
Pagi Isnin, saya masih lagi tinggal di rumah Divipa dan hari ni nak jalan-jalan kat bandar Auckland ni tanpa Divipa sebab hari ni dia kerja. Saya keluar menaiki bas dengan tambang 3.20 dollar untuk sampai ke 'Britto Mart' iaitu stesen pengangkutan awam utama di town center. Auckland ni ialah Bandar terbesar di NZ bahkan jumlah penduduk yang tinggal di kota ni seramai 1.3 juta orang iaitu melebihi keseluruhan penduduk di pulau selatan. Penduduk keseluruhan NZ yang merangkumi pulau utara dan selatan ialah kira-kira 4 juta orang sahaja. Bandar Auckland ni di kelilingi oleh air dan lebih daripada 50 buah pulau dan ia turut dikenali sebagai 'the city of sail'.

Di sekitar bandar Auckland ni pulak terdapat lebih kurang 49 gunung berapi. Jadi kita boleh melihat pemandangan keseluruhan kotanya dengan mendaki gunung-gunung berapi tersebut. Salah satunya ialah Mt. Victoria yang terletak di sebuah pulau kecil iaitu Devonport. Hari ni saya bercadang pergi ke sana dengan menaiki feri yang mengambil masa kira-kira 12 minit untuk sampai. Kalau tak mahu naik feri, pulau ni juga boleh dikunjungi dengan menaiki kenderaan darat iaitu dengan menyeberangi Harbour Bridge yang menghubungkan Auckland city center dengan pulau Devonport. Pekan kat pulau ni kecil dan comel je tetapi semua kemudahan asasnya lengkap. Rumah-rumah penduduknya pula nampak sangat mewah. Semua tempat kediaman adalah bunglow yang nampak sangat exclusive. Sebenarnya, di NZ ni tak ada rumah teres kerana semua rumah adalah 'single unit' (sebuah-sebuah). Memang mewah la penduduk NZ ni...


So, bila keluar dari feri je saya terus berjalan sekitar bandar di tepian pantai yang sangat cantik itu dan menelurusi jalan ke arah Mt. Victoria. Perlahan-lahan saya berjalan mendaki gunung tu yang ketinggiannya macam bukit sahaja sebenarnya. Berjalan kaki ke atas hanya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak melalui 'track' pejalan kaki yang disediakan khas.

Sekiranya berkenderaan, pun boleh naik naik ke punccak tetapi tempat parkirnya terhad la. Sampai je kat atas, saya dapat menikmati pemanandangn yang sangat menakjubkan. Boleh nampak keseluruhan kota Auckland dan pulau-pulau kecil lain di sekitarnya termasuklah Teluk Hauraki. Sangat menakjubkan.....


Zakiah ni staff Pusat Bahasa UKM yang sedang buat Ph.D di University of Auckland, NZ. Suami dia ikut sekali dan bekerja di Auckland ni gak. Ada 2 orang anak lelaki dan perempuan yang masih bersekolah rendah. Selepas sekolah biasa, sebelah petang pergi ke kelas agama yang diadakan di mesjid yang berhampiran. So, malam tu dinner kat rumah diaorang sambil sembang-sembang.....Besok kembara akan diteruskan seperti yang telah dirancangkan....
No comments:
Post a Comment