English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Wednesday, June 25, 2008

Taupo


21.5.08- Taupo ni sebuah pekan yang cantik terletak di persisiran tasik Taupo yang terbentuk ekoran daripada letupan gunung berapi ribuan tahun yang lalu. Tasik Taupo ni merupakan takungan air segar terbesar di Australasia dan saiznya lebih kurang sebesar pulau Singapura. Tasik ni didampingi kawasan warisan dunia iaitu Tongariro National Park yang dihuni oleh tiga gunung berapi iaitu Mt. Tongariro, Mt. Ruapehu dan Mt. Ngauruhoe dan pernah menjadi setting untuk filem 'The Lord of the Rings' yang terkenal itu.


Jadi, selepas melawat 'Wai-o-tapu', saya meneruskan perjalanan ke Taupo dan singgah dulu 'Prawn Farm' yang merupakan tempat ternakan udang terbesar di sini. Udang-udang ni boleh di makan terus di restoran yang ada di sini atau pun boleh dibeli untuk dibawa pulang. Bas tidak singgah di sini tetapi di sebelahnya sahaja yang terdapat jeti untuk penumpang yang akan melakukan aktiviti 'Hukafalls Jet' di sungai Tongariro. Hanya dua orang pelancong Siam yang naik buat aktiviti ni dan bila dah turunkan di situ, bas meneruskan perjalanan ke 'Huka Falls' dan kami berhenti turun di sini sambil menanti dua orang pelancong siam itu tadi selesai melakukan aktiviti mereka. 'Huka Falls' ni Letaknya kira-kira 3 kilometer je di utara Taupo.


'Huka falls' ni airnya sangat bersih, jernih dan berwarna biru seperti dalam gambar tu. Ni lah pertama kali saya menyaksikan air sungai berwarna biru. Memang cantik... Dalam lebih kurang 10 minit berlegar-legar di sekitar tebing sungai tu saya dapat menyaksikan dua orang pelancong Siam tadi sedang berada dalam 'Hukafalls Jet' menelusuri sungai sambil menghampiri air terjun yang cantik tu. Memang mengasyikkan...


Sementara menanti dua orang pelancong Siam tu selesai melakukan aktiviti mereka, saya dan pelancong lain masih bersiar-siar di sekitar kawasan Huka Falls tu. Lebih kurang 15 minit kemudian bas tiba setelah menjemput dua pelancong Siam tadi dari jeti. Bas meneruskan perjalanan menuju ke pekan Taupo dan singgah pula di pelantar 'bungy jumping' kerana ada beberapa pelancong yang akan melakukan aktiviti ni. Saya tak ikut la aktiviti ni, cuma tengok dari jauh je....


Melihat dalam gambar tu, agak ngeri juga sebenarnya aktiviti 'bungy jumping' ni. Rasanya kalau ada yang lemah jantung tu dinasihatkan jangan melakukan aktiviti ni. Tapi bagi yang sukakan cabaran.... boleh la....agak lama juga berada di sini sebab terdapat ramai pelancong yang berbaris menunggu giliran untuk melakukan 'bungy jumping' ni. Termasuk juga 2 orang pelancong dari Malaysia iaitu Andrea dan Derek dari Pulau Pinang. Memang kira akiviti 'favourite' gak la 'bungy jumping' ni.. Selepas selesai aktiviti tu kami semua diturunkan ke hostel pilihan masing-masing dan melakukan aktiviti seterusnya masing-masing gak.

No comments: