On the topic of the seminar:
Located at the major sea route between East and South Asia, Insular Southeast Asia has a long tradition of migration, exchange and cultural contact, both in the region and internationally. This International Seminar is mainly focusing on the traces of this long-standing flow of ideas in the imagination of Indonesia and the Malay World. In this, concepts of migration, exchange, and cultural contact from Insular Southeast Asia, such as merantau, are an important point of departure for the analysis of the underlying cultural and social process. With this framework, this International Seminar is also conducted in honour of Professor E.U. Kratz as one of the precursors in the study of mutual literary influence between Insular Southeast Asia and Europe (Goethe-University of Frankfurt 2011)
30-31 Mac 2011 merupakan tarikh berlangsungnya seminar tersebut yang menghimpunkan hampir 90 pembentang kertaskerja dari seluruh dunia yang melibatkan benua Asia, Asia Tenggara, Australia, Eropah serta Afrika. Saya membentangkan kertaskerja pada hari kedua iaitu pada 31.3.11 dan Alhamdulillah mendapat reaksi yang sangat konstruktif.
Perkenalan dengan para pembentang kertaskerja daripada pelbagai disiplin ilmu dari seluruh dunia merupakan pengalaman yang sangat tidak ternilai bagi seorang pengamal akademik. Lebih menarik lagi, kesemuanya membicarakan mengenai perihal dunia Melayu dalam mencipta ketamadunanya. Nuansa keilmuan sangat terasa sambil mengisi minda yang masih dahagakan ilmu.
Jangkamasa dua hari persidangan yang berlangsung di kampus Westend Goethe-University of Frankfurt itu berlalu dengan amat pantas sekali tanpa rasa bosan walaupun seminar berlangsung dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang pada kedua-dua hari tersebut.
Pada hari kedua, usai pelaksaaan majlis penutup seminar, semua perserta dijamu dengan hidangan masakan Indonesia sempena majlis malam perpisahan untuk semua peserta seminar.... semoga berjumpa lagi di wacana ilmiah yang lain....foto-foto berikut mungkin dapat menceritakan serba sedikit perihal yang berlaku seputar seminar tersebut...
Farewell Dinner
No comments:
Post a Comment