English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, June 23, 2016

KEMBARA EROPA SELATAN 2016




Emirates Air

Kembara Eropah Selatan ini merupakan peluang yang telah lama saya nanti-nantikan kerana dengan tertunainya kembara ini maka selesailah perancangan saya untuk menziahari daerah Eropah Barat yang bermula dari Utara di Scotland sehinggalah ke Sepanyol di Selatan. Tujuan berpergian pada kali ini adalah bersempena dengan pembentangan kertaskerja yang dibentangkan di ‘International Journal of Arts & Sciences (IJAS) International Conference for Social Sciences and Humanities’, bertempat di Universitat Autonoma de Barcelona, Casa Convalescencia Campus, Sant Antoni Maria Claret 171, Barcelona, Spain, yang berlangsung pada 23 – 26 May 2016.

 Barcelona dari hotel TC

Jadi, pada tanggal 21 mei 2016 (Sabtu) jam 7am saya bertolak ke KLIA dan boarding flight Emirates EK345 jam 10.30am tapi delayed 1 jam kerana melakukan pemeriksaan kejuruteraan. 11.30am baru berlepas dari KLIA menuju ke Dubai selama lebih kurang 7 jam penerbangan. Risau juga sebab transit di Dubai hanya 2 jam setengah sahaja sebab connecting flight Dubai-Barcelona pada jam 3.00pm. sembang-sembang dengan cabin crew dia kata kalau tak sempat Emirate akan gantikan penerbangan berikutnya dan kalau tak sempat juga Emirates boleh bagi penginapan hotel untuk berlepas pada esok hari sekiranya perlu. Ok, juga….. tapi penerbangan agak baik dan lancar Alhamdulillah pada Jam 2.30pm waktu Dubai dah dapat landing di airport Dubai. Bergegas kejar connecting flight Emirates EK187 yang bording time pada jam 3.00pm. Nasib baik landing di Gate B30 dan boarding di Gate B25, bersebelahan sahaja. Sempat la berlari kejar connecting flight tu. Selama lebih kurang 7 jam lagi terbang dari Dubai ke Barcelona dan pada jam 8.50pm pesawat selamat mendarat di Terminal 1 Barcelona airport.

 Barcelona Sant Station di pagi hari dari hotel TC

Semuanya berjalan lancar dan urusan imigresen pun ok je jadi dalam jam 9.20pm semua boleh selesai dan waktu mahgrib pun dah masuk. Saya terus menuju ke perkhidmatan bas percuma di terminal 1 yang akan membawa saya ke terminal 2 di mana terdapatnya stesen keretapi yang akan membawa saya ke stesen Sant. Saya membayar tiket E4.50 untuk tambang keretapi dan selepas tiga kali perhentian, saya pun turun di stesen Sant. Saya tersilap perkiraan kerana ingatkan akan sampai pada hari Ahad 22 mei. Rupanya sampai pada 21 mei (sabtu) tu juga. Tapi saya book hotel bermula pada 22 mei, jadi saya kena cari hotel lain dulu sebelum boleh check in hotel (apartment) yang telah saya tempah dan bayar secara on-line. Setibanya di stesen Sant, saya berjalan-jalan mencari hotel yang sesuai dan setelah lama berjalan dan letih tengah-tengah malam ni, dan tidak tidur sempurna sejak lebih kurang 20 jam yang lalu saya pun berhenti di Hotel TC Torre Catalunya bersebelahan stesen Sant dan membayar E145 untuk satu malam. Ok la tu….. janji dapat berehat dan tidur untuk malam ni…..

Barclona Station di malam hari dari hotel TC

No comments: