English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, August 8, 2011

MENUJU HANOI 2

Imigresen Cha Lo, Vietnam

16.7.11 (Sabtu)
Lebih kurang 5 minit berjalan menyeberangi jambatan Nam Tuang Bridge dan menaiki bukit kecil dan menuruni bukit dan di bawah lembah bukit sana kelihatan pejabat imigresen Cha Lo, Vietnam. Saya pun terus menuju ke sana dan terus ke kunter imigresen untuk mendapatkan cop masuk pada paspot. Oleh sebab tak ramai sangat lagi orang tiba jadi barisan di kaunter ni tak panjang sangat. Malah saya orang ke dua yang beratur di sini. Urusan cop masuk ni juga tak lah mengambil masa yang lam Cuma lebih kurang 10 minit je dah siap. Saya cuma kena bayar USD1 sahaja (saya bayar dengan KIP10,000 Laos) sebab nak habiskan mata wang Lao. Itu pun ada baki lagi. Untuk menghabiskannya, saya membeli beberapa barangan keperluan di sini dengan menggunakan KIP Laos dan baki pertukaran diberikan dalam matawang Dong Vietnam.



Walaupun dah siap cop paspot dalam jangkamasa relatif cepat, tetapi saya perlu menunggu bas dan penumpang lain untuk meneruskan perjalanan. Bila bas tiba, semua beg perlu dikeluarkan dari bas untuk di ’scan’ oleh pegawai imigresen Cha Lo, Vietnam. Kena lah punggah balik beg dan beratur untuk ’scanning’. Memanglah saya boleh siap cepat untuk ’scanning’ tapi masih perlu menunggu penumpang yang lain yang perlu melalui proses yang sama dengan barangan yang sangat pelbagai yang dibawa oleh mereka. Hal ini memang menjadikan proses ’scanning’ agak lambat. Maklumlah, penduduk dikedua-dua negara ini saling bertukar barangan samada untuk keperluan sendiri mahupun untuk perniagaan.



Lebih kurang 1.30 jam berlalu, akhirnya semua proses ’scanning’ barangan selesai dan semua penumpang boleh memasukkan semula barangan ke dalam bas. Saya pun terus je masukkan beg saya ke dalam bas dan terus masuk ke dalam bas. Lebih kurang 30 minit berlalu, akhirnya semua penumpang telah memasukkan barangan ke dalam bas dan kesemuanya telah masuk ke dalam bas. Jam 9.45 pagi, bas pun bergerak meninggalkan imigresen Cha Lo, Vietnam menuju ke Hanoi.



Saya terus merehatkan diri sahaja di dalam bas tu sambil menikmati pemandangan hutan hujan tropika Vietnam. Sepanjang perjalanan ni, bas berhenti di lokasi pertama yang saya tidak ingat namanya untuk mendapatkan sarapan pagi. Saya Cuma turun seketika untuk ke tandas sahajan. Namun, saya tidak bernait untuk mendapatkan sarapan pagi di sini kerana status halal makannya diragui. Jadi saya hanya memakan biskut yang saya beli sewaktu di imigresen Nam Pao, Laos tadi sambil menanti penumpang lain menyudahkan sarapan pagi mereka.

Lokasi berhenti rehat untuk mendapatkan sarapan pagi

Bila tengahari menjelang, bas berhenti lagi untuk membolehkan penumpang mendapatkan makan tengahari. Sekali lagi saya hanya pergi ke tandas dan tidak mendapatkan makan tengahari. Sebaliknya, hanya makan biskut yang memang cukup sehingga malam nanti. Lokasinya juga tidak saya pastikan di mana kerana saya hanya ingin berehat di dalam bas. Akhirnya, jam 9.00 malam, kami pun tiba di kota Hanoi, Vietnam. Sebelum tiba di stesen bas Vietnam, Ejen pelancongan telah masuk ke dalam bas yang saya naiki dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan hotel kepada para pelancong yang ada di dalam bas.



Ejen ni memaklumkan, kalau ambil teksi sendiri menuju ke hotel nanti kena tipu dengan pemandu. Jadi, dia menawarkan perkhidmatan yang murah dan selamat katanya. Oleh sebab saya tidak menempah mana-mana hotel lagi maka saya rasa tawaran ini adalah baik. Lagi pun hari dah malam dan saya masih tak pasti nak tinggal di mana lagi. Jadi bila bas tiba di stesen. Saya pun turun dan mengeluarkan beg dari bas terus menerima tawaran ejen pelancongan wanita itu tadi. Saya menuju ke arah mini bus yang dikenderai oleh ejen itu dan beberapa pelancong lain juga mengikutinya. Dalam mini bus, ejen tu memaklumkan bahawa dia juga boleh menyediakan hotel dengan kadar yang berpatutuan iaitu Municipal hotel yang terletak di ’Old Town’. Kami pun terus menuju ke hotel tersebut dengan kadar tambang mini bus tu USD1.50 (30,000 Dong).

Municipal Hotel, Hanoi

Sampai di Old Town tu, mini bus berhenti betul-betul di hadapan Municipal Hoteal dan pun saya terus mengikuti ejen wanita tu masuk ke dalam hotel dan mendaftar masuk. Sebab saya telah memutuskan untuk tinggal di hotel ini sahaja. Sebabnya, lebih mudah, murah dan selesa....pelancong lain tu boleh je berjalan kaki dari situ ke hotel tempahan mereka kerana lokasinya adalah berdekatan sahaja. Kadar untuk satu malam tinggal di Municipal Hotel ni adalah USD11. saya pun dibawa melawat ke kamar dahulu untuk melihat-lihat. Memang berbaloi dengan harganya, jadi bila turun ke akunter semula, saya memutuskan untuk terus menempah selama dua malam di sini. Masuk ke kamar, saya terus membersihkan diri, solat dan terus tidur.....sebab terlalu letih....

No comments: