Sarapan di cafe hotel Denis
31.1.2018 (Rabu) Usai menunaikan soalt subuh, saya menerima wassup dari kawan saya di Sarawak, iaitu Dr Miji. Kami pun berbual melalui wassup seketika...Selesai berbual, saya bercadang untuk mendaftar keluar dari hotel Denis pada hari ini dan nak tinggal di hotel di tengah kota Pristina pula untuk malam ini. Saya melayari booking.com dan terus menempah hotel Kika yang telah saya ketahui lokasinya semasa jalan-jalan semalam. Selesai urusan tempahan hotel itu, jam 8am saya pun turun ke cafe untuk mendapatkan sarapan. Sarapan di hotel ni juga bukan dalam bentuk buffet tetapi ala carte yang menunya telah ditetapkan. ok lah...asal ada sarapan pun dah kira bagus....Alhamdulillah....saya pun tak perlu risau sebab semalam saya telah mendapat maklumat bahawa makanan di sini semuanya halal.....Lagi pun hidangan paginya simple je, iaitu omelet, roti dan kopi.....Alhamdulillah.... ada kopiii....Walaupun saya nak caffe latte tapi tak ada katanya.....kopinya pun ok...tak la pahit dan susunya sedang-sedang....
Kopi enak Hotel Denis, Pristina, Kosovo
Hotel Kikka, Pristina, Kosovo
Selesai menikmati sarapan pagi di pagi yang terasa dingin sangat itu, saya masuk ke kamar semula untuk berkemas-kemas dan kira-kira jam 10am saya pun turun untuk mendaftar keluar. Setelah menyerahkan kunci, saya bergerak jalan kaki meninggalkan hotel denis menuju ke hotel Kika yang mengambil masa kira-kira 30 minit berjalan kaki. Walaupun saya tiba dalam jam 10.30am, tapi sebab ada bilik kosong maka saya dibenarkan untuk terus daftar masuk. Saya kena bayar tunai gak di hotel ni yang berjumlah 21 Euro untuk satu malam. Saya bagi wang kertas 100 Euro tapi petugas tu kata tida pertukaran wang kecil la pulakkk....lepas tu dia kata tak pe lah...masuk bilik dulu dan bayar kemudian...Hhhmmmm....hampa lah harapan.....ingatkan nak tukar duit Euro kat sini supaya dapat denominasi duit Euro kecil sikit....tu yang bagi duit 100 Euro tu...sebab kat Kosovo ni guna matawang Euro..!!! nanti nak tukar ke matawang MKD atau LEV ataupun TL tak lah guna duit Euro yang besar......Bilah dah katanya tangguh je bayar dulu....saya pun teruslah ke bilik di No. 103, tingkat 2. Malangnya tiada lif pulak hotel ni, kenai menapak naik tangga.....biasalah....hote bajett.... Sampai di atas tu terus masuk ke kamar. Sekejap sahaja di bilik tu, lepas letakkan barang, saya terus keluar semula untuk jalan-jalan.
Masjid di kota pristina, Kosovo
Jalan-jalan di Pristina, Kosovo
Jalan-jalan di Pristina, Kosovo
Jalan-jalan di Pristina, Kosovo
Jalan-jalan di Pristina, Kosovo
Salah satu kedai Cenderahati di Pristina, Kosovo
Salah satu kedai Cenderahati di Pristina, Kosovo
Sambil jalan-jalan tu sebenarnya saya nak juga beli cendarahari dari Kosovo ni....sebab tak tau bila lagi boh sampai ke sini....paling tidak adalah sesuatu yang boleh dibuat kenang-kenangan di sini selain daripada foto-foto. Puas saya berjalan-jalan di kota kecil Pristina ni dan masuk dari satu lorong ke lorong yang lain, namun gagal menemui kedai cenderahati......Alhamdulillah....akhirnya saya menemui juga kedai cenderahati tu di suatu lorong yang agak terpencil dan lokasinya juga di bawah tanah dan kena turun melalui tangga ke bawah....agak tersorok juga la....Cuma di hadapan tangga kedai untuk masuk ke bawah tu dileakkan papan tanda yang bertulis 'Souvenir Shop Avanue' tetapi anak panahnya menghala ke arah bertentangan kedai dan bukan menunjukkan ke arah tangga untuk turun masuk ke kedai tu....walau bagaimanapun Alhamdulillah...akhirnya bertemu juga dengan kedai ni......Saya pun membeli beberapa barangan dengan harga 50 Euro....sebab seronok sangat sebab saya dah beli banyak tu....petugas kedai tu memberikan saya beberapa item lain secara percuma....Sambil tu saya pun berbual dengan petugas tu tentang kepayahan untuk meneui kedai cenderahati....dia pun bagitau bahawa di Pristina ni katanya hanya terdapat tiga kedai cenderahati sahaja dan kedai ni adalah salah satunya.......oooo....begitu...patutlah susah nak jumpa....ye lah....negara Kosovo ni kecil sahaja dan kota Pristina ni pun sangant kecil secara relatifnya....jadi memadaillah dengan tiga kedai cenderahati tu....pelancong pun tak ramai sangat datang ke sini.....Setelah membuat bayaran....saya pun mengucapkan selamat tinggal kepada petugas tu dan bergerak balik ke hotel pulak lah...hari pun dah tengahari......
Jalan-jalan di Pristina, Kosovo
Makan tengahari di restoran Bahtijari
Makan tengahari di restoran Bahtijari
Perut pun dah terasa lapar....tapi saya tidak singgah di mana-mana restoran sebab nak terus balik ke hotel dan sebelum naik ke hotel tu....saya singgah di retoran Bahtijari yang terletak betul-betul berhadapan dengan hotel Kika tu.....Saya pun memesan kebab dan menikmati makan tengahari enak di sini......Usai makan tu, saya terus naik ke bilik hotel dan berehat seketika.......
Makan tengahari di restoran Bahtijari
Makan tengahari di restoran Bahtijari
Makan tengahari di restoran Bahtijari
Menu makan tengahari di restoran Bahtijari
Beli tiket National Theatre of Kosovo
Selepas solat Asar....saya bercadang untuk turun berjalan-jalan di kota Pristina dengan tujuan utamanya adalah untuk membeli tiket untuk menonton teater pada malam ini. Lokasi hotel Kika dengan panggung teater ni tak jauh sangat....kira-kira 10 minit je berjalan kaki....Setibanya di National Theatre saya pun terus ke kaunter box office dan membeli tiket tontonan berharga 3 Euro (relatif sangat murah harga tiketnya). Show akan bermula pada jam 8pm nanti, jadi saya pun balik ke hotel semula sebab dah tak de apa nak dibeli lagi....sampai di hotel saya berehat menunggu waktu Maghrib tiba.......
Jalan-jalan di waktu petang
Jalan-jalan di waktu petang
Jalan-jalan di waktu petang
Jalan-jalan di waktu petang
Jalan-jalan di waktu petang
Jalan-jalan di waktu petang
Jalan-jalan di waktu petang
Jalan-jalan di waktu petang
Jalan-jalan di waktu petang
Jalan-jalan di waktu petang
Jalan-jalan di waktu petang
Jalan-jalan di waktu petang
Usai solat Maghrib, kira-kira jam 7pm... saya pun keluar dari hotel dan singgah di kaunter penerimaan dahulu untuk membayar duit hotel yang tertangguh pagi tadi, iaitu sebanyak 21 Euro. Dah bayar duit hotel tu, lega rasanya dan saya terus berjalan kaki bersantai-santai menuju ke panggung National Theatre. Saya ada masa satu jam lagi untuk show bermula...masih ada banyak masa untuk bersiar-siar dan berfoto di waktu senja dan malam di kota Prostina ni.....Setibanya di panggung saya perlu menunggu di luar yang realtif sangat sejuk itu sehinggalah pintu panggung dibuka pada jam 7.30pm. Saya pun tanpa berlengah terus masuk ke dalam ruang legar panggung bagi menghilangkan kesejukan.....Para penonton pun semakin ramai memasukan ruang legar panggung itu dan tepat jam 8pm, pintu masuk pun dibka dan saya menunjukkan tiket kepada petugas panggung......
Menonton teater di National Theatre of Kosovo
Menonton teater di National Theatre of Kosovo
Menonton teater di National Theatre of Kosovo
Menonton teater di National Theatre of Kosovo
Menonton teater di National Theatre of Kosovo
Menonton teater di National Theatre of Kosovo
Dekorasi panggung National Theatre di Kosovo ni tak lah sehebat National Theatre of Sarajevo yang saya pernah masuki pada tahun lalu sewaktu di Bosnia. Panggung di Sarajevo tu merupakan warisan peninggalan zaman Pembaharuan Eropah. Jadi, dekorasinya sangat gah yang membawa ciri-ciri Renaissance. Sementara panggung National Theatre of Kosovo ni membawa nuansa era moden Eropah. Persembahan teater yang bertajuk 'Bordell Ballkan' yang berdurasi 2 jam ini sangat provokatif sifatnya. Walaupun saya tidak faham bahasa yang digunakan tetapi Subtitle terjemahan Bahasa Inggeris yang disertakan pada electronic signboard di hadapan panggung itu sangat membantu. Kisahnya tentang perjuangan rakyat Kosovo untuk mencapai kemerdekaan. Tentang kesengsaraan, kepayahan, kebuluran, penindasan seksual, penindasan fizikal dan mereka melakukan apa sahaja demi perjuangan melestarikan kewujudan. Setting yang sederhana tetapi kekuatan lakonan adalah ditekankan yang membawa teknik theatre of cruelty oleh Antonin Artaud. Persembahan yang berlangsung selama 2 jam itu sangat provokatif.....itu sahaja yang dapat saya katakan kerana kalau gaya persembahan seperti itu dipentaskan di Malaysia, pastinya akan menimbulkan kontroversi dan bahkan saya kira tidak boleh atau tidak akaan dibenarkan dipentaskan dalam konteks Malaysia. Itu sahaja ayang boleh saya katakan......Usai persembahan tu....semua penonton berdiri memberikan tepunkan yang gemuruh dan saya pun turut berdiri 'standing ovation' katanya.....namun jelas....saya sangat puas dengan tontonan itu.....Habis menonton....kira-kira jam 10pm dah....saya pun keluar dari panggung dan berjalan kaki balik ke hotel.........Terima kasih Kosovo untuk mengalaman menonton yang hebat itu.....
No comments:
Post a Comment