English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, October 23, 2011

BERSIAR-SIAR DI SAIGON

21.7.11 (Khamis)
Usai solat subuh, saya turun ke lobi hotel untuk mendapatkan sarapan pagi yang turut termasuk dalam pakej penginapan di holtel nih. Menunya sederhana sahaja iaitu jopi, roti beserta 2 biji telur. Kira ok la tu untuk mengalas perut dan tak payah lah susah-susah merayau-rayau nak cari kedai makan halal...

Ni lah dia sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel...mmm...

Dah sudah lepak-lepak sambil sarapan tu, saya pun memulakan langkah untuk meneroka kota Saigon nih. Saya pun mula membuka peta kota saigon yang saya perolehi dari kaunter penerimaan hotel dan memriksa lokasi yang saya nak pergi ari nih... mengikut peta tu, lokasi terkenal yang paling dekat dengan hotel nih adalah Behn Than Market. Jadi, saya pun bercadang nak ke situ lah dulu sebab dekat je dengan hotel nih dan awal-awal pagi ni, boleh melihat-lihat barangan yang menarik kat situ. Orang kata pasr nih terkenal sangat kat Saigon nih....penjualnya pun katanya ramai yang boleh berbahasa Melayu... ye ke?

Perjalanan menuju ke Behn Than Market melalui pembahagi jalan yang juga merangkap taman

Jadi, tanpa melengahkan masa, saya pun terus je memulakan langkah menelusuri ibu kota Saigon menuju ke lokasi seperti yang tertera pada peta tu. Kebetulan pulak pembahagi jalan di kota saigon menuju ke Pasar nih agak besar dan dibuat macam taman dengan tanaman pohon menghijau dan rumput yang halus. Jadi, saya pun berjalanlah melalui pembahagi jalan yang cantik dan redup itu. Kuranglah terasa panasnya sikit...

Ha! dah sampai dah... tu dia lah Behn Than Market yang terkenal di Saigon nih... Kat belakan tu ha!

Kira-kira lebih kurang 15 minit berjalan kaki dari hotel tu, saya pun tiba di lokasi yang dituju iaitu pasar Behn Than. sesampainya sahaja saya di situ, pasarnya baharu sahaja nak buka sebab masih awal lagi.... jam baharu je menunjukkan jam 9.00 pagi. Pun begitu, orang ramai terutamanya pelancong sudah agak ramai juga yang tiba untuk urusan membeli-belah di situ. Saya pun turut menyertai orang ramai itu dan masuk ke dalam pasar yang baharu nak beroperasi itu. seperti juga pasar-pasar lain di negara-negara Asai Tenggara ni, kebanyakan barangan yang dijual di sini hampir sama sahaja. Cuma ada beberapa barangan yang khas ciri Vietnam terutamanya kopi Vietnam yang terkenal itu. Pada mulanya saya bercadang nak membeli kopi tu, tapi memikirkan masih awal pagi dan perjalanan masih lama lagi, maka saya membatalkan niat itu dahulu. Saya pun, melihat-lihat barangan yang ada lalu membeli beberapa cenderahati yang ringan dan mudah dibawa sahaja.....setelah kira-kira 1 jam saya bersiar-siar dalam pasar tu, saya pun memutuskan untuk bergerak ke lokasi berikutnya....

Reunification Palace, Saigon

Saya pun membelek peta semula dan mendapati lokasi yang terdekat selepas pasat tu adalah Reunification Palace. Saya pun terus bergerak menuju ke situ dan mengambil masa kira-kira 30 minit berjalan untuk saya tiba. Sesampainya di situ, saya tidak bercadang untuk masuk ke dalam kawasan tu dan hanya mengambil gambar di luar pagar bangunan tu sahaja. Sebabnya, saya memang telah bercadang untuk menghabiskan masa menikmati pameran yang terdapat di Muzium Perang. Kalau mengikut peta, Muzium perang tu terletak tidak jauh dari Reunification Palace nih...Jadi, usai mengabil gambar, saya meneruskan perjalanan menuju ke lokasi Muzium perang yang mengambil masa kira-kira 20 minit berjalan dari Reunification Palace tu...

Reunification Palace, Saigon

Keletihan berjalan kaki memang amat terasa setibanya sahaja saya di Muzium perang tu. Matahari pulak dah kian meninggi. Tanpa berlengah, saya terus membeli tiket masuk ke muzium dengan harga 15,000 Dong. Sebelum masuk ke dalam, saya sempat mengambil gambar di luar bangunan muzium tu. Ada banyak kapal terbang yang merupakan tinggalan zaman perang dan pernah digunakan sewaktu perang Amerika-Vietnam. Dah dapat amik gambar kat situ, saya memulakan langkah masuk ke dalam muzium.

Muzium Perang, Saigon

Muzium ni terbahagi kepada tiga tingkat yang kesemuanya mempamerkan gambar-gambar tentang negara Vietnam sewaktu era perang. Asyik dan terharu saya menelah kesemua bahan-bahan pameran yang kebanyakannya dalam bentuk gambarfoto itu. Kebanyakannya memperihalkan tentang mangsa perang dan kesan daripada peperangan tersebut terhadap rakyat Vietnam.

Muzium Perang, Saigon

Setelah hambis kesemua tingkat dan semua bahagian dalam muzium tu saya terokai, pengumuman pun di lakukan meminta kesemua pelawat supaya keluar dari dalam muzium kerana memberi laluan kepada staff untuk berehat pada pukul 1 tengahari dan muzium akan dibuka semula pada jam 2.00 petang. Alhamdulullah.... mujurlah saya dah melawat kesemua bahagian muzium tuh... kalau tak, jenuh nak kena tunggu sejam pulak baharu boleh masuk balik....

Muzium Perang, Saigon

Saya pun keluar dari bangunan muzium dan sebelum melangkah meninggalkan perkarangan muzium tuh, saya sekali lagi mengambil peluang mengambil gambar. Kena ambik banyak sikit gambar kat sini sebab proses pemotretan ni semuanya dilakukan secara DIY. Jadi sush nak pastikan gambar yang sesuai untuk di masukkan dalam blog nanti...

Muzium Perang, Saigon

Sambil-sambil bergambar tu, dapat juga berehat menghilangkan lenguh di kaki dan mengambil angin segar di perkarangan muzium tuh... setelah hilag letihnya, saya pun bergerak keluar dari perkarangan muzium... lagi pun perut dah mula keroncong. Saya pun keluar dari perkarangan muzium dan bergerak pulang melalui jalan yang berlainan daripada jalan yang saya ambil sewaktu datang tadi dengan berpanduka peta di tangan...

Berjalan pulang daripada lawatan ke Muzium Perang

Nasib baik la di kota Saigon ni ada banyak pohon yang melindungi jalan rayanya. jadi tak lah panas sangat. Bila jumpa tempat yang agak teduh dan boleh singgah tu, saya berehat sebentar bagi menghilangkan lelah. Pohon-pohon yang ditanam di tengah kota ni pun nampaknya dah tua-tua belaka. Elok juga polisi di sini sebab masoh mengekalkan kelestarian alamnya.

Minum 'teh tarik' Saigon du Restoran Mumtaz

Bila dah reda sikit lelahnya, saya pun meneruskan perjalanan hinggalah akhirnya saya tiba di restoran Mumtaz dan di sinilah saya berhenti untuk mendapatkan makan tengahari. Lalu saya pun memesan nasi beryani ayam dengan harga 80,00 Dong dan sup jagung berharga 40,000 Dong. Saya juga ditawarkan untuk merasa teh tarik Vietnam oleh pramusaji di situ. Jadi saya pun memesan teh tarik berharga 20,000 Dong (lebih kurang RM3) untuk pemanis mulut seusai makan tengahari tuh.

Restoran Mumtaz, Saigon

Dari segi harga, restoran Mumtaz nih lebih mahal sedikit berbanding restoran Delhi yang saya makan semalam. Begitu juga dari segi rasa, restoran Delhi relatif lebih sedap dan bercitarasa berbanding restoran Mumtaz nih...tapi apap pun, saya dah kenyang dengan hidangan tu...Alhamdulillah.... dah sudah tu, saya pun membayar harga makanan dan bergerak pulang ke hotel yang terletak tak jauh dah dari situ. Setibanya di hotel, saya terus menuju ke kauntear agensi pelancongan yang terdapat di hotel tu bagi menempah tiket bas untuk saya bergerak ke Pnom Pehn, Kemboja pada esok hari dengan kadar tambang USD10 (lebih kurang 210,000 Dong). Dah dapat tiket tu, saya terus masuk ke bilik untuk berehat dan menunaikan solat...

Hidangan tengahari di Restoran Mumtaz, Saigon

Di sebelah petang, dah segar sikit badan, saya menuju ke restoran Mumtaza sekali lagi untuk mendapatkan teh tarik sebagai minum petang. Dah lepak-lepak kat situ, saya bergerak plak menuju ke Citi Plaza yang terletak berhampiran situ untuk membeli sedikit barangan makanan yang akan saya jadikan bekalan untuk perjalanan menuju ke Pnom Pehn, Kemboja pada esok hari.... agak lama juga saya membeli-belah di situ kira-kira sehingga jam 9 malam, baharulah saya balik semula ke hotel dan berehat lalu tertidur....

No comments: