English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Wednesday, June 29, 2016

'EDUCATIONAL CULTURAL TOUR' KE GIRONA DAN FIGUERES





24 Mei (Selasa) 2016, Oleh sebab tapak kaki dan jari-jari kaki dah mula sakit sebab berjalan terlalu lama sejak 3 hari lalu maka pagi ni saya keluar seawal jam 7.00 pagi dan terus menuju ke stesen Metro Entenca yang jaraknya lebih kurang lima minit berjalan kaki dari apartment. Setibanya di stesen tu saya terus membeli tiket perjalanan sehala. Kemudian saya terus mendapatka metro dan lebih kurang 10 minit je perjalanan merto, saya turun di stesen Sant Pau. Dari stesen tu perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit lagi untuk sampai ke Universitat Autonoma de Barcelona dengan berjalan kaki


Hari ni mula beli tiket naik metro



Oleh sebab waktu masih awal, saya pun singgah di Cafe semalam di mana saya mendapatkan sarapan pagi sebab rasanya makanannya sedap dan letaknya berdekatan dengan lokasi konferen. Hari kedua konferen ni diisi dengan mengadalakan lawatan kebudayaan ke beberapa lokasi dengan menaiki bas. oleh sebab bas akan tiba pada jam 9.00am maka masih awal lagi waktunya. Saya menikmati kopi dan roti dengan selera sekali.

Sarapan pagi

Sarapan pagi


Sarapan pagi

Bas persiaran 

Usai sarapan saya menuju ke lokasi menunggu bas di hadapan Universitat dan tepat jam 9.00am bas pun tiba. Dua buah bas yang digunakan sebagai pengangkutan kami bagi menampung keseluruhan peserta dan keluarga masihng-masing. Saya menaiki bas yang pertama dan bila semua penumbang dah penuh, bas pun bergerak dan pemandu pelancong memperkenalkan diri. Kami dimaklumkan akan dibawa ke destinassi pertama, iaitu Girona. Girona merupakan kota yang terletak di bahagian Timurlaut Sepanyol dan menjadi milik autonomi komuniti Catalonia. Jumlah penduduknya lebih kurang 97,000 orang dan jarak dari Barcelona ke sini lebih kurang 99 kilometer dan naik bas mengambil masa lebih kurang satu jam la nak sampai. Penduduk awal di sini dikatakan orang Iberia. Kemudian dijajah oleh Romawi untuk sekian lama sehingga diambilalih oleh Visigoths dan kemudiannya ditakluki oleh orang Islam yang dikelani sebagai Moors dalam tahun 715 M. Kemudian, pada 785 M, Charlemagne menakluki semula Girona dan menjadikannya salah satu daripada empatbelas daerah Catalonia. Pada abad keduabelas pula Ginona menerima kebanjiran kaum Yahudi yang membuat penempatan di sini dan kekal hingga ke hari ini sebagai kelompok minoriti.


Girona ancient cathedral


Jadi selepas lebih kurang satu jam perjalanan bas tu, kami pun tiba di Girona dan terus dibawa melawat tempat-tempat bersejarah di sini dan antaranya adalah Cathedral kuno yang asalnya dibina oleh orang Islam (Moor) sebagai sebuah masjid namun kemudiannya telah diambilalih oleh pemerintah Kristian dan dijadikan gereja dengan beberapa penambahbaikan yang menekankan ciri-ciri Catalan Gothic architecture .





Old fortifications (Kubu Lama)



Dari Catedral lama saya ditunjukkan ke Kubu Lama (Old Fortification) yang dari segi sejarahnya telah memainkan peranan yang sangat penting dalam mempertahankan Girona daripada penceroboh sejak ratusan tahun lampau. Dinding kota lama ini telah dibina oleh tentera Romawi pada abad pertama sebelum Masihi. Kemudian ia mangalami pengubahsuaian demi pengubahsuaian mengikut perubahan zaman dan perubahan pemerintahan. 


Berlatarbelakankan The Collegiate Church of Sant Feliu



Saya kemudiannya ditunjukkan kepada Collegiate Church of Sant Feliu yang membawa gaya Gothik abad ke 14 dari segi struktur binaannya.


Jewish Heritage (Penempatan Yahudi)



Walaupun kebanyakan komuniti Yahudi telah dihalau keluar dari Sepanyol namun terdapat sebahagian kecil yang masih tinggal di Girona. Mereka menetap di penempatan mereka sendiri yang dibina sejak lama dahulu dan terletak di Carer de Sant Llorenc.


Eifel Bridge menjambatani Onyar river


Eifel Bridge menjambatani Onyar river

Eifel Bridge menjambatani Onyar river

Seterusnya saya dibawa menyaksikan satu lagi ciri Girona yang khas, iaitu rumah-rumah indah berwarna-warni yang dibina menghadap sungai Onyar. Rumah-rumah ini dibina sejak ratusan tahun lalu dengan membawa citarasa kota Mediterreanean. Dinding bangunan yang di cat mengikut pallete itu telah diinisiatifkan oleh arkitek Enric Ansesa, James J. Faixo dan Fuses and J.Viader. Salah satu daripaa rumah-rumah ini (di Ballesteries 29, Girona) adalah Casa Maso, iaitu tempat kelahiran arkitek Rafael Maso dan sejak tahun 2006 ia telah menjadi ibu pejabat Fundacio Rafael Maso. 

Eifel Brdge menjambatani Onyar river dan berlatarbelakankan Cases de l'Onyar


Eifel Brdge menjambatani Onyar river dan berlatarbelakankan Cases de l'Onyar

Eifel Brdge menjambatani Onyar river dan berlatarbelakankan Cases de l'Onyar

Plaça de la Independència


Lokasi berikutnya adalah Plaça de la Independencia, iaitu yang merujuk kemenangan yang dicapai dalam perang Sepanyol melawan Napoleon Bonaparte. Ia juga merupakan lokasi yang paling terkenal dan paling kerap dikunjungi di Girona ini. Letaknya adalah di daerah Mercadal, iaitu di pusat bandar yang turut juga dikenali sebagai Plaça de Sant Agustí, kerana sebelum ini Konven Sant Agustí telah dibesarkan di sini.


Plaça de la Independència

Oleh sebab ini merupakan lokasi trakhir lawatan di Girona ni, maka saya pun duduk berehat-rehat lama sikit sambil menanti rakan-rakan yang lain untuk menyudahkan urusan masing-masing dan pada jam 12pm tepat kami perlu menaiki bas semula di point di mana kami diturunkan tadi yang letaknya tidak jauh dari  lokasi Placa de lan Independencia ni..... tepat jam 12pm bas tiba dan kami semua menaiki bas untuk mendapatkan makan tengahari secara buffet li sebuah kompleks yang letaknya kira-kira 15 minit perjalanan menaiki bas. (saya pun dah lupa nama kompleks ni dan tak sempat nak ambil gambar bangunannya). Kesemua pelancong yang melawat Girona juga akan turut menikmati buffet tengahari di sini. Namun kami dimaklumkan oleh pemandu pelancong bahawa rombongan kami adalah yang paling awal akan tiba bagi mengelakkan kesesakan. Pelancong lain tidak akan tiba seawal itu kerana merunut pemandu pelancong, waktu makan tengahari di sini adalaj pada jam 2pm. Jadi jam 12pm ni adalah masih awal....

Hidangan buffet tengahari

Hidangan buffet tengahari

Tidak lama kemudian kami pun tiba dan memang betul.... kami adalah pelancong terawal yang mejamah hidangan yang meriah dan pelbagai itu....jadi saya juga ada banyak pilihan untuk memakan makanan yang boleh dimakan terutamanya buah-buahan, sayuran dan makanan laut......pencuci mulutnya juga enak-enak belaka dan pakej buffet ini telah termasuk dalam yuran konferen.....

Hidangan buffet tengahari

Hidangan buffet tengahari, makanan laut, sayuran dan buah-bauahan


Hidangan buffet tengahari

Usai makan tengahari, setelah kira-kira satu jam setengah kami menjamah buffet di situ, kami semua menaiki bas semula untuk dibawa bergerak menuju ke lokasi berikutnya, iaitu muzium Salvador Dali yang terletak di Figueres, iaitu sebuah pekan kecil pinggiran pantai yang terletak di bahagian utara Barcelona. Pekan kecil ini terkenal kerana tokoh yang bernama Salvador Dali, iaitu seorang artis yang menempa kejayaan yang besar dan ketika zaman kemuncak kegemilangannya, dia kembali semula ke kampung halamannya di sini dan mencipta karya agungnya yang menjadi mercutanda pekan kecil pinggir laut Figueres ini. 


Muzium Salvador Dali

Muzium Salvador Dali


Muzium Salvador Dali

Salah satu yang paling terkenal adalah The Dalí Theatre-Museum kerana ia merupakan objek surrealistic terbesar di dunia. Sekarang ini, ia telah menggantikan bekas Teater Perbandaran di bandar yang musnah dalam perang saudara Sepanyol. Muzium ini juga turut memuatkan karya seni hasil kerja tangan Dali serta pelbagai lukisan terkenalnya sejak dari awal pengkaryaannya hingga akhir hayat beliau. 



Muzium Salvador Dali

Muzium Salvador Dali

Karya Salvador Dali

Karya Salvador Dali

Karya Salvador Dali

Karya Salvador Dali

Karya Salvador Dali

Karya Salvador Dali

Karya Salvador Dali

Muzium Salvador Dali

Muzium Salvador Dali

Muzium Salvador Dali



Pemandu Pelancong menunjukkan muzium Salvador Dali



Selesai lawatan kira-kira jam 5pm, kami pun diminta untuk menaiki bas semula untuk dibawa kembali ke lokasi di mana kami dijemput pagi tadi dan berakhirlah lawatan kami untuk hari ini. Sebaik turun dari bas, saya pun ingin memulakan perjalanan pulang ke apartment namun telah diajak oleh Dr. Sham dan Lokman untuk menemani mereka bersiar-siar ke Sagrada di Familia dan seterusnya ke Catalunya.

Sagrada de Familia

Sagrada de Familia

Tanpa banyak alasan saya pun akur mengikuti mereka, lagipun hari masih terang lagi dan ini kesempatan yang baik kerana boleh saya membeli-belah apa yang patut...di Sagrada de Familia ni terdapat stesen metro yang menuju ke stesen Catalunya. Jadi, sempatlah merakamkan foto kenangan di sini....

Sagrada de Familia
Sagrada de Familia
Sagrada de Familia ni terkenal kerana ia merupakan salah satu daripada UNESCO heritage site di Barcelona ni. Ia merupakan gereja Roman Katolik yang terbesar di sini dan telah direka oleh arkitek Sepanyol bernama Antoni Gaudi (1852–1926). Dari segi rekabentuk dan kejuruteraan ia membawa nuansa Gothic yang terkenal itu.

Sagrada de Familia

Sagrada de Familia

Sagrada de Familia

Sagrada de Familia

Sagrada de Familia

Sagrada de Familia
Sagrada de Familia

Tiket metro

Menunggu metro dari stesen Sagrada de Familia ke Catalunya



Catalunya

Catalunya


Usai berfoto di hadapan Sagrada de Familia tu, saya menaiki metro ke Catalunya dan setibanya di sana saya terus mencari Hard Rock Cafe keran menurut Dr. Saham ia terletak di sini dan tak jauh dari hotel tempat dia menginap di Catalunya ni. Kami pun menuju ke sana dahulu dan saya membeli cenderahai di situ dan kemudian kami bersiar-siar di sekitar Catalunya ni dan sembap la mengambil gambar di waktu senja di sini.


Catalunya

Catalunya

Catalunya

Catalunya

Hari pun dah semakin gelap dan saya pun rasa dah letih dan kami pun berpisah di sini. Dr. Sham pulang ke hotel penginapannya yang terletak di tengah kota Catalunya ni sementara saya dan Lokman menuju ke stesen metro untuk kembali semula ke Sagrada de Famili sebab Lokman tinggal di sekitar kawasan itu. Saya terus menyambung metro ke stesen Estenca untuk pulang ke apartment di Provinca. Sampai apartment dah malam dan saya solat dan merehatkan diri dan terus tertidur kerana esok ada lagi satu program jalan-jalan ke lokasi lain pulak.....


Catalunya

Catalunya



No comments: