English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Friday, July 9, 2010

AEROPARACAS – NASCA ARCHEOLOGICAL SITE



29.5.10 (Sabtu)
Makan pagi yang disediakan oleh pihak hostel bermula jam 8 pagi. Selepas makan terus daftar keluar pada jam 10.30 pagi kerana saya hanya tinggal satu malam sahaja di sini dan ada satu aktiviti sahaja yang akan dilakukan.

Berehat seketika selepas sarapan pagi

Selepas daftar keluar, saya meninggalkan beg di dalam bilik simpanan yang disediakan oleh pihak hostel. Aktiviti lawatan saya di Nazca ni ialah Nasca Lines Archeological Site yang telah diwartakan oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia.


ruang makan hostel Priwa

Untuk pergi ke tapak tersebut saya perlu naik shuttle bus yang datang mengambil penumpang di hostel dengan beberapa pelancong lain dan terus menuju ke loksai yang dituju.

Penempatan penduduk di sepanjang jalan menuju ke Nasca Archeological Site

Di pertengahan jalan sebelum tiba di lokasi, shuttle bus singgah di pejabat kaunter pembelian tiket kapalterbang untuk aktiviti tersebut. Lokasinya tidak begitu jauh dari pusat pekan kecil Nazca iaitu kira-kira 30 minit perjalanan menaiki bas tu.

Lapangan terbang di Nasca Archeological Site

Di dalam terminal sementara menunggu giliran untuk menaiki pesawat

Sampai di lokasi saya dapat sudah ramai pelancong yang beratur menanti giliran uantuk menaiki pesawat terbang kecil yang digunakan khas untuk melihat pemandangan dari udara itu. Pesawat kecil ini hanya boleh memuatkan 6 orang sahaja iaitu 4 orang penumpang, seorang pilot dan seorang pembantu pilot.

Pembantu juruterbang memberikan taklimat kepada penumpang

Jam 11.15 pagi tibalah giliran saya untuk menaiki pesawat terbang kecil itu bersama 3pelancong yang lain. Penerbangan ini mengambil masa selama 30 minit yang akan membawa kami meninjau kesemua motif-motif kuno yang sehingga kini masih belum diketahui siapakah pengkaryanya yang mengukirkan motif tersebut yang terukir di atas permukaan gurun yang luas itu. ia masih tetap tinggal menjadi misteri....

Bersedia untuk memulakan penerbangan

Pada mulanya saya dapat menikmati dan mengambil video dengan tenang dan ceria. Tetapi kira-kira 10 minit terbang di udara tu, kepala saya mula rasa pening-pening lalat, mata berpinar-pinar, dan tekak mula berasa loya serta peluh dingin berjejehan membasahi tubuh.

Peta Nasca Lines, Peru

Kapal terbang itu membelok ke kiri dan ke kanan sambil pembantu juruterbang mengarahkan penumpang melihat ke bawah kiri dan kanan kerana mengikut kedudukan lokasi motif kuno yang tertera di permukaan gurun itu. Oleh sebab saya meletakkan kamera sya dalam mode video, maka saya tidak dapat mengambil gambar 'still' motif-motif tersebut. namun begitu, motif-motif di bawah merupakan sebahagian daripada motif kuno yang diukir di atas permukaan gurun itu.

Motif Tree

Motif Monkey

Motif Condor

Motif Lizard

Motif Spider

Motif-motif tersebut dilukiskan semula di sekeliling ruang dalaman terminal terbang yang mengjadi penghias dinding. Motif-motif tersebut turut juga dijadikan bahan untuk cenderahati dan diterjemahkan dalam pelbagai medium seperti T-Shirt, key chain dan sebagainya.

Pilot dan pembantunya

Pun begitu, video yang saya ambil sebenarnya tidak dapat menangkap dengan jelas motif-motif tersebut disebabkan tangan saya mengigil-gigil memegang kamera digital sewaktu mengambilnya. Sebabnya, Saya cuba menahan diri agar tidak muntah kerana pengalaman pertama menaiki kapal terbgang kecil ini membuatkan saya mengalami mabuk udara. Jadi, berusaha untuk mengambil video sehingga selesai dan menahan agar tidak muntah hingga mengigil-gigil.

Pemandangan rapak Nasca Lines dari udara

Mata saya sempat menjeling-jeling pada kertas muntah yang disediakan di poket tempat duduk hadapan namun saya gagahkan diri juga agar tidak muntah. Selama lebih kurang 30minit itu saya bertarung secara fizikal dan psikiologi agar dapat mengambil video bagi aktiviti ini yang hanya berlaku mungkin sekali ini sahaja sepanjang hidup saya.

Pemandangan rapak Nasca Lines dari udara

Mabuk udara yang saya alami pun lebih terkawal dan beransur-ansur kembali kepada keadaan normal walaupun kepala masih lagi pening-pening lalat.

Pilot menandatangani sijil yang diberikan kepada setiap pelanconga penumpang penerbangan

Pesawat memulakan perjalan kembali ke lapangan semula untuk mendarat. Setelah mendarat, pilot akan memberikan setiap seorang pelancong sekeping sijil yang ditandatangani oleh pilot yang mengesahkan bahawa kami telah berjaya melalui aktiviti tersebut.

Berasa lega selepas berjaya menamatkan penerbangan

Setelah selesai, saya menaiki shuttle bus yang sama untuk kembali semul ke hostel di mana saya meninggalkan beg saya tadi.....

2 comments:

mat gambier kashmiri said...

Salam, motif2 tu diukir di atas pasir ke? Sangat misterious!

Bin Basra said...

salam, ye! semua motif tu diukir di atas permukaan gurun dan saiznya agak besar juga sehingga hanya boleh dilihat keseluruhannya pada kedudukan tinggi seperti kapalterbang tu je! itu lah kehebatan Nasca Lines ni sehingga dijadikan tapak warisan dunia...