English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, December 16, 2014

Makyung Di Peta Dunia 8

Malaysia Hall, London
 
Keesokan harinya, kami bangun awal juga kerana bas menuju ke London telah kami tempah awal pagi memandangkan tiket penerbangan kami akan berlepas pada jam 2.00 malam nanti. Kami sengaja menempah tiket bas awal pagi kerana ingin mengambil kesempatan bersiar-siar di kota London seketika sebelum ke Heathrow Airport bagi mengambil penerbangan pulang ke Malaysia.
 

Kensington Palace, London

Kensington Palace, London

Kami mendapatkan teksi dari Victoria hall menuju ke stesen bas Liverpool selepas mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa peserta yang kami temui pagi itu yang juga turut memulakan perjalanan pulang ke negara masing-masing. Dari stesen Liverpool, perjalanan bas kami mengambil masa 6 jam juga untuk tiba di Victoria Station, London. Kami tiba di sana kira-kira jam 12 tengahari. Setibanya di situ, kami meninggalkan beg di tempat penimpanan barang dan dari situ terus mengambil metro dan destinasi kami yang pertama adalah ke Malaysia Hall.

Queens Gate, London

Royal Albert Hall, London

Royal Albert Hall, London


Selepas membeli sedikit cenderamat di situ, saya bergerak menuju ke dalam taman dan terus berjalan kaki melalui Kensington Palace kemudian tiba di Royal Albert Hall yang terkenal itu. Dari situ, saya mengambil metro lagi dan singgah di London Bridge sebelum meneruskan perjalanan kembali ke Victoria Station semula.


Eye of London




London Bridge

London Bridge

London Bridge

Tiba di Victoria Station waktu sudah menghampiri waktu maghrib dan saya singgah di sebuah kedai Arab yang terdapat di hadapan stesen itu bagi mendapatkan buka puasa dengan ayam goreng dan French fries. Usai berbuka puasa, saya kembali mendapatkan semula beg yang ditinggalkan tadi dan menunggu bas tiba yang akan membawa kami ke Heathrow Airport. Apabila bas tiba tidak lama kemudian, saya menaiki bas dan bergerak menuju ke airport dan setibanya di sana airport masih gelap dan urusan daftar masuk masih belum beroperasi. Saya melihat beberapa penumpang lain tidur di bangku yang terdapat di situ dan saya pun mengikuti mereka. Sambil itu saya menunaikan solat jamak di surau yang turut tersedia di airport tu. Usai solat saya singgah minum kopi di sebuah cafe yang dibuka. itulah satu-satunya cafe yang beroperasi pada tengah malam itu.... Alhamdulillah.....usai minum kopi saya ke surau semula untuk menunaikan solat subuh dan lepas solat saya menemani teman lain yang berehat sambil tidur-tidur ayam di bangku airport tu. Apabila kaunter daftar masuk telah dibuka, kami bergegas daftar masuk dan menyelesaikan urusan imigresen dan pergi ke ruang berlepas sambil berehat menunggu penerbangan jam 7.00 pagi waktu UK.......Selamat tinggal UK.....

Makyung Di Peta Dunia 7

Edinburgh, Scotland selepas berbuka puasa
 
Usai mengadakan persembahan di Kirkcaldy, semua peserta menaiki bas masing-masing dan kami semua bergerak menuju ke kota Edinburgh, Scotland pula kerana pada malam ini kami akan bermalam di kota ini. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit dan tiba sahaj di sini kami diberikan kunci penginapan masing-masing yang lokasinya terletak di tengah-tengah kota Edinburgh. Setelah masuk ke kamar masing-masing dan menunaikan solat dan beristirehat seketika, saya mengajak rakan-rakan untuk keluar bagi mendapatkan makan untuk berbuka puasa. Akhirnya kami bertemu dengan sebuah restoran Arab.....
 

Princes Street Garden

Keesokan harinya, Kami bersedia pula untuk acara perarakan yang akan diadakan di kota ini bermula dari Istana Atas Bukit yang terletak di Princes Street Garden yang terkenal itu. Bertolak dari lokasi kediaman selepas daftar keluar, bas kami terus menuju ke gate utama Princes Street Garden dan parker di situ. Kami pun turun dan berjalan kaki melalui taman untuk menuju ke Istana Atas Bukit di mana kami akan memulakan perarakan dari sana.....

Princes Street Garden

Princes Street Garden

Princes Street Garden

Princes Street Garden

Princes Street Garden

Princes Street Garden

Princes Street Garden

Usai perarakan mengelilingi sebahagian daripada kota Edinburgh kami beristirehat di taman yang terkenal itu sambil menyaksikan orang ramai yang dating berkunjung menyaksikan persembahan yang pelbagai diadakan di situ.....sementara menunggu untuk menaiki bas.....Setelah semuanya selesai, kesemua peserta menaiki bas masing-masing semula kerana kami akan mengadakan perjalanan pulang semula ke Victoria Hall di Liverpool......
 

 
Princes Street Garden bersama peserta tuan rumah dari Edinburgh dengan kostum tradisional Scottish.

Perjalanan pulang ke Liverpool juga mengambil masa selama 6 jam dan kami berbuka puasa di dalam bas sahaj dan makanan ala kadar sempat dibeli ketika bas berhenti di R&R yang terdapat di labuhraya. Setibanya di Liverpool waktu telah pun menghampiri untuk bersahur dan kami pun memasak ala kadar untuk bersahur merangkap buka puasa sekali pada malam itu.....

Makyung Di Peta Dunia 6

Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland

Hari-hari di Liverpool diisi dengan beberapa aktiviti persembahan yang dibuat secara bergilir-gilir antara negara peserta dan sehinggalah ke hari ini apabila kami akan bertolak ke Scotland pula. Seawal jam 5 pagi (matahari dah mula bersinar pun kat sini sebab waktu subuh pada jam 2 subuh tadi) kesemua kami daripada negara peserta berkonvoi beramai-ramai dengan menaiki bas menuju ke Edinburgh, Scotland kerana kami akan mengadakan persembahan di sana pula bersempena dengan pesta sukan Komenwell yang diadakan di Glasgow, Scotland pada tahun ini.


Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland

Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland


Perjalanan kami menaiki bas mengambil masa selama 6 jam untuk tiba di sana dan lokasi yang kami tujui adalah Bandar kecil Edinburgh, Scotland. Perjalanan kami ke sini diiringi dengan hujan gerimis yang kadang-kadang perlahan dan kadang-kadang lebat. Setibanya kami di sini, kami sepatutnya mengadakan perarakan di jalanan untuk memperkenalkan Negara masing-masing. Namun, oleh sebab cuaca hujan, maka kami tidak turut serta berarak. Sebaliknya hanya peserta tuan rumah sahaja yang terdiri daripada komuniti di pekan ini yang berarak.


Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland
 

Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland

Tetapi kami hanya perlu mengadakan persembahan dilokasi yang telah ditentukan untuk setiap Negara di sekitar pekan kecil ini. Kumpulan kami telah ditetapkan untuk membuat persembahan di dalam sebuah pasaraya yang terkenal di pekan ini, iaitu Pasaraya Mercat.

Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland

Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland

Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland
 

Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland

Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland

Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland

Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland

Kirkcaldy, Edinburgh, Scotland

Usai membuat persembahan, saya mengambil kesempatan bersiar-siar di pekan kecil yang indah ini sambil menyaksikan kumpulan tuan rumah dan kumpulan antarabangsa lain yang membuat persembahan di sekitar kawasan kota. Suasanya memang meriah kerana di bahagian-bahagian tertentu kota ini ini didirikan pentas utuk kumpulan membuat persembahan. Dalam masa yang sama juga perarakan dijalanan turut berlangsung.........

Makyung Di Peta Dunia 5

Sebelum membuat persembahan bersama peserta dari Perancis

Panggung The Blackie

Hari ini saya dan rakan-rakan menumpukan perhatian kepada persembahan yang diadakan di dalam panggung komuniti yang terkenal di Liverpool ini, iaitu The Blackie. Kami membuat persembahan Makyung bersama dengan beberapa peserta Negara lain yang dihadiri oleh penduduk Liverpool......

Nakyung Di Peta Dunia 4



Hari berikutnya, kumpulan kami tidak terlibat dalam sebarang acara persembahan. Jadi saya memanfaatkan waktu yang ada untuk keluar kota lagi dan menjelajah bahagian-bahagian kota yang masih belum dilawati.








Sambil bersiar-siar itu, saya turut mengambil kesempatan untuk membeli beberapa cenderahati yang perlu sementelahan jualan musim panas sedang berlangsung di kota Liverpool ini.






















Berbika puasa di restoran Moroko

Berbika puasa di restoran Moroko

Setelah puas dan penat berjalan, saya mengakhiri jalan-jalan hari ini dengan singgah di salah sebuah restoran Morokko untuk mendapatkan berbuka puasa. Sebab letih sangat maka hari ini kami bercadang untuk makan diluar sebab malas nak memasak.......