English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, April 24, 2011

DARI FRANKFURT KE ZURICH, SWITZERLAND



2.4.11 (Sabtu)
Usai makan tengahari di kedai Arab tersebut, saya dan Miji kembali semula ke hotel untuk mengambil beg yang ditinggalkan di situ. Kemudian kami terus berjalan ke stesen sentral untuk mendapatkan keretapi bagi memulakan kembara. Jam 1.50pm kak Imah dan kak Yati pun muncul untuk menyertai kami. Tidak lama kemudian, keretapi yang dinanti pun tiba dan kami pun masuk ke dalam koc kelas pertama seperti yang termaktub di dalam pakej pas yang kami beli. Tepat jam 2.05 pm, keretapi yang kami naiki pun bergerak meninggalkan Frankfurt menuju ke Zurich, Switzerland.





Koc kelas pertama ni memang selesa kerana keluasan ruangan dalamannya serta tidak perlu berhimpit-himpit dan bersesak-sesak dengan penumpang lain seperti dalam koc kelas kedua. Kesenyapan dan kesendirian juga menjadi ciri utama dalam koc kelas pertama ni dan segala perbualan perlu dilakukan secara perlahan kerana dibimbangi akan menganggu penumpang lain. Ruang bilik airnya juga lebih luas dan sedikit mewah berbanding koc kelas kedua.





Perjalanan menaiki keretapi ni bagaikan impian yang tertunai kerana keasyikan menikmatan pemandangan indah lanskap Eropah ni dah berputik sejak sekian lama.... Lebih-lebih lagi perihal sensasi menikmati panorama alam melalui perjalanan keretapi di negara Switzerland yang terkenal dengan banjaran Alps yang menjadi latarbelakang lanskap indahnya itu.





Bagaikan lukisan.... rumah-rumah ladang yang klasik bentuknya terletak dilereng-lereng-liring bukit mahupun di tanah datar di kelilingi padang luas saujana mata memandang. Pohong-pohon mula menampakkan bunganya kerana musim telah tiba. Lembu dan biri-biri bergelek riang sambil dengan rakusnya memagut rumput yang segar bugar terhidang dalam hamparan yang luas.





Empat jam perjalanan keretapi terasa amat pantas dek kerana asyiknya menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan itu. Kira-kira jam 6.00 petang, kami pun tiba di stesen keretapi Zurich, Switzerland. Setibanya di sini, kami pun terus mencari hostel untuk mengginap. Malangnya, City Backpecker Hostel yang saya layari maklumatnya melalui internet telah habis ditempah.





Alternatif yang ada ialah memasuki semua hotel dan hostel yang terdapat di sekitar 'Old Town' tu dan mengharapkan agar ada yang kosong dengan kadar harga yang berpatutan. Namun, Switzerland ni memang terkenal dengan kos sara hidup yang tinggi berbanding dengan beberapa negara Eropah yang lain. Jadi, memang agak sukar untuk mendapatkan pengginapan yang bergarga patut kerana semuanya telah habis ditempah. Maklumlah.... sekarang kan musim bunga.....





Setelah lebih kurang satu jam berpusing-pusing sambil turun naik dari satu hotel ke satu hotel, akhirnya kami terpaksa akur untuk memilih hotel Limmathof dengan kadar harga SFR 150 untuk satu malam (SFR ialah mata wang Swiss yang nilainya lebih tinggi sedikit berbanding Euro, tetapi Euro juga tetap diterima sebagai pertukaran). Menambahkan lagi kelelahan, petugas di kaunter kasier ni pulak mabuk sewaktu berurusan dengan kami. Walau pun tahap mabuknya agak sederhana, tetapi tetap menambahkan ketegangan yang kami alami kerana katanya-katanya sukar untuk dimaklumi. Nasib baik dia tak salah sewaktu memaklunkan harga bilik dan tidak salah sewaktu melakukan transaksi kad kredit. Teatapi tetap tersalah ssewaktu memberikan arah lokasi bilik yang sepatutnya kami masuki. Akhirnya, kami terpaksa bertanya beberapa kali untuk mendapatkan kepastian... alahai.... jenuh gak angkut beg nak cari bilik....





Setelah mendaftar masuk dan menemui bilik masing-masing, kami merehatkan serta membersihkan diri buat seketika sebelum turun semula untuk medapatkan makan malam. kami keluar menuju ke tengah kota sambil mencari restoran makanan halal namun hampa kera tidak terdapat satu pun restroan halal di lokasi yang kami lalui. Kami pun meringankan mulut untuk bertanya wanita bertudung yang kami temui namun jawapannya juga hampa.....





Akhirnya kami tiada pilihan lain, apabila terjumpa sahaja restoran Mc Donald, kami pun terus singgah di situ dan memesan 'burger ikan' dan makan malam kami berakhir di situ... usai makan malam, kami bersiar-siar seketika untuk menikmati suasana malam di kota Zurich nih....setelah penat, kami kembali semula ke hotel dan merehatkan diri hingga ke esoknya....

















No comments: