dan keretapi sekaligus. Oleh sebab shuttle bus tersebut akan bergerak pada jam 5.40 petang, maka saya sempat bersiar-siar di pecan koboi Olantaytambo ni sambil mendapatkan makan tengahari merangkap sarapan pagi.


Ollantaytambo

Jam 5.40 malam (kerana malamnya awal di sini), saya menaiki shuttle bus bersama penumpang lain menuju ke stesen keretapi yang terletak di Piscacucho. Walaupun suasana gelap, tapi saya masih dapat memerhati yang jalan yang dilalui hanya muat untuk sebuah kenderaan sahaja dengan jalan yang tidak bertar. Jadi bila, berselisih, sebuah kenderan harus berhenti bagi memberi ruang kepada bus bertentangan untuk melalui jalan terlebjh dahulu. perjalanan ini mengambil masa kira-kira 1 jam dan tiba di stesen keretapi di Piscacucho kira-kira jam 6.40 malam. Di stesen ni ramai pelancong yang merupakan penumpang keretapi yang menuju ke lokasi yang sama iaitu Machupichu.


Ollantaytambo


Ollantaytambo


Ollantaytambo


Ollantaytambo

Sementara menunggu keretapi tiba kira-kira sejam lagi, semua penumpang diberikan minuman teh percuma yang disediakan oleh pihak pengurusan stesen. The tersebut di letakkan di atas meja yang disediakan dan boleh didapatkan secara layan diri dan boleh diambil mengikut kekerapan sendiri tanpa had. Dalam cuaca sejuk tu dan keadaan stesen yang terbuka, minuman teh panas itu memang menyegarkan.

Ollantaytambo

Jam 7.45 malam, keretapi yang dinanti pun tima dan saya terus naik ke dalamnya serta menbambil tempat duduk mengikut nombor yang tertera pada tiket. Perjalanan keretapi ini mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit dan kira-kira jam 9.30 malam, saya tiba di pecan kecil Machupicchu.

Stesen keretapi Perurail di Machupichu

Dari stesen keretapi, saya berjalan kaki menuju ke hostel Priwa cawangan Machupicchu yang telah saya tempah sejak dari Cusco. Kira-kira 5 minit berjalan kaki, saya tiba di hostel dan terus daftar masuk untuk tidur mala mini sahaja. Selepas meletakkan beg di dalam kamar, saya terus keluar menuju ke kaunter tiket untuk masuk ke tapak bersejarah Machupichu pada esok hari. Alhamdulillah, kaunternya masih buka dan saya berkesempatan untuk membeli tiketnya kerana setelah saya selesai mendapatkan tiket, pekerja kaunter terus menutup premisnya. Sekiranya saya terlewat, maka saya tidak akan berkesempatan untuk mendapatkan tiket masuk itu kerana kaunter hanya akan dibuka pada jam 9 pagi esok hari. Sedangkan saya perlu bergerak awal subuh pada esok hari agar tidak ketinggalan bas.

Makan malam sup sayur dan jus lemon

Setelah mendapatkan tiket itu, saya terus mendapatkan makan malam di restoran yang semuanya terletak berdekatan sahaja di antara hostel, kaunter tiket masuk dan restoran. Lepas makan malam, saya perlu tidur kerana esok subuh-subuh saya perlu bangun untuk mendapatkan bas menuju ke tapak Machupichu…..

No comments: