English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, October 23, 2011

TIBA DI SAIGON



'Hotel Seventy' - Saigon

20.7.11 (Rabu)

Alhamdulillah…. Setelah lebih kurang 32 jam perjalanan menaiki keretapi dari Hanoi, maka saya pun tiba di stesen keretapi Saigon pada jam 4.00 petang. Oleh sebab sepanjang perjalanan keretapi saya telah menelaah buku panduan kembara, jadi setibanya di stesen ni saya terus mencari teksi syarikat ‘Mailinh’ seperti yang dicadangkan oleh Lonely Plaet. Kebetulan memang teksi tu sentaiasa menunggu di hadapan stesen, jadi saya pun terus mengambilnya dan memasukkan barangan saya ke dalam booth. Saya memaklumkan kepada pemandu teksi tu bahawa saya ingin menginap di ‘Seventy hotel’ yang terletak di lokasi yang memang menjadi tumpunan ‘backpackers’. Saya dimaklumkan oleh pemandu teksi itu bahawa kadar tambangnya adalah 43,000 Dong.

Saigon di waktu petang

Saigon di waktu malam

Saya pun terus dibawa ke lokasi yang dimaksudkan dan tiba di situ kira-kira 20 minit kemudian. Saya diturunkan di lokasi yang berhampiran dengan hotel yang ingin ditumpangi. Setelah membayar tambang teksi, saya terus merayau-rayau mencari hotel yang tertera pada peta yang saya miliki. Tidak lam kemudian saya pun menemuinya dan bertanyakan sekiranya masih ada bilik kosong. Saya dimaklumkan bahawa masih ada bilik kosong dengan kadar lebih kurang USD20 untuk satu malam termasuk sarapan pagi. Saya dibawa melawat bilik yang dimaksudkan terlebih dahulu untuk kepastian. Setalah berpuashati, saya pun membayar kadar yang dimaksudkan untuk tempoh dua malam dan terus mendaftar masuk. Saya membersihkan diri dan menunaikan solat kemudian berehat seketika bagi menghilangkan lelah. Oleh sebab perut terasa sangat lapar kerana dalam tempoh dah dekat 40 jam ni saya masih belum menjamah makanan yang sewajarnya lagi.

Restoran Halal Newdelhi - Saigon

Bersebabkan kelaparan itu, saya memutuskan untuk mencari makanan halal seperti yang telah saya telaah melalui internet dan buku panduan kembara. Kalau mengikut alamatnya, lokasinya terletak berhampiran kawasan kejiranan tempat saya menginap itu. Saya bergerak keluar dari hotel dan mencari-cari restoran makanan halal. Lebih kurang 1 jam mencari-cari itu, akhirnya saya menemui restoran halal ’New Delhi’. Saya pun singgah di restoran itu lalu memesan nasi beryanai ayam, sup sayur serta jus mangga. Oleh sebab terlalu lapar maka saya sangat menikmati makanan tersebut dan terasa nikmatnya. Makan malam ni merangkap makan tengahari dan makan pagi sejak dari semalam dan hari ni lah ni... saya lepak lama sikit kat sini bagi menghilangkan lelah terus....Usai makan malam tu, saya terus bergerak semua ke hotel penginapan saya yang terletak tidak jauh dari situ untuk tidur....

Hidangan malam di Saigon

No comments: