Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Thursday, June 12, 2008
DEBARAN... Oleh Sistem Manusia dan Alam
17.5.08 bagi meneruskan kembara, pukul 10am check-out saya dari Grand City Hotel, Bandar Seri Begawan, Brunei dan masukkan luggage ke dalam ‘shuttle’ yang sudah sedia menunggu untuk membawa saya ke airport sebab nak ambil flight untuk sambung perjalanan ke Auckland. Semasa nak boarding tu pegawai Royal Brunei melakukan rutin mereka untuk memeriksa passport dan boarding pass setiap penumpang. Penerbangan yang saya naiki ni akan ‘transit’ di Australia sebelum tiba di Auckland. Sambil memeriksa boarding pass saya, pegawai royal Brunei tu bertanya, “Encik ada visa tak nak masuk Australia?” Saya kata tak ada dan tak perlu pun sebab saya transit je kat Brisbane dan bukan nak melancong ke Australia. Saya nak ke New Zealand dan warganegara Malaysia boleh memasuki New Zealand tanpa visa untuk tempoh 90 hari. Pegawai tersebut menganggukkan kepala. Saya pun terus masuk ke dalam ruang menunggu selepas melalui pemeriksaan. Sambil menunggu untuk masuk flight tu, pegawai Royal Brunei yang sama memeriksa saya tadi dengan ramahnya menghampiri saya dan bertanyakan sekali lagi mengenai ‘return ticket’ penerbangan saya. Saya pun mengeluarkan salinan ‘return ticket’ daripada cetakan computer dan menunjukkan kepada pegawai tersebut. Pegawai tersebut meneliti ticket tersebut sambil mengangguk-angguk.
Kemudian dengan ramah juga pegawai tersebut menceritakan kepada saya mengenai sekumpulan rakyat Malaysia yang menaiki pesawat Royal Brunei dan transit di Brunei untuk melancong ke Australia. Apabila mereka melalui pemeriksaan imigresen di Australia, mereka tidak dibenarkan memasuki Australia atas alasan yang tidak pasti walaupun mereka memiliki visa pelancong. Mereka diarahkan kembali semula ke Malaysia dan sementara menunggu penerbangan balik yang lain, mereka tidak dibenarkan ke mana-mana dan hanya dibenarkan minum air dari paip sahaja. Pegawai tersebut menjelaskan lagi bahawa sekiranya hal begini berlaku, pihak royal Brunei dan imigresen Brunei juga turut bertanggung jawab dan denda akan turut dikenakan terhadap mereka sebab membenarkan kumpulan rakyat Malaysia tersebut melepasi pemeriksaan imigresen Brunei. Jadi mungkin atas sikap berhati-hati dan tiak mahu perkara yang sama berulang kembali, maka pegawai tersebut memastikan sekali lagi dokumen perjalanan saya. Terima kasih saya kepada pegawai tersebut kerana setidak-tidaknya saya menjadi lebih perihatin terhadap perkara-perkara begini yang memang lazim dialami oleh pengembara terutamanya dari Asia dan ditambah lagi dengan status “Muslim” pada pengenalan diri. Berita ni bukan setakat menjadi bualan di Brunei dan Australia sahaja, tetapi sampai ke Nwew Zealand juga, kerana bila saya menceritakan hal ini kepada kawan yang tinggal di New Zealang, dia juga telah mendapat maklumat yang sama mengenai kumpulan rakyat Malaysia tersebut.
Selepas bebeapa jam berada di dalam pesawat, akhirnya penerbangan mendarat di Brisbane, Australia untuk menurunkan penumpang dan ‘transit’ selam lebih kurang 1 jam. Pengumuman dilakukan oleh ketua pramugara agar semua penumpang yang turun di Australia mahu pun yang ‘transit’ sahaja di sini supaya keluar dari perut pesawat dengan membawa ‘hand luggage’ masing-masing. Sekiranya ada barang yang ditinggalkan di dalam pesawat akan dikeluarkan oleh pegawai pemeriksa di Australia. Agak berdebar juga saya ketika melalui pemeriksaan imigresen di Brisbane dan biasalah siap tanggalkan kasut dan tali pinggang sekali. Selepas sahaja melepasi mesin detector pemeriksaan tu dan mengambil semula beg, secara rambang pegawai imigresen t u terus memanggil saya ke sisi dan melakukan pemeriksaan seluruh badan sekali lagi. Debaran makin kencang la sebab orang lain tak kena pun. Saya sorang je yang di periksa dengan detail macam tu. Memang berdebar…… lepas di ‘scan’ sekali lagi dan pegawai tu mencatat sesuatu dalam fail catatan lalu saya pun dibenarkan pergi. Alhamdulillah….
Debaran tidak habis di situ sahaja apabila ada lagi debaran yang tidak kurangnya hebatnya menunggu di hadapan. Sewaktu transit di Brisbane hari sudah semakin gelap dan menjelang malam. Setelah ‘boarding’ semula ke dalam perut pesawat iaitu kira-kira lebih kurang 20 minit selepas berangkat dari Brisbane, pilot mengumumkan semua penumpang agar memasang ‘safety belt’. Semua cabin crew diminta duduk ditempat masing-masing dan memasangkan ‘safety belt’ juga’ kerana penerbangan akan mengharungi keadaan cuaca buruk (‘turbulent’). Memang sangat mendebarkan kerana selama hampir lebih kurang 40 minit flight bergegar dan siap dengan ‘air pocket’ lagi. Sebelum ni ada kawan beritahu bahawa penerbangan waktu malam dari Australia ke New Zealand atau sebaliknya yang lokasinya hampir dengan Audtralia memang selalu mengalamai keadaan ‘turbulent’. Sepanjang pengalaman saya, ini lah ‘turbulent’ yang paling mendebarkan yang pernah saya alami dan saya kira ini ‘air pocket’ pertama yang saya alami sewaktu penerbangan. Tetapi Alhamdulillah…. Selepas lebih kurang satu jam keadaan cuaca sudah reda dan cabin crew dengan tergesa-gesa menyediakan hidangan malam untuk penumpang. Tetapi hidangan pencuci mulut tidak dapat disediakan kerana kesuntukan masa akibat daripada ‘unexpected terbulent’.
Insiden mendebarkan seterusnya masih belum jemu untuk terus menguji saya apabila melalui pemeriksaan pihak imigresen New Zealang. Ingatkan dah settle dah kat Australia tadi pasal pemeriksaan imigresen ni. Rupanya ada lagi….. bila sampai giliran passport saya diperiksa pegawai tu mungkin rasa sangsi agaknya lalau saya diminta untuk mengikuti seorang pegawai yang lain lalu dibawa ke dalam sebah bilik khas. ‘Wahh…. Ni apa plak ni….’, begitu getus dalam hati. Setibanya dalam bilik khas itu pegawa tersebut dengan ramahnya mempersilakan saya duduk dan meminta passport saya untuk diperiksa sambil mencatatkan sesuatu di dalam komputer. Kemudian dengan sopan pegawai tersebut menanyakan beberapa soalan ‘standard’ yang lazim ditanya kepada pelancong iaitu – apakah pekerjaan di Malaysia, tujuan masuk ke New Zealand, di mana nak tinggal, berapa lama akan tinggal, ke mana tempat-tempat yang akan dilawati, sebelum ni pernah pergi ke negara mana, apakah tempat yang paling menarik pernah dilawati dan bila akan balik ke Malaysia. Setelah kira-kira 20 minti duduk dan bersoal-jawab dalam bilik khas tu dan pegawai tersebut berpuashati dengan jawaban yang diberikan, saya benarkan keluar dan bertemu dengan pegawai seorang lagi yang akan mengesahkan passport dan akhirnya….Alhamdulillah saya dibenarkan memasuki New Zealand. Hal menarik dalam insiden ini ialah para pegawai imigresen di New Zealand ni menggunakan cara yang sangat diplomasi sewaktu sessi soal-jawab. Jadi saya tidak rasa bersalah dan berdebar sangat. Lagi pun saya sangat pasti yang saya tidak bersalah dan tujuan saya masuk ke sini ialah untuk melancong dan bukan ada niat lain seperti untuk berkerja umpamanya tanpa permit yang sah. Kaedah para pegawai ni patut dipuji dan wajar diikuti oleh para pegawai imigresen di seluruh dunia demi keselesaan pelancong dan salah tanggapan terhadap sesebuah negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment