17 Jun 2015 (Rabu) Lebih kurang satu jam juga perjalanan menaiki teksi dari stesen keretapi laju Istanbul ke Sultanahmet ni termasuklah trafik jam sebab orang balik dari kerja petang-petang begini. Setibanya di sini pemandu teksi ni pun rupanya tak pasti sangat jalan di sini sebab saya minta dia turunkan di mesjid biru tapi dia terlepas plak dahhh... saya pun minta diturunkan di mana-mana sahaja di sekitar masjid biru tu sebab saya boleh cari sendiri hotel penginapan sebab belum ditempah pun lagi..... saya membayar harga teksi sebanyak 100TL (lebih mahal daripada tambang keretapi laju tadi, iaitu 70TL je)..... tapi bayar je lah... sebab jauh juga perjalanannya tadi tu.......
Setelah bayar tambang teksi saya pun berjalan sambil singgah bertanya hotel yang ada di sekitar masjid biru tu... tapi harga relatif terlalu tinggi bagi saya. Saya pun terus berjalan melalui landasan tram dan akhirnya bertemu dengan Hotel Sultan yang menawarkan harga yang relatif berpatutan untuk penginapan satu malam iaitu 100TL. Saya pun tanpa lengah bersetuju untuk menginap di situ selama tiga malam dengan membayar 300TL sebelum kembali ke Malaysia. Saya pun terus naik ke bilik dan membersihkan diri, solat dan berehat seketika sebelum turun semula untuk mendapatkan makan malam. Setelah berehat tu, saya pun turun ke kafe yang terletak di sebelah hotel tu je dan memesan kebab ayam dan sup yang relatif enak juga...... makan malam ni juga merangkap sahur sebab esok bermulanya Ramadhan pertama tahun 2015... Alhamdulillah.... niat saya untuk menyambut awal Ramadhan di bumi Turki ini ditunaikan Allah....
Makan malam merangkap sahur pertama Ramadhan 2015
No. Bilik penginapan di Hotel Sultan, Sultanahmet, Istanbul, Turki
18 Jun 2015 (Khamis), di pagi Ramadhan pertama 2015 ni saya bercadang untuk bersiar-siar semula di Taksim. Jadi saya pun mengambil metro dari Sultanahmet untuk pergi ke Taksim dan sampai di sini saya bersiar-siar di Istiklal untuk melihat-lihat barangan yang boleh saya beli sebagai ole-ole sebelum kembali ke Malysia....Rasanya hari ni hari terakhir saya datang ke sini sebab esok saya akan bersiar-siar di sekitar Sultanahmet sahaja..... Walaupun puasa, tetapi oleh sebab cuaca yang berbeza dengan Malaysia maka saya rasa berpuasa di Turki ni ok je walaupun musim panas dan waktu berbuka pada jam 9.30 malam nanti.... cuacanya panas tapi kering dan peluh pun kurang keluar. Jadi, tak la rasa dahaga sangat sebab air tak banyak keluar...... perjalanan diteruskan sehingga menjelang tengahari....
Istiklal
Istiklal
Manisan Turki yang sempat dibeli, Istiklal
Taksim Square
Istiklal
Taksim Square
Istiklal
Istiklal
Istiklal
Istiklal
Istiklal
Istiklal
Istiklal
Taksim Square
Menuruni bukit dari Istiklal untuk kembali ke Sultanahmet
Menjelang tengahari sayapun berjalan kaki menuruni bukit dari Istiklal menuju ke pinggiran laut untuk mendapatkan metro untuk kembali ke Sultanahmet. Tiba di Sultanahmet, saya turun di perhentian Mesjid Biru untuk bersiar-siar lagi di situ sebelum kembali ke Hotel. Setibanya di perkarangan Mesjid Biru saya dapati sudah terdiri bazar Ramadhan yang menjual pelbagai barangan keraf tempatan Turki. Ada booth yang telah mula beroperasi melakukan jualan dan ada yang masih kosong.
Bazar Ramadhan di Perkarangan Mesjid Biru
Bazar Ramadhan di Perkarangan Mesjid Biru, booth ni masih kosong
Perkarangan Mesjid Biru
Bersebelahan dengan booth bazar Ramadhan tu saya dapati ada banyak bangku dan meja panjang yang diperbuat daripada kayu disusun. Selain itu, terdapat juga bangku plastik dan meja yang juga disusun memanjang dan saya pun tertanya-tanya dalam hati... "Untuk apa ye? Ooooo mungkin untuk acara jamun buka puasa petang ni kott..... menarik nih.... petang nanti nak datang lagi kat sinilah.... nak tengok apa yang akan berlaku....."
Meja dan bangku panjang disusun di perkarangan Mesjid Biru
Meja dan bangku panjang disusun di perkarangan Mesjid Biru
Meja dan bangku panjang disusun di perkarangan Mesjid Biru
Meja dan bangku panjang disusun di perkarangan Mesjid Biru
Meja dan bangku plastik disusun di perkarangan Mesjid Biru
Perkarangan Mesjid Biru
Perkarangan Mesjid Biru
Mesjid Biru
Perkarangan Mesjid Biru
Perkarangan Mesjid Biru
Aghia Sofia
Aghia Sofia
Aghia Sofia
Mesjid Biru
Aghia Sofia
Mesjid Biru
Perkarangan Mesjid Biru
Saya pun bercadang untuk kembali semula ke hotel dengan eneruskan perjalanan dari perkarangan Mesjid Biru tu melalaui Aghia Sofia untuk kembali ke hotel dengan harapan menggunung agar petang nanti diizinkan Allah untuk kembali lagi ke sini untuk menyaksikan apakah acara yang akan berlaku.....
No comments:
Post a Comment