English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, June 23, 2016

HARI KEDUA... MENCARI APARTMENT & UNIVERSITAT AUTONOMA DE BARCELONA




Apartment Aleix

22 Mei 2016 (Ahad) - Jam 10.30am check-out hotel TC dan terus ke stesen Sant lalu mencari-cari arah untuk ke apartment yang saya tempeh secara on-line untuk tempoh lima malam iatu sepanjang konferen berlangsung. Saya masih tak pasti lokasi sebenarnya apartment tu walaupun semalam saya telah meminta peta Barcelona daripaa penyambut tetamu hotel TC tapi peta tu tidak rinci menjelaskan alamat apartment sebab ia bukan lokasi pelancongan utama. Saya pun bersiar-siar di dalam station Sant tu lalu bertanya kepada pengawal keselamatan yang berlegar-legar di dalam stesen namun dia pun masih tidak dapat memberikan kepastian. Saya terus berlegar-legar lagi dan akhirnya terjumpa juga kaunter pertanyaan. Saya terus menuju ke situ dan bertanyakan alamat apartment tu di Carrer Provinca 52 4 1a. penyambut kaunter tu dengan pantas menunjukkan lokasinya pada peta yang memang telah tersedia di hadapannya dan menandakan alamat tersebut di atas peta yang lebih rinci berbanding peta hotel TC. Berpandukan peta tersebut, saya terus bergerak menuju ke lokasi yang ditandakan dan akhirnya pada jam 11.30 am saya telah berjaya menemuinya setelah bertanya kepada beberapa orang. Saya menekan loceng tapi tiada respon. Saya menunggu lagi sambil menekan loceng namun masih tiada respon. Kemudian kebetulan ada penghuni apartment yang sama membuka pintu untuk keluar lalu saya bertanyakan alamat tersebut untuk kepastian. Penghuni tersebut mengesahkan alamat tersebut dan bertanya samada saya nak masuk menemui tuan apartment yang saya akan menginap bernama Aleix. Saya menolak kerana tidak mahu masuk tanpa kebenaran dari tuan punya apartment. Saya berfirki mungkin terlalu awal sebab melalui email terakhir saya memaklumkan akan check-in pada jam 12pm. Jadi saya pun bergerak menuju ke café bersebelahan untuk mendapatkan orange jus dan Spanish omelette sementara menunggu hingga jam 12pm. Usai makan, saya terus kembali semula ke apartment dan menekan loceng lagi dan terus dijawab oleh Aleix dan membukakan pintu secara automatik dan mengarahkan saya naik ke apartmentnya di tingkat 4 di bangunan 8 tingkat itu. Dengan ramah Aleix menyambut saya dan memaklumkan bahawa bilik saya masih dikemaskan namun saya dibawa juga masuk ke kamar dan temannya masih memasangkan cadar dan menyusunkan bantal. Cantikk…biliknya….sambil berbual-bual Aleix meneruskan menyapu lantai dan memopkannya sesudah itu. Saya ditunjukkan bilik air yang kemas dan bersih. Saya juga ditunjukkan dapur yang boleh digunakan untuk memasak dan ruang peti sejuk juga disediakan untuk saya bagi menyimpan makanan. Saya juga diberikan complementary mineral water dan beer. Saya maklumkan kepada Aleix bahawa saya hanya akan mengambil mineral water sahaja. Beer tu boleh lah dia simpan mungkin untuk tetamu yang lain.

Passeig de Sant Joan 

Usai mengemas bilik, Aleix mengemaskan pula bilik air dan saya pun meminta diri untuk keluar bagi mencari lokasi konferen esok. Aleix juga memberikan saya password untuk wifi dan peta yang lebih rinci lagi mengenai lokasi apartment dan menuliskan di atas peta tu bagaimana untuk ke lokasi konferen. Menurut Aleix, kalau nak berjalan kaki sahaja pun boleh nak ke sana dan mengambil masa kiri-kira 25 minit katanya. Jadi, saya pun bercadang untuk berjalan kaki sahaja berbanding naik metro sebab dapat melihat-lihat kota Barcelona. Saya bergerak dari apartment menelusuri Carrer Provinca terus sahaja sehingga bertemu dengan Passeig de Sant Joan lalu belok ke kiri. Jalan punya jalan tak berjumpa juga dengan  Passeig de Sant Joan rupanya saya dah terlajak lalu berpatah balik. Patut la tak jumpa lorong tu sebab pada signage hanya ditulis ‘Pg Sant Joan’ je…. Tak lengkap macam dalam peta tu….!!!! Dah jumpa jalan tu, saya menelusurinya tapi lepas tu tak tau nak ke mana?? Sebab dalam peta yang Aleix bagi tu tak lengkap sampai ke lokasi Universitat Autonoma de Barcelona tu. Saya duduk berehat kejap sebab sepanjang Passeig de Sant Joan ni adalah taman permainan kanak-kanak yang menjadi pembahagi jalannya yang terletak di kiri dan kanan taman tu.


Passeig de Sant Joan 

Ada banyak bangku disediakan di situ untuk ibu-bapa dan pejalan kaki serta orang-orang tua duduk. Sambil tu saya membuka peta yang diambil daripada kaunter pertanyaan pagi tadi dan merujuk balik alamat penuh universitat tu. Rupanya alamatnya di Carrer Sant Antoni, 171. Untuk kepastian, saya bertanya pada wanita yang duduk di taman tudan dia kata jalan depan sikit dan belok kiri. Saya pun mengikut kata wanita tu dan memang betul nama jalan melintangi Passeig de Sant Joan tu adalah Carrer Sant Antoni. Wanita tu kata belok kiri dan saya pun ikut belok kiri namun akhirnya saya sampai di hujung jalan Carrer Sant Antoni, pas tu dah habis. Kemudian saya ternampak restoran India yang ada bertulis tanda halal. Saya pun masuk ke situ dan tertarik untuk memesan mango lassi dan biryani ayam. Sambil menunggu hidangan tu, saya bertanyakan kepada pramusaji di restoran tu tentang lokasi konferen dan dia kata jalan terus ke hadapan kerana restoran tu betul-betul mengahadap Carrer Sant Antoni. Maknanya seperti kata Aleix tadi, lepas lalu di Passeig de Sant Joan pas tu belok kanan. Akak tadi pula kata belok kiri. Alhamdulillah…. Sebab akak tu bagi saya silap jalan untuk dapat makan nasi biryani rupanya….

Makan tengahari beryani halal di restoran ini 

Usai makan, saya minta pramusaji tu bungkuskan sebab portionnya banyak sangat dan saya boleh habiskan separuh je. Dah siap bungkus saya order café latte dan usai minum kopi baharulah boleh jalan. Saya bergerak menelusuri Carrer Sant Antoni bermula dari premis no, 3. Maknanya jauh gak la lagi ni sebab Universitat Autonoma de Barcelona adalah premis no. 171. Jalan ajelah…. 


Sambil berjalan tu saya melalui La Pedrera yang terkenal itu dan kelihatan ramai pelancong yang mengunjungi lokasi itu... saya hanya sekadar lalu sahaja sebab tujuan utama belum berjumpa lagi.....

La pedrera


La pedrera

Gereja Sant Pau

Lokasi pelancong berikutnya yang saya temui sepanjang jalan itu adalah Gereja Sant Pau yang juga terkenal di Barcelona ni kerana konteks sejarahnya..... Saya tidak sempat masuk melihat-lihat juga... hanya sekadar merakamkan gambar dari luar gereja sahaja.......Pelancong juga agak ramai mengunjungi lokasi ini. Tidak jauh dari gereja ini, kira-kira selang satu blok sahaja adalah lokasi yang saya ingin temui iaitu Universitat Autonoma de Barcelona.....

Gereja Sant Pau


Gereja Sant Pau

Universitat Autonoma de Barcelona


Universitat Autonoma de Barcelona

Universitat Autonoma de Barcelona

Universitat Autonoma de Barcelona


Dan akhirnya..... selepas sekian lama tiba lah di situ…..Saya merakamkan gambar di hadapan Universitat itu untuk pengecaman sebab esok nak datang lagi ke sini bagi tujuan konferen. Setelah mengecam lokasi tu, saya pun berpatah balik menelusuri jalan-jalan yang sama semula untuk kembali ke apartment. Memang sakit dan lenguh juga la kaki berjalan yang saya kira-kira semula lebih kurang 4 jam berjalan kaki sejak dari jam 12.40pm tadi. Saya tiba di apartment semula lebih kurang dalam jam 5.00pm. itu pun sambil selfie dan lepak-lepak serta melihat-lihat dan makan-makan la…..
Berjalan balik ke Apartment

Setelah tiba di apartment saya berehat-rehat dan cadangnya dak keluar semual tetapi sebab keletihan maka saya batalkan niat itu dan hanya lepak-lepak dalam kamar. Lagi pun perut terasa masih kenyang lagi dan bungkusan nasi beryani tadi saya simpan di dalam peti sejuk dan kalam lapar nanti boleh dipanaskan dalam mikrowave..... sebab letih sangat lalu tidur awal.....

No comments: