Skopje, Macedonia
2.2.2018 (Jumaat) - Usai solat Subuh, kira-kira jam 6am saya membancuh nascafe yang terdapat dalam bilik tu....nak sarapan lambat lagi...jam 7.30 baru cafe buka....sedap juga nescafe di sini.....kemudaian jam 7.00am saya gamble je turun kek cafe dengan meembawa beg sekali dan Alhamdulillah.....rupanya cafe dah buka......saya pun terus mendapatkan sarapan di hotel Super 8. Selain menikmati gidangan sarapan yang enak itu di situ, Saya turut membungkus sedikit makanan untuk bekalan di dalam bas nanti.....
Minum Nescafe dulu....sedappp....
Berswafoto sebelum meninggalkan bilik yang selesa ini
Berswafoto sebelum meninggalkan bilik yang selesa ini
Berswafoto sebelum meninggalkan bilik yang selesa ini
Sarapan pagi di Hotel Super 8, Skopje
Selesai menikmati sarapan tu, saya teerus mengangkat beg dan pergi ke kaunter untuk mendaftar keluar. Jam 7.15am saya memulaka perjalanan dari hotel menuju stesen bus Skopje. Kira-kira jam 7.35am saya sudah pun sampai di stesen. Setibanya di situ,saya terus ke kaunter pertukaran wang untuk menukar lebihan matawang Macedonia yang saya miliki berjumlah 500MKD yang ditukar ke dalam Euro menjadi 7€.
Stesen bas Skopje
Bas dari Skopje, Macedonia ke Sofia, Bulgaria
Stesen Bas Skopje
Stesen Bas Skopje
Stesen Bas Skopje
Dah selesai tukar duit tu...saya terus bergerak menuju ke platform 1 untuk menunggu bas ke sofia yang tiba tepat pada jam 8.30am. Setibanya bas tu, saya terus menunjukkan tiket kepada pemandu dan menyimpan barang di ruang penimpanan seterusnya naik ke dalam bas dan bas pun bergerak. Tepat jam 9am, bas yang saya naiki singgah di stesen Komanov, tetapi sekejap sahaja sebab tiada penumpang yang naik atau turun di sini. Jam 10.30am bas pun sampai di kastam Macedonia dan kemudiannya berhenti lagi di kastam Bulgaria. Sehinggalah jam 11.10am, pemeriksaan di kedua-kedua kosatam itu selesai. Sehinggalah jam 11.19am, bas berhenti rehat di lokasi yang sama seperti sewaktu masa datang tempohari hinggalah jam 11.27am bas bergerak meninggalkan Macedonia menuju ke Sofia.....
Pejabat kastam Macedonia
No comments:
Post a Comment