Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Sunday, June 29, 2008
Wellington to Picton - 'Interislander'
23.5.08 [friday] Cuaca pada hari ni agak murung sebab hujan turun sejak dari awal pagi lagi. Pagi-pagi ni pula saya kena bergegas ke pelabuhan tempat letaknya 'terminal cruise' menuju ke Picton. Malam semalam saya dah 'survey' dah terminal tu terletak di depan hotel je. So, pagi tu dalam hujan renyai-renyai saya dengan yakin pergi ke terminal tersebut. Sampai kat situ terminalnya kosong je lalu staff di kaunter tiket menyapa dan bertanya ingin ke mana. Saya kata nak naik cruise ke Picton. Malangnya, staff tu kata saya dah sampai di terminal yang salah. Dengan ramah dia mengarahkan saya segera mengambil teksi untuk pergi ke terminal syarikat 'interislander' yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dengan teksi. Dalam hujan yang kian lebat saya bergegas mendapatkan teksi berhadapan stesen keretapi yang terletak bersebelahan terminal tersebut. Alhamdulillah... nasib baik cepat dapat teksi yang sudah tersedia menunggu di situ dan saya meminta dihantarkan ke terminal 'interislander'. Sampai je di situ, terus saya 'check-in' kerana tiketnya sudah dibeli terus dari pemandu bas Magic dengan harga diskaun. Alhamdulillah saya tidak terlewat walaupun tadi memang agak gelabah juga sebab memang masa dah suntuk.
Masuk je ke dalam cruise tu mengingatkan saya kepada pengalaman menaiki kapal semasa kembara Eropah tahun lalu iaitu dari Helsinki-Stockholm-Riga. Saiz cruise yang saya naiki ni hampir sama denga kapal tersebut dan hiasan dalamannya juga hampir sama termasuklah kemudahan-kemudahan yang disediakan. Cuma yang berbezanya pelayaran dari Wellington ke Picton ni hanya mengambil masa selama kira-kira 3 jam sahaja untuk menyeberangi Selat Cook. Iaitu selat yang memisahkan pulau Utara dan pulau Selatan New Zealand. Jadi saya tak perlu tidur dalam pelayaran kali ini. Saya memilih tempat duduk di bahagian hujun sambil beramah mesra dengan Mike dan John iaitu pelancong dari US yang ditemui semasa sama-sama 'check-in' tadi. Mereka 'book' pakej pelancongan dari US lagi, jadi mungkin maklumat tak lengkap. Sebab tu mereka ada 'problem' dengan jadual perjalanan mereka. So, kami berkongsi pandangan mengenai hal itu dan mereka pun bercadang untuk mengubah sedikit jadual perjalanan mereka. Selepas tu saya teringin meninjau sekitaran dalam cruise tu. Sambil tu bila lapar saya makan roti tuna yang dibeli dari supermarket malam semalam. Sedang makan tu, bertemu pula dengan dua orang pemuda Jawa dari Indonesia. Mereka ni dah dua tahun kerja di sini dengan memetik buah seperti labu, kiwi, epal dan lain-lain. Walaupun begitu, mereka tidak terikat dengan mana-mana agensi pekerjaan. Jadi, setiap 6 bulan mereka akan memperbaharui permit kerja. Menurut mereka, terdapat ramai juga rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pengutip buah di sini. Tetapi, kebanyakan mereka tidak mengutip buah labu kerana kerjanya agak berat. Sebaliknya mereka hanya memetik buah yang ringan-ringan sahaja dan pendapatannya juga lebih sedikit berbanding mengutip buah labu. Tidak lama kemmudian kedua-dua pemuda tersebut meminta diri untuk beredar. Sejurus itu, angin dan ombak mula menderu dengan agak kuat hingga menyebabkan kapal terolang-aleng. Tiba-tiba kepala saya teras pusing dan saya mula terasa mual dan loya. Saya cuba duduk sambil menyandarkan kepala ke bangku panjang yang saya duduki. Saya agak hairan juga, tak kan la pulak saya mengalami 'sea sick' sebab ini bukan kali pertama saya menaiki kapal sebessar ini. Tapi itulah hakikatnya....Dalam lebi kurang 40 minit juga la saya mengerekot tersandar di tempat duduk tu hingga akhirnya saya merasa ok semula. Alhamdulillah... nasib baik saya tidak muntah. Saya rasa ini mungkin disebabkan rusuk saya yang sakit itu dan fizikal saya tidak secergas sebelumnya. Tidak lama kemudian saya tiba di pelabuhan Picton....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment