Dari balkoni kampus Westend
30 & 31 Mac 2011 - Ceritanya! pada hari pertama untuk ke lokasi seminar di kampus Westend, saya Miji, Aris dan Ghazali membeli 'pas satu hari berkumpulan' untuk pengangkutan kami. Jadi kamipun naiklah metro dari stesen sentral dan turun di stesen Bokenheimer Warte. Dari sini, kami kena mengambil bas pulak sebab perkhidmatan metro dan tram tak lalu di stesen Westend melainkan bas sahaja.
Dari balkoni kampus Westend
Di perkarangan kampus Westend seusai jamuan makan malam
Sesampainya sahaja kami di stesen bas Bokenheimer Warte untuk ke Westend tu, terjumpalah geng-geng pembentang kertaskerja dari USM antaranya Dr. Sakinah, Dr. Membunga, Dr. Affendi, Dr. Sakirah, Pn. Soiljah dan En. Baharuddin. Kami pun bergabunglah akhirnya untuk menaiki bas yang sama menuju ke kampus Westend tuh...
Di perjalanan pulan ke hotel
Di perjalanan pulan ke hotel
Kami pun sembang-sembanglah kat stesen bas tuh dan tak lam kemudian bas yang ditunggu pun tiba. Kami pun naiklah bas tuh dan terus sambung perbualan. Saya perasan bas tuh bergerak dan kalau tak silap saya berhenti di dua perhentian. Sesampainya sahaja di perhentian kedua tuh tetiba ada la pulak yang kata dah sampai dah.... saya keliru gak kenapa cepat sangat sampainya sebab dulu rasanya agak lama gak duduk dalam bas tuh baru nak tiba. Tapi sebab tak pasti sangat dan si Aris pun dah panggil semua suruh turun sebab dah sampai katanya.... saya pun ikutlah turun... bila bas dah bergerak meninggalkan kami... saya pun tertanya-tanyalah mana kampusnya? sebab seingat saya masa datang sini dulu, sebaik sahaja turun dari bas terus je nampak kampus Westend sebab lokasinya betul-betul bertentangan dengan perhentian bas...
Di perjalanan pulan ke hotel
Di perjalanan pulan ke hotel
Akhirnya, masing-masing pun mengeluarkan teori yang macam-macam sebab tak mahu mengakui sebenarnya dah tersalah perhentian.... realitinya, kami tidak sampai di Westend lagi, tapi ntah di mana ntah lokasinya... nak tak nak, kena lah jalan kaki sebab katanya tak jauh sangat.... dan ikut je laluan bas tuh.... nanti sampai la tu...Kami pun terus berjalan mengikut laluan bas tuh (dah macam rombongan cik kiah la plak!).... ok gak la berjalan kat Eropa nih sebab tak panas dan tak la berpeluh... kalau kat Malaysia agaknya dah ada dah yang kena maki... (rasanya la). Jalan punya jalan akhirn bertemu dengan persimpangan....mmmm ni yang buat keliru nih.... nak pilih cabang yang mana... waktu seminar dah makin hampir dah nih....akhirnya kena lah ringankan mulut untuk bertanya arah ke lokasi yang ingin ditujui....kami pun berjalan melalui taman dalam bandar yang cantik itu. ok, gak dapat bersiar-siar di pagi hari musim bunga ni... kena selalu positif je... baru la seronok...tapi memang cantik pun...
Di perjalanan pulan ke hotel
Sebaik sahaja keluar dari laluan taman tuh, terus je ternampak kampus Westend di hadapan kami, Alhamdulillah... akhirnya kami tiba juga setelah hampir kira-kira 20 minit berjalan kaki. Jangkamasa ni diberikan oleh Dr. Sakinah kerana dia benar-benar mengira masa. Selepas seminar hari pertama berakhir, barulah saya ketahui bahawa sebenarnya Dr. Sakinah baru sahaja menjalani pembedahan sebulan sebelum datang ke Frankfurt nih dan beliau sebenarnya sangat letih dan tidak sedap badan selepas berjalan kaki selama 20 minit tuh. Saya pun rasa bersalah juga sebab dah tersilap perhentian sewaktu turun dari bas pagi tadi menyebabkan kami senua terpaksa berjalan kaki tanpa mengetahu situasi kesihatan Dr. Sakinah. Memang seronok bagi yang sihat. Tetapi bagi Dr. Sakinah tentunya ia merupakan suatu beban yang berat.... mintak maaf bebanyak Dr. Sakinah...
Di perjalanan pulan ke hotel
Di sebelah petangnya, setelah selesai seminar kira-kira jam 6.00 petang kami pun menunggu bas di perhentian di hadapan kampus Westend tu untuk pulang semula ke hotel. Oleh sebab lambat sangat bas tiba, saya, Miji, Aris dan Zali pun mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja pulangnya. Sebab pagi tadi dah jalan kaki dan dah 'observe' betul-betul 'landmark' dan laluannya. Jadi kami pun terus je lah berjalan kaki je.... lagi pun musim bunga ni gelapnya lambat. Jam 8.00 malam baru Maghrib masuk. Setakat jam 6.00 petang tuh cahaya matahari masih cerah lagi...
Di perjalanan pulan ke hotel
Ye lah... lebih kurang 25 minit je jalan kaki dari Westend tuh, kami pun tiba di Sentral stesen.... mmm lain kali tak payah lah beli tiket yang berjumlah 6.90 Euro (pas satu hari berkumpulan) tu untuk ke mana-mana....jalan kaki je dah... tiba di hotel terus je berehat dan cadangnya dengan Miji nak keluar makan malam lepas solat.... tapi... selesai solat saya baring-baring lah kejap akhirnya terus terlena.... sedar-sedar je waktu subuh dah masuk.... wah! lama betul tidur... hampir 10 jam lamanya....
Akhirnya... setelah lebih kurang 20 minit je berjalan kaki, tiba juga di hotel Excelsoir ni...
Esok paginya, untuk menghadiri seminar hari kedua tuh... kami hanya berjalan kaki je untuk ke Westend tuh dengan mengikuti laluan yang sama yang kami lalui semalam....mmmmm ok gak!
No comments:
Post a Comment