English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Saturday, October 22, 2011

DI HANOI, VIETNAM

Tasik yang menjadi nadi kota Hanoi

18.7.11 (Isnin)
Jam 5.30 pagi saya terjaga dan terus menunaikan solat subuh. Usai solat saya cuba untuk melayari internet namun gagal kerana tiada wi-fi connection walaupun malam tadi dimaklumkan bahawa terdapat connection di dalam bilik nih. Malas nak mencuba lagi, saya pun turun ke lobi untuk memaklumkan hal tersebut. Masih awal pagi lagi dan petugas kaunter pun baru nak basuh muka dan pintu lobi masih lagi tertutup. Malas nak ganggu petugas yang baru bangun tu berkenaan hal internet connection, saya pun meminta je dia buka kan pintu untuk saya keluar bersiar-siar sambil mencari sarapan yang halal. Sebelum keluar tu, saya meminta peta kota Hanoi nih agar dapat dijadikan panduan jika sesat nanti.

Kuih bahulu Vietnam

Dengan berpandukan peta tu juga, saya menuju ke arah tasik di tengah kota yang menjadi mercutanda kota Hanoi ni. Saya pun berjalan mengelilingi tasik di pagi hari yang cerah itu. Ramai kalangan penduduk Hanoi yang bersiar-siar di pagi hari ni sambil berjogging. Agak meriah juga kota ini ditambah lagi dengan deruan ratusan motosikal yang medominasi kenderaan di jalan raya. Pada mulanya agak kecut juga perut saya nak melintas jalan sebab pemandu motosiakal di sini bertali arus dan tak henti-hentinya. Tak tau macamana nak melintas jalan sebab tak ada ruan untuk pejalan kaki melintas jalan pun. Setelah memerhati teknik beberapa pejalan kaki yang melintas jalan walaupun motosiak tidak berhenti, saya pun turut mengikuti teknik mereka. Redah je dan sentiasa perhatiakan ke arah kenderaan yang datang datang. Alhamdulillah... akhirnya saya berjaya melintasi jalan.

Perut sudah terasa semakin keroncong sedangkan kedai makan halal masih belum ketemu. Akhirnya, di pertengahan jalan di tepian tasik tu ada gerai menjual kuih yang macam kuih bahulu bentuknya dan agak besar sedikit. Teringat pulak kuih bahulu zaman dulu-dulu masa arwah nenek masih hidup, macam tu lah saiznya kuih bahulu bikinan nenek. Saya pun lalu membelinya untuk dibuat sarapan pagi bagi mengalas perut dengan sebotol air mineral. Mmm... memang rasanya pun macam kuih bahulu gak.....mmmm.... sedap... saya pun duduk di atas bangku di tepi tasik tu sambil menikmati kuih bahulu Hanoi yang enak itu.




Setelah puas lepak-lepak di tepi tasik tu, saya pun singgah sebentar di pejabat pusat pelancongan yang terletak di seberang jalan berhadapan tasik. Kat situ saya nampak terdapat money changer, jadi boleh lah nak tukar duit kat sini. Saya pun singgah lalu bertanyakan tentang tukaran wang di situ. Oleh sebab pertukarannya tidak memuaskan hati saya, lalu niat untuk menukar wang pun dibatalkan. Saya meneruskan perjalanan meninggalkan tasik menuju ke dalam ’old town’ melihat kedai-kedai jualan yang baharu sahaja dibuka sebab jam dah menunjukkan jam 9.00 pagi lebih sikit. Matahari pun dah agak tinggi dah naiknya.

Kedai kopi Hanoi

Menikmati kopi Vietnam

Jalan punya jalan tu, saya bertemu dengan sebuah kedai kopi yang turut menghidangkan makanan ’vegetarian’. Lalu saya pun singgah di situ dan terus memesan kopi Vietnam yang enak itu. Kedainya kecil je dan hanya memuatkan lebih kurang 3 meja kecil di tingakt bawah yang menghadap jalan tetapi nampak istimewa dan memikat. Di tingkat pulak adalah ruangan makan untuk hidangan ’vegetairan’. Saya hanya duduk di meja tingkat bawah sambil menghadap jalan memerhatiakan orang ramai mundar-mandir lalu-lalang di tengah-tengah kota ’old town’ tu. Cadangnya nak juga mencuba makanan ’vegetarian’nya namun masih awal lagi katanya dan hidangan makanan belum memulakan operasi. Saya pun memesan kopi je lah... dan memang enak dan terasa kepanasan kopi melalui tekak dan teurs masuk ke dalam perut...mmmmmm.....memang enak dengan suasana pagi yang riuh rendah dengan aktiviti penduduk ’old town’ yang sibuk dengan jualan dan tawar-menawar.



Usai menikmati kopi di situ, saya meneruskan perjalanan di dalam kota lama tu dan tujuannya sekarang adalah untuk menukar wang. Jadi saya pun bersiar-siar sambil mencari bank kerana saya difahamkan pertukaran yang dilakukan di bank adalah lebih baik berbanding ’money change’r biasa. Jadi, saya pun mencarilah bank di sekitar kota tu dan akhirnya bertemu juga. Saya pun masuk dan terus menukar wang secukupnya untuk tempoh keberadaan di Vietnam nih. Setelah menukar wang tuh, saya pun terus berjalan dan singgah di sebuah agensi pelancongan untuk bertanya dan membeli tiket keretapi menuju ke Saigon pada esok hari. Setelah mendapat maklumat tentang waktu perjalanan dan harga, saya pun membeli tiket di situ dengan harga 1150000 Dong (lebih kurang RM54.00). bila dah beli tiket train tu, rasa letih la plak berjalan tuh, saya pun bercadang untuk pulang ke hotel semula untuk berehat seketika.

Suasana kota lama Hanoi


Restoran India Tandoor

Setelah berehat menghilangkan lelah di hotel, saya turun semula untuk keluar bersir-siar di tengah kota lama tu sambil mencari makan tengahari. Akhirnya saya bertemu dengan sebuah restoran India yang menyediakan makanan halal. Saya singgah di situ untuk mendapatkan makan tengahari yang menunya adalah nasi beryani ala-India. Salah seorang pekerjanya bertanyakan saya samada saya dari Indonesia. Saya katakan bahawa saya dari Malaysia. Rupanya dia memiliki wang Rupiah Indonesia yang katanya dihadiahkan oleh rakannya. Jadi, dia nak bertukar dengan saya matawang dollar dengan wang Rupiahnya. Lalu saya pun mengatakan bahawa saya tidak menggunakan Rupiah, jadi saya tidak boleh bertukar wang dengannya. Setelah kira-kira satu jam saya berada di restoran tu, waktu pun dah menjelang tengaharai jadi saya pun menuju semula ke hotel setelah menikmati makan tengahari tu untuk menunaikan solat dahulu.

Hidangan tengahari di restoran India

Hanoi

Usai solat, saya keluar semula menuju ke sebuah panggung teater yang membuat persemabahan ‘Thang Long Water Puppet Theatre’. Sebenarnya pagi tadi saya telah melalui panggung ni dan sejak dari itu, saya bercadang untuk menonton teater nih. Panggung ni terletak di 57B Dinh Tien HoongStr. Hanoi, Vietnam dan setibanya di sini saya terus membeli tiket untuk waktu persembahan pada jam 3.30pm nanti. Sekarang batu jam 2.00 pm, jadi lepas beli tiket tu saya terus bersiar-siar lagi untuk membeli sedikit cenderahati plak kali nih. Lebih kurang sejam berlalu dan adalah sedikit keperluan cenderahati yang saya dah beli, lalu saya terus bergerak semula ke panggung teater tadi dan tiba di situ jam 3.00 petang. Saya berehat-rehat di lobi panggung tu selama setengah jam sehingga pintu panggung dibuka pada jam 3.30pm. saya pun terus masuk menuju ke dalam panggung dan mencari tempat duduk seperti yang tertulis pada kertas tiket.

Membeli belah di kota Hanoi

Teater Boneka Air

Panggung Teater Boneka Air, Hanoi

Ramai juga penonton yang hadir terutamanya para pelancong sehingga penuh lah ruang panggung tu dengan sesakan penonton. Sama lah macam nak menonton wayang gambar adanya. Selesai persembahan, saya pun keluar dari panggung sambil bersiar-siar lagi di dalam kota lama Hanoi sehingga akhirnya kaki saya membawa saya menuju ke sebuah restoran vegetarian. Lalu, saya singgah di situ dan memesan kopi dan muffin sebagai hidangan petang itu sambil bersantai-santai sebelum kembali semual ke hotel untuk menunaikan solat sambil berehat seketika.

Hidangan petang - kopi dan muffin

Usai solat, saya keluar semula menuju ke restoran vegetarian yang sama tadi untuk mendapatkan makan malam. Malas dah nak makan kat kedai India tadi sebab tak mau makan nasi malam ni. Jadi, di restoran vegetarian ni saya memesan mee. Mmm… boleh tahan gak la rasanya tapi tak lah enak sangat menurut lidah dan tekak saya pada waktu itu…..tapi sebab dah order, jadi makan je lah… dah sudah makan tu saya bersiar-siar kejap untuk menikmati kota lama Hanoi di waktu malam sebelum kembali semula ke hotel untuk melelapkan mata sebab esok pagi dah nak gerak ke Saigon plak dah…..

Hidangan malam - mee vegetarian

2 comments:

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Waaa.... seronok travel seorang diri... Dari pengamatan saya anda tidak kekok langsung membawa diri ke mana saja.... Congratulation Bro...

Bin Basra said...

Alhamdulillah... travel sorang-sorang memang seronok tapi kadang-kadang boring gak, sebab ada ketikanya rasa nak berbual-bual dengan teman senegara...nak berkongsi cerita dan pengalaman yang dilalui dengan rakan pada ketika itu juga....mmm...