23 Mei 2016
Singgah makan pagi di Graniera Cafeteria
23 Mei 2016 (Isnin), Jam 7 am seperti semalam saya bercadang untuk berjalan kaki sahaja pada hari ini dan ingin memastikan berapa lam masa yang sebenarnya saya ambil untuk sampai di Universitat. Saya pun gerak keluar jalan kaki ke
universitat dan sampai dalam masa 1 jam….iaitu jam 8.00am saya dah sampai dan konferen start jam 9.15 am, jadi orang belum sampai
lagi dan saya lah yang paling awal sampai. Saya berpatah balik semula dan menuju ke Graniera Cafeteria yang terletak bersebelahan universitat untuk mendapatkan sarapan pagi.
Menu sarapan pagi
Setibanya di cafe tu saya memesan cafe con lece (caffe Latte) dan croisoint cokelat dan rasanya memang sedap di cafe ni, samada kopinya mahupun rotinya dan akhirnya di sinilah cafetempat saya mendapatkan sarapan pagi sepanjang konferen di sini sehingga pekerja di situ kenallh dengan saya....
Usai sarapan saya berpatah balik semula ke univrsitat dan jam baharu menunjukkan jam 8.30 pagi dan orang masih belum ramai yang datang. Jadi saya duduk di taman universitat tu sambil menunggu konferen bermula....
Hari Konferen
Kemudian saya masuk ke lobi di mana disediakan kaunter pendaftaran lalu saya bertanya bila kaunter akan dibuka. Saya dimaklumkan bahawa kaunter pendaftaran hanya akan dibuka pada jam 10am. Semua pembentang perlu mengikuti welcoming speech dulu yang akan berlangsung pada jam 9.15am di bilik seminar 10 dan diikuti denga ucaptama. Saya pun naik ke bilik seminar 10 dan telah ada beberapa peserta yang mengambil tempat duduk. Saya pun turu mengambil tempat duduk.
Hari Konferen
Dr. George dari Barcelona yang merupaka Pengerusi konferen
Tidak lama kemudian Dr. George masuk dan memperkenalkan diri tapi tidak boleh memulakan majlis lagi sebab belum pukul 9.15am. Beliau memaklumkan bahawa orang Sepanyol melakukan perkara tepat pada masa. Semuanya perlu tepat dan sekiranya lambat maka akan ketinggalan atau ditinggalkan. Jadi kami sama-sama menunggu jam menunjukkan pukul 9.15 pagi baharulah acara dimulakan. Usai, ucaptama dan tepat jam 10 am parallel session pun bermula dan ada 3 sessi selari yang berlaku, iaitu bilik 10, bilik 16 dan bilik 18.
Bersama peserta konferen
Bersama Dr George, Pengerusi Konferen
Ruang legar Universitat Autonoma de Barcelona
Bersama pembentang dari Thailand di ruang legar Universitat Autonoma de Barcelona
Inilah sinage pengganti banner dan bunting
Seminar kali ini adalah yang paling simple perhan saya sertai. Tepat masa dan tiada banyak protocol. Tiada bunting dan tiada banner. kemudian waktu break pada jam 11am tetapi sesi selari masih berjalan dan sapa-sapa nak minum kopi dan
jus boleh turun ke taman di mana sedikit refreshment disediakan. pada waktu ini juga saya mengambil kesempatan untuk ke
kaunter dan mengambil sampul yang berisi sijil pemakalah dan sijil sebagai
pengerusi sesi pada jam 2pm nanti serta kupon untuk mengikuti lawatan pada 24
dan 25 haribulan. Kemudian saya terus ke luar ke taman untuk mendapatkan kopi, roti dan jus.....
Ruang legar Universitat Autonoma de Barcelona
Bersama Dr George, Pengerusi Konferen
Usai mendapatkan makanan ringan tu saya terus naik semula ke bilik seminar 18 sebab jam 2.00pm nanti adalah giliran saya untuk menjadi pengerusi sesi selari dan sekaligus membentangkan kertaskerja.......
Jadual sebagai pengerusi sesi selari
Bersama Dr George, Pengerusi Konferen
Konferen berakhir pada jam 5.00pm dan saya meninggggalkan universitat pada petang ini dengan berjalan kaki sahaja dan masih tidak menggunakan perkhidmatan metro kerana hari masih siang lagi dan terang. Saya masih belum puas untuk menikmati pemandangan sepanjang perjalanan dari universitat ke Provinca, iaitu lokasi apartment sewaan saya.... sampai di rumah kaki sangant sakit dan keletihan dan oleh sebab baharu terasa lapar... usai solat dan berehat sebentar, saya pun membuka peti sejuk dan mengambil nasi beryani semalam untuk dipanaskan..... masih sedap rasanya dan itulah makan tengahari merangkap makan malam saya.... sambil tu... semalam saya ada membeli buah-buahan di supermarket dan ia juga menjadi pencuci mulut untuk makan malam ini...... letih dan tertidur awal juga sebab esok akan ada aktiviti 'Educational Cultural Tour' yang menjadi sebahagian daripada acara konferen....
2 comments:
waH...Selamat berjaya.
Alhamdulillah.....Insyaallah...
Post a Comment