Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Wednesday, June 11, 2008
KLIA ke Brunei
Agak tergesa-gesa sikit masa nak 'boarding' sebab penumpang lain semua dah masuk tinggal saya je lagi yang terkedek-kedek berjalan sebab rasanya saya tak la terlewat sangat sampaikan pengumuman dibuat supaya segera 'boarding'. Kiranya saya la orang terakhir yang masuk dalam flight tu dan bila dah masuk je terus pintu kapal terbang ditutup. Masa masuk tu cabin crew dah pun mengedarkan saputangan untuk penumpang menyegarkan diri. Tapi saya rasa saya tak lewat dan memang pun sebab flight ni berlepas lebih awal sedikit daripada masa yang dijadualkan. Mmm… servicenya agak ok juga tapi sekiranya mengikut penilaian saya setakat ini, tidaklah standing MAS dan Qatar Airways. Itu mengikut relatif penilaian saya la… penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Bandar Seri Begawan dan memandangkan saya 'transit' di Brunai melebihi 8 jam maka mereka menyediakan penginapan hotel percuma di Grand City Hotel yang terletak kira-kira 10 minit dari airport. 'Shuttle' menunggu di airport untuk membawa saya ke hotel bagi berehat seketika. Ye, lah.. dah naik Royal Brunei kan… kenalah duduk kat Brunei satu malam dulu. Bagus gak, dapat la melihat-lihat sekitar Bandar Seri Begawan ni.
Jam 6.00pm ada seorang kenalan dari Malaysia iaitu En. Man yang bekerja di istana Diraja Brunai. Man bawa ke rumahnya di ‘CKC court’ sebab dia pun nak mandi dulu. Baru je balik dari kerja tu. Kemudian kami keluar dinner. Man bawa ke restoran India Utara dan order nasi briyani. Kata Man nasi Briyani kat sini lain sikit daripada yang ada di Penang. Saya pun cuba lah order nasi beryani dan memang cara masakannya berbeza kerana rasa briyani ni ada ciri-ciri India Utara. Kuantiti hidangannya juga memang banyak rasa susah pulak nak habiskan. Kata Man kat sini memang macam tu, kalau bubuh sikit pelanggan tak akan datang makan. Lagipun budaya makan di luar bukan menjadai kebiasaan orang Brunei. Ya, rasanya memang tidak sama macam beriyani di Penang.
Lepas dinner Man bawa mengelilingi Bandar yang sangat sederhana besarnya itu. Sempat la saya berbual dengan Man mengenai keadaan di Brunei ni. Katanya di Brunei ni harga petrol hanya 53 sen Brunei je. Bangunan kat sini rendah-rendah je sebab kata Man ketinggian bangunan yang dibina di sini tidak boleh melebihi ketinggian menara kubah Masjid Bolkiah yang menjadi mercutanda Brunei. Hal ini mengingatkan saya kepada Bali di Indonesia yang bangunannya juga rendah-rendah sebab tidak boleh melebihi ketinggian pohon kelapa yang paling tinggi. Tak sangka rupanya di Brunei pun ada syarat yang hampir sama. Man juga menunjukkan Kampong Laut yang semua penghuninya mendirikan rumah di laut dan tidak di tanah kerana mereka turun-temurun mewarisi rumah tersebut. Mereka juga tidak mempunyai tanah kerana warisan tersebut. Kata Man, ada ura-ura kerajaan ingin menghapuskan penempatan tersebut tetapi mendapat bantahan keras daripada penduduk laut tersebut atas alasan warisan. Bah kan kampong Laut ni turut termasuk dalam peta pelancongan Brunei gak. Dari segi pembangunan fizikal memanglah Brunei ni tak seberapa jika dibandingkan dengan Malaysia, tetapi taraf hidup penduduknya sangat selesa dan hamper ‘zero’ kemiskinan. Menurut kata Man, orang Brunei tak ada yang berjalan kaki. Kalau nampak kelompok orang berjalan kaki di luar ‘town center’ tu maknanya bukan orang Brunei la tu. Sebab terdapat juga buruh asing di sini terutamanya dari Filipina.
Yang agak menarik juga di Brunei ni ialah penggunaan tulisan Jawi yang meluas digunakan terutamanya di setiap papan tanda. Samada permis perniagaan persendirian mahupun institusi kerajaan bahkan juga di setiap bangunan. Tulisan Jawi menjadi keutamaan dan ini turut menjadi identiti yang sangat unik bagi Brunei sebagai Negara yang masih mengamalkan pemerintahan kesultanan Melayu. Sebab dah malam dan kat sini pulak cepat gelap berbanding di Malaysia, jadi Man hantar balik ke hotel dan pertemuan kami hanya di situ untuk kali ini. Terima kasih Man…harap jumpa lagi Insyaallah…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Baiknya Che Man tu, aku pun nak cari dia lah kat Brunei. Nanti boleh tahu pasak kisal raja-raja Brunei, menarik tuh!
Bagusnyer Che Man tu.Planning bln 12 nk ke sane. Leh la cari Che Man tu....
Post a Comment