English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Wednesday, July 23, 2008

GEORGE TOWN HERITAGE SITE CELEBRATIONS



Opening Performance, Official Launch 8.45pm, 26 July 2008 [Saturday] Padang Kota.
Musical Drama: Kisah Pulau Pinang [The Penang Story]
Presented by Anak-anak Kota &
School of Arts, Universiti Sains Malaysia
Tracing the history of multicultural Penang through Boria, ronggeng, gamelan and wayang, music, song and dance.
All Malaysians and the peoples of the world are welcome.


Ada rasa kebanggaan sebenarnya apabila akhirnya George Town dianugerahkan sebagai Kota Warisan Dunia oleh UNESCO. Keterlibatan saya secara langsung bersama beberapa rakan aktivis seni Pulau Pinang yang lain seperti Janet Pillay, Dr. Tan Swee Beng, Aida Reza dan bebeapa lagi yang lain, bermula sejak tahun 2000. Pada waktu itu kami mengerakkan aktiviti kesenian bersama komuniti melalui 'Arts Education'. Tujuan utamanya adalah untuk mendedahkan kepada komuniti mengenai peri pentingnya menghargai sejarah warisan dan kesenian sebagai suatu budaya hidup. Program awal yang kami usahakan dikenali sebagai "Anak-Anak Kota". Melalui program ini kami menumpukan kepada komuniti yang tinggal di tengah-tengah kota George Town, yang fokus utamanya adalah kanak-kanak dan remaja. Tujuannya adalah untuk menyedarkan mengenai eksistensi mereka di tengah-tengan kota George Town itu. Kini, hampir lapan tahun telah berlalu. Anak-anak yang kecil dulu juga sudah meningkat remaja dan yang remaja telah meningkat dewasa. Alhamdulillah, usaha yang telah sama-sama dilaksanakan dahulu dengan gabungan aktivis seni dan komuniti, akhirnya membuahkan sesuatu yang saya kira wajar, 'George Town menjadi kota warisan dunia', Tahniah Untuk Semua! Jadi, pada 26 Julai nanti, harapnya semua yang pernah terlibat sejak tahun 2000 dahulu akan berkampung di Padang Kota bagi meraikan sesuatu yang pernah menjadi impian semua, anugerah Kota Warisn Dunia.

2 comments:

Pegawai Khalwat said...

Ha.

Tapi sayangnya, dah tak boleh tukaq nama jadi Tanjung Penaga sebab UNESCO dah register nama Georgetown.

Bin Basra said...

Nampaknya kalau nak tukaq nama tu kena mohon lain plak la kot no! haru gak no....