English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, August 5, 2018

SELAMAT TINGGAL KOSOVO...



Cafe Bella Pizza


1.2.2018 (khamis) - Usai solat subuh pagi ni saya pun cuba melayarai internet untuk membuat tempahan hotel di Skopje, Macedonia. Malangnya wifi di Kika hotel ni sangat teruk dan saya gagal untuk melayari internet. Kemudian pada jam 8am saya pun turun ke cafe di tingkat bawah untuk mendapatkan sarapan pagi sebab semasa membuat tempahan tempohari hotel adalah termasuk dengan sarapan. Cafe hotel Kika ni terletak bersebelahan dengan kaunter penerimaan dan ada petugas lelaki di situ dan bukannya perempuan sewaktu saya mendaftar amsuk semalam. Saya pun bertanyakan kepada petugas tu di mana boleh saya mendapatkan sarapan pagi. Dia kata sarapan pagi tak disediakan. Saya agak keliru dan naik ke balik semula untuk memeriksa resit yang saya salin sewaktu membuat tempahan. kemudian saya turun semula dengan membawa beg sekali dan singgah lagi di kaunter penerimaan dan menunjukkan kepada pemuda tu resit berkenaan yang menunjukkan ada sarapan disediakan. Pemuda tu dengan selamba kata sarapan tidak disediakan sebab tukang masak tak ada. Pas tu boleh pulak dia dia tuduh saya ambil 2 botol mineral dari bar dan belum bayar.... Alamak, apa ni. Dah la aku bayar hotel tak dapat sarapan.... pas tu dia boleh minta saya tambah duit untuk air mineral yang saya tidak ambl pun dari mini bar hotel tu..... Saya bagi tau dia yang saya beli air mineral di kedai runcit yang terletak bersebelahan dengan hotel tu....Saya tunjukkan botol air mineral yang masih ada dalam beg pada pemuda tu....saya kata tengok....botolnya pun lain...tak sama dengan botol air mineral yang dia jual....hu hu hu... dengan perasaan bungkam....saya terus menyerahkan kunci bilik kepada pemuda tu dan daftar keluar....dan terus blah....(Jadi sapa-sapa yang ke Kosovo dan nak tinggal di hotel ni...kena pastikan dulu masa membuat tempahan dan waktu nak daftar masuk tu.....sahkan dulu tentang....sarapan ni....wifi pun teruk kat hotel Kika ni.....cuma lokasinya sahaja yang strategik)...  


Caffe Latte di Cafe Bella Pizza

Saya pun bercadang untuk mendapatkan teksi sahaja pada pagi ini kerana pengalaman semalam....memang jauh stesen bas dari pusat bandar ni.... sebelum tu saya singgah di cafe Bella Pizza yang tidak jauh juga lokasinya dari hotel Kika tu....Saya pun memesan kopi dan meminta password wifi cafe tu. Alhamdulillah...signal wifinya pun bagus. Saya pun terus melayari booking.com untuk menempah hotel di Skopje pulak....saya tidak bercadang untuk menginap di hotel yang sama waktu saya sampai dahulu....jadi akhirnya saya memilih untuk menginap di hotel Super, Skopje, Macedonia. Usai minum kopi saya pun membayarnya dengan harga 0.5€. 







Stesen bas  Pristina, Kosovo

Tiket bas dari Pristina ke Skopje 5.50€ 

Selesai membuat tempahan hotel dan menikmati kopi di cafe tu...saya pun keluar  dan berjalanan menuju ke arah teksi yang sedang menunggu penumpang berhampiran kawasan itu....Saya pun mendekati pemandunya dan bertanyakan tambang untuk ke stesen bas. Dia kata tambangnya adalah 5€ untuk stesenbas dari situ. Ok lah...sama ambangnya macam saya datang tempohari....maknanya betullah la tu.... Saya pun terus masuk ke dalam teksi dan pemandu tu membawa saya ke stesen bas Pristina.....Sambil tu saya berbual dengan pemandu tu dan dia memaklumkan bahawa di kosovo ni tiada perkhidmatan tram atau metro. Jadi pelancong hanya dapat menaiki teksi sahaja......kemudian pemandu tu tanya saya nak ke mana....saya kata nak ke Skopje, Macedonia....Lalu dia menawarkan perkhidmatan teksi terus dari Pristina ke Skopje. Saya tanya berapa tambanya.......dia kata 60€. Saya kata tak apa lah....sebab saya dah belai tiket bas (walaupun sebenarnya saya belum pun beli tiket bas tu lagi).......




Sarapan roti dan kopi



Sesampainya sahaja di stesen bas Pristina, saya membayar tambang teksi dan terus bergerak menuju ke kaunter tiket bas ke Skopje dan membayar harga tambang sebanyak 5.50€ je. Lbih 0.5€ je daripada tambang teksi dari pusata bandar Pristina ke stesen bas ni tadi. Bas akan bertolak pada jam 10am. Just nice laa..., sekarang baru jam 9.30am. Saya terus bergerak menuju ke platform 8 dan bas (lebih tepatnya shuttle bas) dah pun tiba. Saya pun terus menunjukkan tiket kepada pemandu dan memasukkan beg ke dalam bas. Bas masih belum bergerak sebab masih ada penumpang yang belum tiba. Saya pun mengambil kesempatan untuk turun dari bas tu dan bergerak menuju ke kedai makan yang terdapat berhampiran patform 8 tu je dan membeli roti dan kopi lalu masuk semula ke dalam bas sambil bersarapan, sebab tadi minum kopi je....tak makan lagi.....jadi beli la roti di sini....sedap gak roti dan kopinya...... 

Bas dari Pristina ke Skopje

Bas dari Pristina ke Skopje

Bas dari Pristina ke Skopje


Stesen bas Pristina



Dalam bas dari Pristina menuju ke Skopje


Tepat jam 10am, bas pun bergerak meninggalkan kota Pristina, Kosovo menuju ke Skopje, Macedonia. Pada jam 11.19am bas yang saya naiki pun sampai di kastam Kosovo. Kemudian pada jam 11.38am, tiba pula di kastam Macedonia dan pemeriksaan pasport dilakukan oleh pegawai bertugas ......Usai di situ....bas pun bergerak meninggalkan Kosovo......Selamat tinggal Kosovo dan Insyaallah..... ada rezeki kita berjumpa lagi...


Perjalanan dari Pristina ke Skopje

Perjalanan dari Pristina ke Skopje



Perjalanan dari Pristina ke Skopje

Perjalanan dari Pristina ke Skopje





No comments: