16 Jun 2015 (Selasa), Selepas kembali dari Ephesus semalam Saya terus duduk di Hotel merehatkan diri sambil minum-minum kopi di cafe hotel tu sahaja dan menjelang malam saya terus masuk ke kamar awal sebab esok pagi harus bergerak awal keluar dari hotel. Jadi, hari ini sebaik terjaga dari tidur saya terus berkemas dan jam 7.00 pagi saya perlu bergerak keluar dan meninggalkan kunci di kaunter tanpa mendapatkan makan pagi terlebih dahulu kerana saya harus berada awal di kaunter tiket bas, iaitu sebelum jam 8.00 pagi. Setelah memulangkan kunci, saya mengucapkan selamat tinggal kepada penyambut tetamu tu dan menarik beg keluar meninggalkan hotel menuju ke kaunter tiket bas dengan berjalan kaki. Perjalanan itu mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai dan setibanya di kaunter tiket tu saya terus menunjukkan tiket yang saya beli semalam untuk pengesahan. Setelah mengesahkan tiket bas tu, saya dimaklumkan shuttle bus akan datang dalam jam 8.00 pagi. Saya pun memaklumkan untuk meninggalkan beg di kaunter tu dan terus bergerak ke kafe berdekatan untuk mendapatkan sarapan pagi dengan roti dan kopi...Usai sarapan saya kembali semula ke kaunter bas dan menunggu seketika sehingga shuttle bus datang jam 8.00pagi dan terus membawa saya ke stesen bas Ankara. Tiba di situ saya terus mendapatkan bas untuk ke Ankara dan jam 9.00 pagi bas pun bergerak meninggalkan Izmir ke Ankara.....Perjalanan dari Izmir ke Ankara itu mengambil masa kira-kira 8.00 jam dan pada jam 5.00 petang, saya pun tiba di Stesen bas Ankara dan pada ketika itu hujan gerimis menyambut ketibaan saya....
Kizaliy, Ankara
Kizaliy, Ankara
Jadi, dalam keadaan gerimis tu, saya pun malas dah nak cari bas dan tahan je teksi yang saya temui dan meminta pemandu tu menghantar saya ke Izmir Cadissi seperti yang dicadangkan oleh Dr. Amin tempohari sewaktu kami di Istanbul. Saya telah meminta Dr. Amin menuliskan alamat yang dimaksudkan dan kertas yang betulis alamat itulah yang saya tunjukkan kepada pemandu teksi. Dr. Amin kata tempat tu adalah city centre yang merupakan lokasi pelancong menginap. Memang benar.... rupanya lokasi ini turut dikenali sebagai Kizaliy yang terkenal itu. Oleh sebab saya tidak menempah mana-mana hotel, maka pemandu teksi itu menurunkan saya di Izmir Cadissi tu dan dia kata kat situ banyak hotel yang boleh dikunjungi. Saya pun turun di situ dan membayar 19TL sahaja untuk tambang..... ok la....
Kizaliy, Ankara
Kizaliy, Ankara
Dalam gerimis yang masih belum berhenti itu, saya berjalan menarik beg mencari hotel yang sesuai dengan bajet untuk saya menginap dan akhirnya saya singgah di Princess Hotel dan setelah berpuashati dengan harga penginapan satu malam di situ saya pun bersetuju dengan membayar 150TL untuk satu malam penginapan. Ok la, tak larat dah nak jalan cari hotel lain dalam hujan gerimis tu......Setelah membayar jumlah penginapan tu saya terus dibawa naik ke kamar tanpa diberikan resit bayaran pun.... kat Evoy hotel di Izmir pun tidak diberikan resit bayaran....kan Istanbul dan Goreme pun sama....tiada resti diberikan setelah bayaran hotel diberikan..... tak pelah.... jangan diaorang charge lebih sudahhh........
Kizaliy, Ankara
Sampai di kamar, saya terus membersihkan diri, solat dan berehat seketika sebelum keluar semula dari hotel untuk bersiar-siar menikmati kota Ankara yang sudah kian gelap itu....Saya berjalan-jalan dan masuk ke shopping mall Kizaliy hanya untuk window shopping jer.....menjelang malam saya berjalan-jalan pula di pasar malam di tengah kota Ankara tu... dan membelilah sedikit buah tangan.....Letih berjalan, saya singgah di sebuah kedai makan yang menyediakan menu ikan... dah bosan asyik makan kebab je.... jadi untuk makan malam di Ankara ni, saya ubah selera untuk menjamah ikan pula... tapi menu roti tetap ada.... nasi tiada ye.....Selesai menikmati hidangan malam tu, saya kembali semula ke hotel untuk berehat dan tidur......
Kizaliy, Ankara
Kizaliy, Ankara
Kizaliy, Ankara
Hidangan malam, ikan, roti dan salad
17 Jun 2015 (Rabu), Selepas bangun pagi saya mendapatkan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel. Usai sarapan, saya bercadang untuk bersiar-siar di kota Ankara ini untuk menikmati kotanya pada sebelah pagi pula sebab saya check-out pada jam 12.00 tengahari nanti.... jadi masih ada masa lagiii.....
Usai bersiar-siar saya kembali semula ke hotel untuk mendapatkan beg dan mendaftar keluar ada jam 12.00 tengahari. Sebaik keluar dari hotel itu, saya terus mendapatkan teksi yang boleh membawa saya ke stesen keretapi. Tetapi saya tidak tahu macamana nak menyebut perkataan keretapi dalam bahasa Turki. Jadi Sebelum daftar keluar hotel tadi, saya telah meminta penyambut tetamu hotel tu menuliskan perkataan keretapi dalam bahasa Turki untuk saya tunjukkan kepada pemandu bas atau pemandu teksi. Pada awalnya saya nak naik bas sahaja untuk ke stesen keretapi tu, tapi disebabkan masalah komunikasi saya tak jumpa stesen bas berdekatan untuk mendapatkan bas yang boleh membawa saya ke sana. Setelah letih bertanya sana dan sini, saya memutuskan untuk naik teksi sahaja.
Stesen Keretapi Ankara
Saya pun menahan teksi yang lalu dihadapan saya dan menunjukkan kertas yang saya ingin ke stesen keretapi. Pemandu tu pun tanpa banyak bicara terus sahaja membawa ke Stesen Keretapi Ankara yang mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja untuk tiba. Semalam saya dah teringin nak naik keretapi di Turki ni tapi tak kesampaian kerana tiada keretapi dari Izmir terus ke Ankara. Jadi, di Ankara ni saya melepaskan keinginan saya untuk menikmati sensasi menaiki keretapi laju yang terkenal itu. Keretapi laju di Turki ni baharu sahaj beroperasi dan ia menghubungkan dua kota besar iaitu Istanbul dan Ankara. Kalau perjalanan bas dari Ankara ke Istanbul mengambil masa 8 jam. Tapi dikatakan bahawa dengan menaiki keretapi laju ni hanya mengambil masa 4 jam sahaja.... betul ke? ni yang nak cuba nih.....
Stesen Keretapi Ankara
Stesen Keretapi Ankara
Setibanya di stesen keretapi tu, saya pun diturunkan betul-betul di pintu hadapan stesen yang relatif besar itu dan saya hanya membayar 20TL untuk tambang teksi tersebut. Ok la tu... harga standard di sini.... selepas menjelaskan tambang, saya pun terus masuk ke dalam stesen untuk membeli tiket sebab saya tidak membuat tempahan awal secara on-line. Jadi, gamble je la ni..... setibanya sahaja di dalam stesen tu saya terus menuju ke kaunter tiket dan bertanyakan tiket ke Istanbul..... Luluhnya hati bila jawapan yang diterima bahawa tiket ke istanbul dah habis... katanya....Alamak.... macamana ni.... tak kan nak naik bas lagi.....satu hal lagi kena ambil teksi untuk ke stesen bas dan hari pun dah menjelang petang...... Dalam saya gelabah tu, petugas kaunter tu panggil saya dan katanya boleh tunggu dulu sebab mungkin ada penumpang yang membatalkan perjalanan dan saya boleh dapatkan tiket yang dibatalkan itu..... saya lega sedikit..... saya diminta untuk duduk di bangku sementara menunggu tu..... dalam pada menunggu tu, saya perhatikan terdapat lagi beberapa penumpang yang tidak membuat tempahan awal dan ingin membeli tiket ke Istanbu namun jawapannya sama..... iaitu kena tunggu dulu.... saya pun resah juga sebab bila dah ramai menunggu nanti ni, ada ke peluang saya untuk dapat tiket tu......
Stesen Keretapi Ankara
Saya pun menunggulah dengan sabarnya dan dalam hati berkata.... 'sampai bila nak tunggu ni....kalau aku gerak je ke stesen bas sekarang mungkin boleh dapat bas lagi...' tapi saya tabah kan hati dan sabar menunggu kira-kira 40 minit gak la menunggu akhirnya saya dipanggil dan Alhamdulillah... saya dapat tiket yang dibatalkan oleh penumpang lain dan diminta membayar 70TL untuk harga tiket tersebut tersebut untuk koc kelas ke-3.... ok la tu....Sekitar jam 3.00 petang saya pun boarding ke dalam keretapi laju tu dan keretapi pun bergerak dengan pantasnya menuju ke Istanbul. Perjalanannya memang mengambil masa selama 4 jam, iaitu separuh daripada masa perjalanan dengan menaiki bas. Jadi, dalam jam 7.00 Malam (masih petang lagi sebab matahari masih bersinar terang) saya pun tiba di stesen Istanbul....
Setibanya di sini saya jadi hilang arah kerana lokasi stesen Istanbul ni jauh dari pusat bandar (Sultanahmet mahupun Taksim Square). Saya tidak pasti bas mana yang nak diambil untuk ke Taksim mahupun Sultanahmet. Selepas mundar-mandir dan bertanya-tanya bas mana nak naik, akhirnya saya ambil keputusan untuk ambil teksi saja sebab hari pun dah kian senja. Saya tahan teksi yang ada di situ dan minta di hantar ke Sultanahmet sebab saya ingin bermalam di sana pula sebelum kembali ke Malaysia....
Stesen Keretapi Ankara
No comments:
Post a Comment