English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, October 23, 2011

NAIK KERETAPI DARI HANOI KE SAIGON

Berkeretapi dari Hanoi ke Saigon

19.7.11 (Selasa)

Jam 4 pagi saya dah bangun dan terus berkemas-kemas barang lalu menunaikan solat subuh. Sehinggalah jam 5 pagi, saya pun turun ke lobi hotel untuk menyerahkan kunci dan daftar keluar dari hotel. Saya lalu meminta pekerja hotel tu membantu saya untuk mendapatkan teksi. Kebetulan pulak memang dah tersedia teksi yang menunggu penumpang kat depan hotel tu, jadi saya minta pekerja tu berurusan dengan pemandu tu dan mendapatkan harga yang sesuai untuk saya.

Setelah mereka berbincang tentang harga teksi menuju ke stesen keretapi Hanoi, akhirnya saya pun bersetuju dengan harga yang ditawarkan iaitu berjumlah 50,000 Dong (lebih kurang USD2.50). saya pun memasukkan barang ke dalam teksi dan kami pun bergerak menuju ke Hanoi Train Station yang mengambil masa kira-kira 15 minit sahja untuk tiba. Setibanya di situ, saya membayar tambang teksi dan terus menuju masuk ke dalam station untuk memastikan tiket yang saya dah beli melalui ejen di kaunter tiket station.

Saya diminta menunggu sahaja di situ sebab tiket saya telah pun disahkan. Ramai gak penumpang yang turut menunggu kat station tu. Perut saya pun dah lapar ni sebab belum makan apa-apa pun lagi. Lalu saya pun mengeluarkan sedikit biskut yang saya telah beli semalam untuk mengalas perut. Kira-kira jam 6.15 pagi, keretapi pun tiba dan saya terus bergerak menuju ke arahnya dan masuk ke koc seperti yang tertulis pada tiket.

Saya pun duduk di tempat duduk dengan disertai kemudaiannya oleh seorang ibu yang duduk di sebelah saya beserta dua orang anak kecilnya yang duduk berhadapan dengan saya dan ibunya. Bayak barangan yang dibawaoleh ibu ini sehingga ruang tempat menyimpan barang di bahagian atas tempat duduk telah penuh. Jadi, barangan selebihnya terpaksa diletakkan di bawah kaki. Namun, di hadapan kaki saya masih ada ruang untuk saya berlunjur. Kemudian ibu itu ingin bertukar tempat duduk dengan saya kerana dia duduk berhampiran tingkap sedangkan saya berhampiran ’aile’. Namun saya terpaksa menolak kerana barangan yang diletakkan dihadapan kaki ibu itu pasti akan menganggu keselesaan saya untuk tidur malam nanti. Dengan bahasa isyarat dan senyuman saya menunjukkan keenganan saya itu. Alhamdulillah.... ibu itu faham nampaknya dengan membalas semula senyuman saya sambil mengangguk.




Memikirkan susana dalam keretapi tu, mengingatkan saya kepada suasana menaiki keretapi di Malaysia waktu zaman kanak-kanak kira-kira 35 tahun yang lalu sekitar tahun 1970-an. Lebih kurang begitulah keadaannya apabila penumpang membawa semua barang ke dalam keretapi dan buaian anak-anak turut digantung untuk mendodoikan anak-anak yang masih kecil. Mungkin suasan begini tidak dapat saya alami lagi di Malaysia kini, namun saya dapat menikmatinya sekali lagi di Vietnam ini.....ini akan menjadi antara kenangan terindah saya dalam kembara Indocina kali ini.

Pemandangan yang dilalui sepanjang perjalanan selama 32 jam yang turut merupakan perjalanan berkeratapi yang paling lama dalam kembara saya setakat ini, menjanjikan suatu panorama yang amat menkjubkan. Vietnam sememangnya sebuah negara yang subur dengan sawah padi yang luas saujana mata memandang. Hutan tropikanya juga amat cantik dan masih anggun dalam kelasnya yang tersediri. Perjalanan keretapi ni menjadi semakin apabila pemandangan yang dilalui ketika menghampiri saigon. Landasan keretapi di sini dibina di lerengan bukit berhampiran pinggiran pantai yang sangat indah dan menkjubkan. Kelelahan akibat tidur yang tidak sempurna sedikit terubat apabila melalui kawasan yang indah ini. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata dan tidak terungkapkan dengan potret sahaja. Maka itu, tiada potret yang diambil di sini kerana saya asyik menikmatinya sahaja tanpa mahu mengambil gambar lagi. Jadi, kenikmatan itu perlu dialami sendiri.........

2 comments:

Anonymous said...

Assalam,

Nak tanye berapa eh harga tiket keretapi dari hanoi ke saigon?

Mcm mane nak book dgn ejen?

Terima kasih....

Diana

PokAmid said...

Dalam pos satu lagi, kosnya ditulis 1,150,000 VND. Jika di tukarkan = USD54. Tapi yang ditulis ialah RM54. Saya fikir ada kesilapan dengan apa yang ditulis.