English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Saturday, April 23, 2011

TANGGUH DULU YEE... NAK KE PASAR KARAT JAP!



1.4.11 Sepatutnya hari ni saya dan Miji dah memulakan kembara Eropah menuju ke destinasi yang telah dirancangkan. Namun, terpaksa ditangguhkan dahulu kerana ada dua orang lagi yang berkeinginan untuk mengikuti kami iaitu Dr. Rahimah dan Dr. Norhayati. Memandangkan Dr. Rahimah masih sibuk untuk melayani rakan-rakan dari USM yang berhajat untuk ke 'pasar karat' (telah saya ceritakan mengenainya dalam entry Frankfurt 2010) pada esok hari iaitu sabtu (kerana pasar karat ini hanya berlaku setiap dua minggu sekali dan pada hari sabtu sahaja). Jadi, demi menghormati rakan-rakan...terpaksalah kami menangguhkan dahulu perancangan kami tuh walaupun kami, terutamanya Miji sangat perihatin dengan masa kerana cuti yang diambil agak terhad. Negara yang ingin kami tujui dan lawati agak banyak dan lokasinya jauh terutamanya Sepanyol dan Portugal yang terletak jauh di sebelah selatan Eropah sana tuh... sebenarnya Sepanyol dan Portugal ni telah dirancangkan sejak kembara Eropah 2010 dulu lagi tapi tak kesampaian kerana faktor masa. Jadi, kalau boleh kembara kali ni nak juga disempurnakan hajat tu, Insyaallah...

Oleh sebab agak sukar untuk melakukan komunikasi dengan Dr. Rahimah melalui teknologi moden nih maka kami melakukan dengan cara konvensional. Isunya ialah kami belum berbincang betul-betul mengenai kembara nih dan tiket pun masih belum dibeli dan jenis pengangkutannya pun masih belum ditentukan. Jadi, hari ni apa yang kami lakukan ialah pergi ke pejabat kak Imah untuk menemui beliau. Malangnya dia tiada di sana. Lalu kami pun meninggalkan mesej di hadapan pintu beliau. Kemudian kami terus menuju ke kediaman beliau dengan harapan beliau ada di sana. Malangnya tiada juga... kami pun meneinggalkan mesej di pintu pagar kediaman tersebut. Kami memaklumi bahawa kak Imah pastinya sedang sibuk untuk melayani tetamunya dari USM.... jadi kami pun memutuskan untuk kembali semula ke sentral stesen dan terus menuju ke kaunter tiket perkhidmatan Eurail untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatannya.

Eurail Select pas yang akan digunakan sepanjang kembara ini

Setelah maklum, akhirnya saya dan Miji mengambil keputusan untuk mengambil pas Eurail di bawah pakej 'selected country' selama 8 hari dan valid selama 2 bulan. Dalam pakej ini hanya 3 buah negara sahaja yang sah untuk dilawati iaitu Jerman, Switzerland dan Benelux (iaitu yang merangkumi negara Belgium, Belanda dan Luxemburg yang dikira sebagai sebuah negara sahaja). Selain daripada negara-negara tersebut, tiket tu tak laku. Walaupun pada asalnya saya ingin mengambil pakej 'Global pass' yang sah dan laku digunakan untuk kesemua destinasi Eurail seluruh Eropah selama 15 hari dalam tempoh 2 bulan. Sekiranya hal itu berlaku, maka saya dan Miji terpaksa mengambil laluan yang berlainan dan bergerak secara sendirian. Tetapi bagaimana dengan yang dua orang lagi tuh? nak ikut pakej yang mana pulak? Akhirnya, demi menghormati Miji dan rakan-rakan yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk ntuk ke sana, maka saya akur untuk kami sama-sama mengambil pakej yang sama. Nampaknya, impian saya untuk ke Sepanyol dan Portugal masih belum terlaksana..... Insyaalllah.... moga ada ruang dan kesempatan lagi yang diberikan oleh Allah untuk saya menziarahi ke sana...

Setelah selesai urusan tu, lega sikit sebab dah ada tiket dah....kami pulang ke hotel dan membuka internet lalu menerima emel dari Kak Imah setelah menerima mesej kami tadi. Kami membalas emel tersebut dan memaklumkan bahawa kami berdua telah membeli tiket dan kak Imah boleh beli tiket tu esok pagi sebelum ke Pasar karat. Kami berjanji bertmu di Stesen sentral esok pagi jam 7.00 am.



2.4.11 (Sabtu) Usai sarapan di hotel, kami terus ke stesen sentral untuk menunggu kak Imah 'and the gang' dan tepat jam 7.00 pagi mereka pun muncul. Perkara pertama ialah saya memaklumkan kepada kak Imah mengenai perancangan kami. Kak Imah tak de masalah... dia ikut je... mmmm... senang cerita.... jadi, perkara yang perlu dilakukan sekarang adalah membeli tiket Eurail terlebih dahulu. Saya pun menemani kak Imah dan Kak Yati menuju ke kaunter dan membeli pas yang sama seperti yang saya telah beli semalam. Sekejap je urusannya....kami pun bersetuju unutk memulakan perjalanan kami dengan menaiki train yang akan bergerak ke Zurich pada jam 2.05 pm nanti. Iaitu selepas balik dari 'pasar karat' tuh...



Usai di situ, kami semua (macam rombongan cik kiah la...) terus mengambil tram dan turun di perhentian Dome Romer dan dari situ kami berjalan kaki menuju ke destinasi hari ini iaitu Pasar Karat.....tapi kat sini tak banyak ceritanya.... miji macam biasa membeli jam antik di situ.... sehinggalah jam 11.30 pagi, kami pun berjalan pulang ke hotel semula...



Sampai di hotel, kami terus ke kamar dan mengambil semua barangan dan turun ke lobi semula untuk mendaftar keluar. Oleh sebab baru jam 12.00pm dan ada lebih kurang dua jam lagi untuk berangkat, kami meninggalkan beg di bilik simpanan yang disediakan di hotel tuh... dan keluar untuk mendapatkan makan tengahari di kedai Arab berdekatan....



No comments: