English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, August 2, 2018

JEJAK KAKI DI BUMI KOSOVO








Tiba di Hotel Denis, Pristina, Kosovo

30.1.2018 (selasa) Kira-kira jam 1.30pm bas yang saya naiki pun tiba di stesen bas Pristina, Kosovo. Saya pun bertanya ke kaunter pertanyaan berkenaan lokasi hotel yang saya tempah dan petugas di situ mencadangkan saya supaya mengambil teksi.....saya hairan juga, mengikut makluman yang saya baca dari laman sesawang....lokasinya tidak jauh dan boleh didatangi dengan berjalan kaki sahaja....Jadi saya pun memutuskan untuk berjalan kaki dari stesen bas itu.....Namun saya tak pasti ke arah mana nak dituju.....saya pun mengikut gerak hati mengambil arah kanan yang menunjukkan lokasi di mana pusat bandar berada.....setelah sekian lama berjalan saya masih tidak menemui pusat bandar dan jalan raya di sini pula agak komplikated....akhirnya....saya bertanya kepada pejalan kaki yang lalu lalang di situ dan boleh berbahasa Inggeris dan saya pun bertanyakan lokasi hotel Denis. Peramah remaja tu dan membuka telefon bimbitnya untuk mendapatkan lokasi hotel itu sebab telefon dia ada data untuk mengakses internet....Dia kata hotle tu jauh dari sini dan terletak di lereng bukit namun berhampiran dengan pudst bandar.....Lalu dia mencadangkan saya agar bergerak menuju ke hadapan lagi dan mendapatkan teksi dari sana kerana untuk berjalan kaki lokasi hotel tu agak jauh....saya pun mengikut cadangan remaja itu dan bergerak ke lokasi yang diarahkan.....stelah beberapa lam berjalan, saya lihat memang para pemandu teksi berada di lokasi yang dinyatakan untuk menunggu penumpang....saya pun menuju ke arah sebuah teksi dan bertanyakan pemandunya samada boleh menghantar saya ke lokasi hotel Denis...dia kata boleh dan saya bertanyakan berapa tambangnya dan dia kata 5 Eurro sahaja....dan saya puns setuju....oh ya...matawang di Kosovo ni menggunakan Euro, jadi mudahlah saya tak perlu tukar wang di sini sebab terus guna Euro sahaja....Saya pun masuk ke dalam teksi dan pemandu tu membawa saya ke lokasi yang di tuju....





Hotel Denis, Pristina, Kosovo


Bilik di Hotel Denis, Pristina, Kosovo


Pandangan dari jendela Hotel Denis, Pristina, Kosovo







Pandangan dari jendela Hotel Denis, Pristina, Kosovo


Alhamdulillah.....lebih kurang 15 minit perjalanan teksi tu akhirnya saya pun tiba di hotel Denis....memang jauh juga lokasinya dari stesen bas tadi....dan kalau berjalan kaki memang relatif jauh sebab perlu menaiki lereng bukit pulak lagi.....naik teksi pun mengambil masa 15 minit dan kalau jalan kaki tak tau la berapa jam saya akan sampai di sini dan jalannya pun komplikated kalau berjalan kaki.....Setibanya di hotel tu saya pun membayar tambang tapi saya tak ada duit kecil dan pemandu pun tiada tukaran kecil....saya pun mencadangkan untuk menukar duit di kaunter penerimaan hotel. penyambut tetamu yang peramah itu bersetuju dan menyerahkan 5 Euro kepada pemandu teksi dan saya pun mengucapkan terima kasih kepada pemandu tu dan dia pun berlalu pergi...Saya pun mendaftar masuk dan membuat bayaran Sebanyak 25 Euro dengan tambahan 5 Euro lagi, iaitu wang yang dipinjamkan oleh hotel untuk membayar teksi tadi....Setalah menerima kunci bilik, saya pun terus naik ke kamar dan membersihkan diri serta berehat....

Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo


Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo


Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo

Setelah merehatkan diri, pada sebelah petangnya saya pun keluar berjalan-jalan di kota Pristina. Sambil berjalan-jalan tu, saya pun mencari-cari restoran yang menjual makanan halal....puas saya berjalan-jalan di kota Pristina yang secara relatifnya kecih sahaja itu untuk mencari restoran yang ada tanda halal....mungkin restoran Turki ke yang selalunya ada tanda halal....namun tiada berjumpa.....hari dah semakin gelap....saya rasa lokasi hotel saya ini agak relatif jauh dengan pusat bandar ni.....sebab saya akan menginap dua malam di sini....sebab tadi sewaktu keluar dari hotel Denis hinggalah ke pusat bandar ni....saya perlu menuruni bukit dan sampai ke kota agak relatif lama iaitu kira-kira dalam 30 minit juga berjalan kaki...hhhhmmmm....letih juga kaki nak sampai ke kota ni dari hotel....Jadi sambil berjalan-jalan mencari restoran halal tu, saya pun melihat-lihat hotel-hotel yang ada di sekitar kota itu.....rasanya malam esok nak tidur hotel di tengah kota ni pulak bagi memudahkan bersiar-siar di kota ni....Adalah bebera0pa hotel yang saya rasa sesuai dan saya hafalkan nama dan lokasinya....Sambil berjalan-jalan tu hari dah semakin gelap, perut pun dah lapar sebab tak makan tengahari lagi...restoran halal pun masih tak jumpa....Jadi saya pun bercadang untuk berjalan pulang semula ke hotel....sebab berdekatan denga hotel tadi saya ada ternampak sebuah restoran India, tapi saya tidak pasti halal ke tidak...namun boleh gamble je tanya nanti....



Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo

Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo



Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo


Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo

Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo


Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo

Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo

Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo



Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo

Hari dah semkin gelap dan saya meneruskan perjalanan pulang lalu singgah di sebuah mini market dan membeli buah apel dan lemon. Saya sangat perlukan buah lemon kerana batuk-batuk kecil dan gatal keongkong telah mula menyerang....saya perlu meinum lemon untuk menghilangkan batuk-batuk itu....lemon adalah vitamin yang mujarab untuk saya ketika mengalami batuk...harganya pun murah je di sini.....Setalah membeli buah tu, saya meneruskan perjalanan dan setibanya di sebuah restoran kecil di tepi jalan tu, saya nampak seoran perempuan bertudung keluar dari restoran tu.....Alhamdulillah....saya rasa mungkin itu restoran halal sebab perempuan bertudung pun makan di situ. Setibanya di restoran tu, saya lihat namanya restoran Veta tetapi tiada tanda halal...saya pun masuk dan tanpa bertanya apa-apa terus sahaja memesan menu ayam dan sup. Saya hanya mengagak sahaja restoran tu adalah restoran halal.....Tidak lama kemudian hidangan yang saya pesan pun sampai dan tanpa berlengah saya terus menjamah hidangan ayam dan sup yang enak itu. Sambil saya makan tu, pramusaji di restoran tu sering melihat-lihat ke arah saya lalu menghampiri....mungkin sebab dia nampak say ani lain orangnya....pelancong lah bagi dia....bila dia duduk di meja saya tu.saya terus bertanya samada kedai ni halal ke tidak.....Terus dia kata halal....saya kata pulak....'tapi tiada tanda halal'...Lalu dia pun menceritakan kepada saya bahawa 95% penduduk Kosovo ni adalah beragama Islam. Jadi semua di restoran di kota Pristina ni adalah halal, sebab tu lah tidak perlu di letakkan tanda halal.....ooooo macam gitu....saya cuba pastikan lagi adakah semua restoran makanan segera di kota ni juga halal. Dia kata ya....halal.....sambil menegaskan bahawa semua daging di Kosovo di disembelih dan tiada daging babi yang dijual di Kosovo ni......Alhamdulillah....lega rasanya....kalau saya tau semua halal....saya masuk ke kedai yang banyak saya temui tadi dan teringin sangat saya nak masuk tadi...hhmmmm...tak apa lah ini rezeki saya malam ini dan rezeki restoran Veta juga....Usai menikmati hidangan malam tu, saya membayar harga makanan dan mengucapkan salam dan terima kasih kepada tuan kedai yang peramah itu.....

Hidangan makan malam

Menu vitamin di Pristina

Saya pun beredar meninggalkan restoran Veta sambil menaiki lereng bukit menuju ke hotel Denis. Setibanya di hotel saya menuju ke kamar dan setelah mengemaskan diri....saya mengeluarkan lemon dan epal yang saya beli tadi untuk dimakan sebelum tidur......Alhamdulillah....

No comments: