Mesjid Biru, Senja Ramadhan pertama 2015
Sepanduk sambutan Ramadhan
18 Jun 2015 (Khamis), Hari sudah menjelang petang dan saya pun dah cukup berehat rasanya di dalam bilik hotel ni.... sekarang saya nak keluar bersiar-siar dan mendapatkan buka puasa. Tujuan utama saya pada petang ini tidak lain lagi adalah ke Mesjid Biru. Saya turun meninggalkan hotel dan berjalan kaki menuju ke Mesjid biru yang tidak berapa jauh dari hotel tu.
Pameran senjata
Pameran senjata
Setibanya di perkarangan Mesjid Biru tu, saya sangat teruja melihat acara yang berlaku di situ yang pertama saya nampak adalah senjata meriam yang dipamerkan di perkarangan Mesjid tu. Siap dengan askar lagi yang berjaga di situ dan sekelilingny diletakkan pagar. Takut gak nak masuk dekat meriam tu...jadi tengok dari jauh je la....kemudian saya nampak ada orang yang lagaknya macam pengajara TV berdiri di sutu sambil memegang mikrofon... sedang llive telecast agaknya membuat liputan tentang acara di situ...
Stesen TV membuat liputan
Pakaian beragam
Kemudian saya menemui tiga orang lelaki yang rasanya memakai kostum pakaian beragam sebab lain daripada yang lain nampaknya kostum yang dipakai tu. Macam kostum tradisional Turki gayanya tu. Mereka tu duduk bersebelahan dengan konto sementari stesen Radyo 7 seperti yang tertera pada van yang dijadikan konti tu......mungkin sedang ditemubual agaknya....
Stesen Radio membuat liputan
Saya terus berjalan dan sangkaan saya tengahari tadi tidak meleset kerana ddi depan mata saya sekarang meja yang tengahari tadi kosong telah dipenuhi oleh orang ramai yang sedang menanti untuk diberikan bungkusan berbuka puasa dan sebahagiannya telah pun mendapat bungkusan yang diletakkan di atas meja dihadapan masing-masing. Saya sangat teruja dengan suasana sedemikian namun tidak bercadang untuk duduk di mana-mana bangku sebab lebih selesa memerhatikan gelagat manusa dan keseluruhan acara tersebut. Di perkarangan Mesjid itu juga didirikan pentas berbmbung dan di atas pentas itu terdapat beberapa orang pemuzik sedang membuat persembahan.....
Meja yang dipnuhi orang ramai
Meja yang dipnuhi orang ramai
Meja yang dipnuhi orang ramai dipancarkan di skrin besar
Meja yang dipnuhi orang ramai, menghadap pentas utama persembahan
Meja yang dipnuhi orang ramai
Stesen TV membuat liputan
Meja yang dipnuhi orang ramai, menghadap pentas utama persembahan
Meja yang dipnuhi orang ramai
Bukan setakat persembahan di atas pentas sahaja, tetapi persembahan di bawah pentas juga turu berlakau. Kumpulan pakaian beragam keluar bersilih ganti membuat persembahan di sekitar orang ramai yang duduk dibangku masing-masing. Persembahan mereka dalam bentuk perarakan dengan menunjukkan kostum yang berbeza. Kostum ni nampaknya adalah kostum tradisional Turki.... ada juga maskot untuk menarik hati kanak-kanak. Ada juga pakaian pengantin rasanya....saya tidak melepaskan peluang untuk merakamkan acara ini melalui kamera telefom bimbit dan juga DSLR.....Bagi saya ini erupakan sesuatu yang jarang saya temui dalam meraikan buka puasa pertama di bulan Ramadhan.....
Persembahan pakaian beragam
Persembahan pakaian beragam
Persembahan pakaian beragam
Persembahan pakaian beragam
Persembahan pakaian beragam, Pasangan pengantin
Persembahan pakaian beragam
Persembahan pakaian beragam
Persembahan pakaian beragam, persembahan pantomime
Persembahan pakaian beragam
Persembahan pakaian beragam
Meja yang dipnuhi orang ramai
Meja yang dipnuhi orang ramai
Meja yang dipnuhi orang ramai
Meja yang dipnuhi orang ramai
Meninggalkan Mesjid Biru
Hari pun sudah semakin gelap dan mahgrib pun sudah menghampiri namun saya dapati tiada lagi bangku kosong yang boleh saya duduki bagi menyertai orang ramai itu untuk berbuka puasa di situ. Jadi, saya pun memutuskan untuk meninggalkan perkarangan Mesjid Biru yang meriah itu dan berjalan mencari-cari kafe yang sesuai untuk saya berbuka puasa......akhirnya saya pun singgah di sebuah kafe yang tidak jauh dari hotel saya menginap dan memesan menu untuk buka puasa.......
Menunggu buka puasa
Hidangan buka puasa
Usai berbuka puasa tu, saya meninggalkan kafe untuk kembali semula ke hotel bagi berehat dan membersihkan diri..... Usai berehat di bilik... saya pun keluar semula bersiar-siar di waktu malam Ramadhan pertama itu dan singgah di sebuah kafe untuk mendapatkan kopi dan manisan.....
Pencuci mulut lepas berbuka puasa
No comments:
Post a Comment