English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, June 15, 2008

TERIMA KASIH DIVIPA!


Saya tiba di Airport Auckland jam 3.00am (subuh) waktu New Zealand yang awal 4 jam dari waktu Malaysia. Walaupun mengantuk dan letih, tetapi rasa lega tu memang ada bila dah melepasi pemeriksaan imigresen yang mendebarkan itu. Bila tiba di tempat menuntut bagasi penumpang lain semua dah tak ada dan track bagasi pun dah tak berpusing lagi. Saya terpinga-pinga gak la cari bagasi yang tidak kelihatan di tempat mengambil bagasi. Mundar-mandir sekejap di sekitaran dan akhirnya ternampak bagasi saya di suatu sudut yang telah diangkat mungkin oleh staf yang bekerja di airport tersebut. Saya meneliti dengan cermat sehingga saya pasti bahawa bagasi tersebut kepunyaan saya. Risau juga kerana agak bahaya sekiranya membawa bagasi yang tidak ketahuan tuan punyanya. New Zealand ni pulak memang tegas danteliti mengenai barangan yang dibawa masuk kenegaranya kerana dalam flight tadi saya telah mengisi 'borang akuan barangan' yang diedarkan oleh cabin crew. Sebarang makanan terutamanya yang berasaskan daging dan tumbuhan adalah dilarang dibawa masuk. ketika melalui pemeriksaan barangan saya agak risau juga kerana dalam borang akuan tu saya mencatatkan bahawa sama membawa makanan iatu 'mee segera' dan 'kopi segera'. Berdebar juga bila pegawai tu tanya adakah saya membawa apa-apa yang dilarang. Saya mengiayakan mengenai barang makanan yang saya bawa tersebut. Kemudaian sambil tersenyum mesra pegawai tu mengatakan bahawa barang tersebut tidak menjadi masalah sambil bertanya adakah saya membawa makanan seperti daging. Saya kata tak ada dan saya diminta untuk meletakkan beg untuk di 'scan' dan alhamdulillah.... tiada masalah. Tiba sahaja di balai ketibaan, seorang kenalan dari Malaysia iaitu Divipa telah menunggu. Kesian dia, subuh-subuh lagi dah kena tunggu kat situ dan katanya hampir sejam gak dia tunggu. Tanpa berlengah, kami pun bergerak ke rumah sewanya yang terletak 214C, Greenlane, Auckland, NZ yang lebih kurang 20 minit perjalanan dari airport dengan menaiki kereta.

Divipa ni ialah kawan kenalan saya dari UKM dan Divipa ni pun sebelum berhijrah ke NZ ni pernah berkerja di Pusat Bahasa UKM sebagai guru Bahasa Inggeris. Kemudian dia berhenti dari UKM dan merantau ke Oman juga mengajar bahasa Inggeris dan selepas lebih kurang 2 tahun bekerja di sana, dia berhijrah ke NZ juga mengajar Bahasa Inggeris dan terus mendapatkan PR di sini. So, dua gambar di atas tu ialah rumah sewa Divipa. Tapi gambar Divipa tidak dimuatkan di sini demi menghormati 'privacy'. Sebelum meneruskan kembara saya tinggal di rumah ni selama 2 malam. Kerana gembira bertemu rakan senegara, Divipa ni kira macam meminjamkan rumah sewanya yang hanya ada satu bilik itu kepada saya dan dalam tempoh itu, dia tinggal dirumah kawannya yang tidak jauh dari situ. Divipa ni ialah seorang perempuan dan berketurunan India, tetapi dia amat memahami budaya Melayu (Malaysia) dan Islam, jadi dia tidak tidur di rumahnya kerana menghormati tetamunya. Saya turut diberikan 'kunci rumah pendua' bagi memudahkan keluar-masuk. Divipa ni sebenarnya kira macam 'orang sekampung' gak la sebab kami datang dari negeri yang sama iaitu Perak. Dia berasal dari Tapah Road dan tak jauh dari kampung saya di Teluk Intan dan Slim River. Tapi keluarganya sekarang menetap di Damansara Utama. Waktu tu pun dah hampir 5.00am lepas borak-borak tu, Divipa meninggalkan saya di rumahnya untuk tidur di rumah kawannya. Saya pun terus melelapkan mata...

Keesokan harinya, iaitu pada hari Ahad kira-kira jam 11.00am Divipa datang lagi dan kami ke luar ke bandar Auckland untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada 'information center' mengenai trip yang sesuai untuk dilakukan dalam tempoh masa yang saya ada iaitu lebih kurang 20 hari. Akhirnya saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan syarikat 'Magic' yang contoh ticketnya seperti di sebelah bagi kembara NZ ni. Dengan bayaran 806 dollars bagi kemudahan pengangkutan bas dan penginapan sekaligus saya memulakan perjalana pada hari berikutnya. Lokasi yang disinggahi untuk bermalam bermula dari Rotorua - Taupo - Wellington (di Pulau Utara). Kemudian menyeberangi Selat Cook untuk ke Pulau Selatan yang merangkumi bandar-bandar seperti Picton - Nelson - Greymouth - Franz Josef - Queenstown - Dunedin - Lake Tekapo - Christchurch.

Tpai travel di NZ ni kalau nak lebih jimat adalah dengan menggunakan kereta sewa. Atau beli aje kereta sebab harga kereta kat sini memang murah. Lepas aje habis travel kereta tu boleh dijual semula. Walaupun dengan separuh harga tetapi tetap jimat bajet yang kita gunakan. Walaupun begitu, ada risikonya iaitu kalau kereta yang dibeli rosak di tengah perjalanan kita kena tanggung sendiri. Kereta Sewa pulak kadar sewanya adalah serendah 10 dollars sehari. Kalau van (caravan) pulak sewanya serendah 15 dollars sehari siap dengan katil, dapur masak, toilet dan beberapa kelengkapan lain. Yang pentingnya insurance juga disediakan, jadi kalau rosak kat mana-mana boleh diganti dan ditukar-tukar sepanjang tempoh sewaan. Yang ini lebih praktikal sebenarnya. Terakhir ialah ambil pakej bas je macam yang saya lakukan terutamanya untuk 'solo traveler'. Pakej bas ni kena ambil sebab tambang bas biasa memang jauh lebih mahal di NZ ni.

No comments: