English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, December 8, 2015

DAY 9 - IZMIR



Izmir, Turkey

14 Jun 2015 (Ahad) Jam 8.00 pagi saya tiba di stesen bas besar Izmir selepas lebih kurang 8 jam perjalanan menaiki bas dari Goreme. Malam tadi saya terpaksa bertukar bas sebamnyak dua ke tiga kali di stesen-stesen yang tidak pasti namanya. Saya mengikut sahaja arahan pmandu dan konduktor bas asalkan saya tiba ke destinasi....Namun sepanjang perjalanan tu saya masih lagi berasa mengkelan kerana hajat untuk menaiki belon panas tidak kesampaian.... Insyaallah.... saya bertekad akan datang lagi ke Goreme untuk menikmati sensasi itu... Insyaallah.....

Konak

Envoy Otel


Alhamdulillah..... akhirnya di pagi yang ceria di musim panas ini, saya tiba di kota Izmir dan setibanya di stesen bas ni, saya tidak bercadang untuk mengambil teksi kerana saya lebih suka mengambil risiko bertanya sana-sini untuk mendapatkan bas yang boleh membawa saya ke lokasi mana pun saya tidak pasti kerana saya tidak menempah mana-mana hotel lagi secara dalam talian. Jadi saya bertanyakan beberapa orang di stesen bas itu tentang lokasi manakah yang lazim dikunjungi oleh pelancong untuk menginap. Saya dimaklumkan bahawa lokasi yang saya patut tuju adalah Centrum. Saya pun tidak pasti di mana, tapi saya minta dituliskan nama lokasi tu yang saya gunakan untuk mengambil bas.

Kamar Envoy Hotel, Izmir

Envoy Hotel, Izmir


Envoy Hotel, Izmir

Setelah bertanya sana-sini, saya pun dimaklumkan untuk menaiki bas besar panjang dan menunggu di perhentian yang bersebelahan dengan stesen bas besar itu. Bas tiba, saya pn naik dan terus dibawa menuju ke mana pun saya tidak pasti tapi katanya memang bas tu akan menuju ke lokasi Centrum yang saya mahu tujui. Lebih kurang setengah jam berada dalam bas itu dan tinggallah saya sorang-sorang je sebab semua penumpang telah turun di stesen masing-masing. Kemudian pemandu mengarahkan saya turun kerana bas yang saya naiki itu telah sampai ke destinasi terakhirnya, iaitu tempat yang bernama Konak. Saya tunjukkan kertas yang tertulis Centrum kepada pemandu bas dan dia mengarahkan saya bertanya ke kaunter. Saya pun menuju ke kaunter di stesen terakhir itu dan dimaklunmkan bahawa inilah loka Centrum tu.... namanya Konak...dia kata boleh cari mana-mana hotel je di sini. Saya tengok memang ada banyak hotel di sini tetapi semuanya hotel mewah taraf lima bintang yang terletak di pinggiran pantai.... Konak ni memang cantik dan kotanya terletak di pinggiran pantai....









Saya pun teru berjalan mencari-cari hotel yang sesuai dengan bajet di kejiranan hotel-hotel mewah itu. Puas saya berjalan dan banyak kedai yang masih tutup. Saya pun terus berjalan dan akhirnya ternampak satu hotel yang tinggi tertulis Envoy Otel (Hotel) dan nampaknya tak lah mewah sangat...... saya agak je la..... saya pun terus bergegas menuju ke hotel tersebut dan memang nampak gayanya bukan hotel lima bintang. Saya pun terus masuk ke hotel tersebut dan menuju ke kaunter dan disambut dengan ramah.... Oleh sebab saya keletihan berjalan dan berpeluh, maka supervisor hotel mengarahkan pembantunya mengambilkan saya kertas tisu untu mengelap peluh... Alhamdulillahhh...... saya pun terus bertanyakan bayaran untuk satu malam... dan Alhamdulilllah...jangkaan saya tepat kerana harganya cuma 100TL untuk satu malam. Tanpa berlengah, saya pun terus menempah bilik untuk satu malam di Evoy Otel itu.





Saya pun lantas membayar 100TL secara tunai (dan tanpa resit) lalu terus dibawa menuju ke kamar yang kondisinya sangat sesuai dengan harganya. Lantas saya masuk ke kamar dan terus membersihkan diri setelah semalaman di dalam bas dan keletihan berjalan mencari hotel....Uasai mandi saya terus turun semuli ke kaunter di lobi hotel lalu bertanyakan kepada pneyambut tetamu di situ tentang lokasi stesen keretapi di Izmir sebab saya bercadang untuk menggunakan kreetapi sahaja untuk perjalanan ke destinasi berikutnya. Saya dimaklumkan bahawa stesen kretapi hanya berdekatan sahaja dengan lokasi hotel dan saya minta dituliskan di atas kertas. Saya mengucapkan terima kasih dan terus ke luar menuju ke stesen keretapi seperti yang diarahkan oleh penyambut tetamu itu tadi.

Stesen Keretapi Izmir


Stesen Keretapi Izmir

Stesen Keretapi Izmir

Stesen Keretapi Izmir


Saya kemudian terus sahaja meninggalkan hotel menuju ke stesen keretapi seperti yang ditunjukkan oleh penyambut tetamu hotel itu tadi. Tidak lama berjalan, lebih kurang dalam 15 minit sahaja saya telah tiba ke stesen keretapi Konak. Saya terus menuju ke kaunter tiket dan bertanyakan tiket untuk ke Ankara bagi perjalanan besok hari. Malangnya, saya dimaklumkan oleh petugas kaunter tiket bahawa tiada perjalanan terus keretapi dari Izmer ke Ankara. Saya bertanyakan tentang keretapi lagu yang terkenal itu samada perjalanannya turut sampai ke Izmer. Saya dimaklumkan bahawa keretapi laju itu hanya beroperasi dari Istanbul dan Ankara sahaja. Tiada Perjalanan sampai ke Izmir. Hanya ada perjalanan menggunakan bas sahaja. Saya pun agak kecewa lalu terus beredar dari situ terus berjalan-jalan dan menemui kaunter jualan tiket bas berhampiran stesen keretapi dan bertanyakan tiket untuk Ankara. Katanya ada tapi saya tak beli tiket lagi sebab tak pasti berapa lama nak stay sini samada 1 malam atau 2 malam. Lagi pun bus trip dari Izmir ke Ankara ada banyak katanya. Saya terus jalan-jalan dan singgah makan tengahari.




Masjid Konak
Masjid Konak



Clock Tower

Demonstrasi di hadapan Masjid Konak

Demonstrasi di hadapan Masjid Konak







Menu kebab... makan pagi merangkap makan tengahari

Oleh sebab masih belum sempat makan pagi, jadi makan tengahari ni merangkap makan pagi juga lah.... dan menunya macam biasalah..... kebabbb....Usai makan, saya terus berjalan-jalan lagi dan sampai di dataran Konak bertemu dengan demonstrasi yang saya tidak pasti tujuannya. Demonstrasi ini berlangsung di hadapan mesjid konak yang terletak di dataran Konak tu. Mula saya fikir nak singgah solat di masjid tu. Tapi bila saya tengok ada ramai orang berkumpul dan kereta polis turut berada di sekitaran maka saya membatalkan niat untuk solat di masjid kecil itu......

Menara Jam, Konak

Menara Jam, Konak





Saya meneruskan perjalanan bersiar-siar di sekitar bazar Konak namun tidak membeli ap-apa, hanya sekadar melihat-lihat sahaja. Tiada apa yang ingin dibeli di sini.....Usai di bazar itu, saya bercadang untuk balik semula ke hotel bagi merehatkan diri. Sampai di hotel saya sempat bertanyakan cara untuk ke Ephesus yang terkenal itu dengan menaiki bas. Saya dimaklumkan bahawa dengan menaiki bas/van hanya mengambil masa kira-kira 2 jam sahaja untuk tiba ke sana. Saya pun meminta petugas kaunter tu menuliskan di dalam kertas lokasi yang perlu saya tujuai untuk sampai ke sana. Dia pun menuliskan perkara-perkara yang penting dan lokasi mana yang perlu ditujui dahulu dari Konak ni...Usai mendapat maklumat tu, saya mengucapkan terima kasih dan esok bercadang untuk ke sana. Jadi, nampaknya malam esok saya akan bermalam sehari lagi di hotel ini..... saya terus naik ke kamar untuk merehatkan diri....

Aiskrim Turki

Bazar Konak

Bazar Konak

Bazar Konak

Bazar Konak

Bazar Konak

Bazar Konak

Bazar Konak
Bazar Konak

Bazar Konak












Pada sebelah petang, selepas merehatkan diri saya keluar semula dan petang ini saya ingin berjalan-jalan di sekitar pelabuhan Konak dan menelusuri pinggiran pantai yang indah itu.....Pada sebelah petang terdapat ramai pengunjung yang datang bersiar-siar sambil berkelah di pelabuhan konak ini.....pelabuhan ini tiada pantai kerana ia merupakan pelabuhan tempat perhentian feri dan bot. terdapat kafe dan orang berjualan di sepanjang pesisir laut tu..... saya pun sempat la singgah di sebuah kafe untuk mendapatkan kopi sebagai minuman petang....amat indah pemandangan dari kafe ini........ 

Singgah minum kopi di pelabuahn Konak


Pelabuhan Konak, Izmir

Pelabuhan Konak, Izmir

Pelabuhan Konak, Izmir

Pelabuhan Konak, Izmir

Pelabuhan Konak, Izmir

Pelabuhan Konak, Izmir

Pelabuhan Konak, Izmir

Pelabuhan Konak, Izmir

Pelabuhan Konak, Izmir

Pelabuhan Konak, Izmir

Pelabuhan Konak, Izmir

Pelabuhan Konak, Izmir

Pelabuhan Konak, Izmir

Pelabuhan Konak, Izmir

Pelabuhan Konak, Izmir

Pelabuhan Konak



Pelabuhan Konak









Pelabuhan Konak

Konak

Konak

Konak












































Menjelang senja baharulah saya pulang semula ke hotel sepas puas menikmati keindahan pelabuhan Konak yang permai ini.......perlu tdur awal sebab esok dah nak jalan-jalan ke Ephesus pulak.....


No comments: