English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, December 17, 2015

DAY 10 - EPHASUS, IZMIR



Stesen bas Seljuk

15 Jun 2015 (Isnin) Jam 7.00 pagi saya terus bergegas ke cafe hotel untuk mendapatkan sarapan pagi memandangkan hari ini saya akan melawat tempat bersejarah yang sangat perlu saya kunjungi di sini. Lebih kurang 45 minit saya endapatkan sarapan roti  dan kopi yang sederhana itu, saya terus turun ke lobi hotel untuk membayar 100TL lagi bagi penginapan tambahan satu malam di sini. Saya memaklumkan kepada penyambut tetamu hotel bahawa saya akan menginap satu malam lagi di dalam kamar yang sama.


Pekan Seljuk

Shuttle bus atau bas mini untuk ke Seljuk dan Ephesus

Usai urusan di kaunter tu, sekitar jam 8.00 pagi saya terus meninggalkan hotel menuju ke stesen bas Konak di mana saya tiba semalam untuk mendapatkan bas yang sama dan kembali semula ke stesen bas besar Izmir. Tidak lama menunggu, bas pun tiba dan saya pun terus masuk ke dalam bas dan setelah menunggu penumpang beberapa ketika, bas pun memulakan perjalanan. Tidak lama kemudian, bas pun tiba dan saya pun memulakan usaha untuk bertanyakan bas yang boleh membawa saya ke Seljuk dengan menunjukkan helaian kertas yang tertulis nama lokasi yang perlu saya tujui. Saya kemudiannya diarahkan agar pergi ke tingkat dua bangunan stesen bas itu dan mendapatkan bas mini dari sana untuk ke Seljuk. Saya mengikuti arahan yang ditunjukkan dan sampai di sana saya dapati banyak deretan bas mini sedang menunggu untuk bergerak ke lokasi-loaski tertentu. Saya sekali algi menunjukkan helaian kertas di tangan untuk mendapat kepastian bas nombor berapakan yang akan membawa saya ke Seljuk. Alhamdulillah, akhirnya saya menemui juga bas yang dicari...... 


Menunggu seketika di situ bagi memenuhkan penumpang di dalam bas mini tu dan setelah penuh, bas pun memulakan perjalanan yang menbambil masa kira-kira 1jam 30 minit untuk tiba di Seljuk. Setibanya di Seljuk saya mula merayau-rayau untuk mencari lokasi yang dituju dan akahirnya saya singgah di kaunter penerangan dan bertanyakan bagaimana untuk sampai ke Ephesus. Saya dimaklumkan bahawa lokasi tersebut terletak kira-kira 3 kilometer dari pekan Seljuk dan agak jauh untuk pergi dengan berjalan kaki. Saya dinasihatkan untuk mendapatkan bas mini yang akan membawa saya ke sana. Saya dinasihatkan kembali semula ke stesen bas Seljuk di mana saya tiba tadi dan dapatkan shuttle bas dari sana. Saya pun akun dan setibanya di stesen bas tu, saya bertanyakan lagi bas mini mana yang pergei ke Ephesus. Saya diminta menunggu dahulu sehingga bas yang dimaksudkan tiba. Tidak lam kemudian bas pun tiba dan saya masuk ke dalam bas mini tu dan menunggu lagi untuk memenuhkan penumpang. Bila dah penuh, bas pun bergerak menuju ke Ephesus (atau nama lokasi ni Efes) dan tak lama, lebih kurang 15 minit saya pun tiba di lokasi tu dan turun sahaja di Efes tu.....






Bagi saya, peluang untuk mengunjungi tempat ini merupakan suatu yang sangat diidamkan. Tahun lepas saya sudah mengunjungi Akropolis di Athens, Greece yang merupakan menumen yang sama seperti Ephesus ini, iaitu ruang panggung atau theatron yang digunakan untuk persembahan teater tragedi Yunani zaman silam. Berbezanya cuma pembinaan Akroposi di Athens adalah lebih awal berbanding Ephesus. Hal ini kerana, theatron di Akropolis dibina pada zaman emas perkembangan teater tragedi Yunani manakala theatron di Ephesus ini dibina pada Era Helenistik, iaitu zaman kejatuhan empayar Yunani dan merupakan 'overlapping period' di antara Yunani dan Tamadun Romawi yang muncul kemudiannya. Jadi, rekabentuk theatron di Ephesus ni menampilkan ciri-ciri Helenistik yang menegaskan percamburan budaya Yunani dan budaya Romawi.





































































































































Setelah menjelang tengahari, saya pun dah letih dah dan tak larat lagi untuk meneruskan lawatan di Ephesus yang sangat luas itu, maka saya melangkahkan kaki keluar dari tapak bersejarah itu menuju ke bawah pokok yang khas untuk menunggu bas balik ke Seljuk. Lebih kurang 30 minit menunggu bas di situ akhirnya bas pun tiba. Saya pun naik bas dan kembali semula ke Seljuk. Tiba di Seljuk, saya perlu menunggu lagi bas mini yang akan membawa saya ke Stesen bas Izmir. Kira-kira setengah jam juga menunggu di situ sehingga akhirnya bas yang akan membawa saya ke Izmir pun tiba dan saya bergerak meninggalkan Seljuk dengan kenangan yang amat indah. Oleh sebab keletihan di tengahari musim panas yang terik itu, saya pun tertidur di dalam bas sehinggalah bas tiba di stesen bas besar Izmir. Tiba sahaja di situ, saya menuju ke perhentian bas yang akan membawa saya ke konak semula. Setibanya di Konak, saya tidak turun di perhentian bas sebab nak beli tiket. Jadi, sebelum tiba di perhentian tu saya ternampak kaunter tiket bas ekspress dan turun di situ. Saya terus menuju ke kaunter jualan tiket bas Kamilkoc untuk membeli tiket bagi perjalanan besok pagi ke Ankara pada jam 9.00am.


Hidangan tengahari

Usai membeli tiket saya bercadang untuk berjalan kaki pulang ke hotel yang tidak jauh dari situ. Sebelum tiba di hotel, saya berasa lapar dan singgah di sebuah kedai makan untuk mendapatkan makan tengahari. Sambil makan tu, dapat lah saya merehatkan diri dan menikmati hedangan Turki yang enak itu.....Setelah kenyang, saya pun membayar harga makanan dan keluar meninggalkan restoran itu menuju ke hotel untuk merehatkan diri seketika.......

No comments: