English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, May 25, 2017

KONFEREN HARI KEDUA

7.2.2017 (Selasa) - Jam 7.00am saya turun sarapan pagi dan hari ni tak boleh berlama-lama sangat sarapan kat hotel ni sebab nanti dah nak bentang paper jam 9.00am. Saya makan ala kadar sahaja dan sebelum naik ke kamar, saya turun ke kaunter penerimaan hotel untuk menggunakan telefon bagi tujuan mengaktifkan kad debit CIMB saya seperti yang saya ceritakan dalam Insiden di Istanbul tu.....

Usai urusan di kaunter tu, saya naik ke kamar untuk bersiap-siap ke konferen. Bila dah siap, pun turun ke lobi dan sebelum keluar, saya singgah di kaunter pertanyaan untuk bertanya bagaimana dan di mana nak beli kad ataupun kupon metro. Penyambut tetamu tu kat, hotel ni pun ada jual kad tu...oooo....gitu....saya pun terus beli satu kad berharga 20TL (10TL harga kad dan 10TL jumlah kredit) yang boleh digunakan untuk 4 kali. Bila dah habis 10TL tu, nanti gunakan kad yang sama untuk top-up. Kalau nak balik nanti dah tak nak guna, boleh jual balik kad tu dengan harga 6TL.

Sedang membentangkan kertaskerja

Jadi, bila dah ada kad tu, saya pun berkira-kira samada nak naik bas ataupun naik metro? kalau nak naik bas ambil arah kanan macam semalam dan kalu nak naik metro kena ambil arah kira sebab stesennya di sebelah sana yang jaraknya sama sahaja dengan jarak ke perhentain bas di sebelah kanan tu. Oleh sesbab semalam saya dah naik bas, maka hari ni saya nak naik metro pulak..... saya pun bergerak ke stesen metro dan naik metro yang menuju ke arah Taksim. Naik metro ni malah lebih cepat tibanya sebab lalu jalan bawah tanah dan hanya satu perhentian sahaja dari Sishane dah tiba. Lebih kurang 4 minit la perjalan metro tu untuk tiba di dataran Taksim....dari situ kena jalan kaki pulak la ke Hotel Nippon....hari sampai awal dalam jam 8.30am...jadi sementara menunggu sesi bermula tu, saya mengambil kesempatan lagi untuk memurnikan powerpoint pembentangan sehinggalah jam 9.00am.....

Sedang membentangkan kertaskerja

Sedang membentangkan kertaskerja

Sedang membentangkan kertaskerja

Untuk sesi saya ni, saya akan jadi pembentang dan dalam masa yang sama saya juga turut dilantik untuk  mempengerusikan sesi. Jadi, saya tidak membuang masa, walaupun masih ada pembentang yang belum hadir, saya memaklumkan kepada urusetia yang saya akan memulakan sesi tepat pada jam 9.00am. Oleh sebab pembentang pertama belum hadir, maka saya memberi keizinan kepada prof. penbentang dari Rusia untuk memulakan sesi memandangakan beliau ada urusan lains elepas sesi itu. Alhamdulillah....sessi yang sya pengerusikan ini berjalan seperti yang direncanakan walaupun ada pembentang yang datang lewat tetapi semuanya terkawal.......sesi berakhir tepat pada masanya.....

Bersama pembentang pertama, Prof. dari Rusia

Bersama semua pembentang dalam sesi sama yang saya pengerusikan

Usai sesi pembentangan tu, kami semua bergambar kenangan bersama-sama sebelum keluar ke lobi untuk mendapatkan minuman pagi sambai berehat dan berbual-bual sebelum sesi berikutnya diteruskan.......Usai berbual-bual sambil minum-minum kami masuk untuk meneruskan sesi konferen yang berakhir sehingga waktu makan tengahari......kami semua mendapatkan makan tengahari di kafe hotel sama seperti semalam dan usai makan...kami semua berpisah sebab hari ni konferen berlangsung sehingga setengah hari sahaja......

Bersama peserta dari India, Pakistan & Sri Langka

Bersama peserta dari India, Pakistan & Sri Langka

Bersama peserta dari India, Pakistan, Sri Langka & Indonesia

Bersama peserta dari India, Pakistan, Sri Langka & Indonesia

Lepas menyudahkan makan tengahari tu saya pun bercadang untuk pulang ke hotel dan dalam perjalanan tu saya singgah di mesin ATM untuk memastikan pengaktifan debit kad CIMB benar-benar berjaya....akhirnya saya dapat mengeluarkan sejumlah wang tunai....Alhamdulillah....saya terus ke stesen metro Taksim dan menaiki metro untuk pulang ke hotel.......

JALAN-JALAN PETANG MUSIM DINGIN DI ISTANBUL

Hari masih awal lagi...saya pun mengambil peluang ini untuk keluar bersiar-siar tetapi dengan berjalan kaki sahaja dan tak perlu naik pengangkutan awam lagi.....jam 3.00pm saya meningalkan hotel bergerak menaiki bukit dari Sishane menuju ke Istiklal dan dari lorong Istiklal tu saya terus bergerak menuju ke dataran Taksim. Sambil tu, saya singgah di kaunter pertukaran wang untuk menukar wang tunai Lira yang saya keluarkan dari mesin ATM tadi kepada Euro untuk kegunaan kembara di negara berikutnya.....

Jalan-Jalan di dataran Taksim

Jalan-Jalan di dataran Taksim

Jalan-Jalan di dataran Taksim
Jalan-Jalan di dataran Taksim

Jalan-Jalan di dataran Taksim

Dari dataran Taksim tu saya nampak macam ada taman di atas bukit di hujung dataran tu....saya teringin nak naik ke situ sebab nampaknya macam ramai je orang lepak-lepak kat situ...saya pun berjalan perlahan-lahan menuju ke sana......hmmmmm.... cantik juga taman ni...pokok-pokok kering di musim dingin menghiasa lanskapnya....indah......

Taman di atas bukit pinggiran Taksim

Taman di atas bukit pinggiran Taksim

Taman di atas bukit pinggiran Taksim

Taman di atas bukit pinggiran Taksim

Taman di atas bukit pinggiran Taksim

Taman di atas bukit pinggiran Taksim

Taman di atas bukit pinggiran Taksim

Taman di atas bukit pinggiran Taksim

Taman di atas bukit pinggiran Taksim

Taman di atas bukit pinggiran Taksim

Taman di atas bukit pinggiran Taksim

Taman di atas bukit pinggiran Taksim

Taman di atas bukit pinggiran Taksim

Taman di atas bukit pinggiran Taksim

Taman di atas bukit pinggiran Taksim

Menuju ke Gezi Kafe di atas bukit tu

Setelah puas berjalan-jalan tu, saya ternampak ada cafe di dalam taman di atas bukit tu. Lalu saya pun menuju ke sana dan singgah di Gezi kafe dan memesan latte yang enak itu....agak lam juga saya mengopi di sini sambil menikmati pemandangan kota Istanbul dari sudut dataran Taksim yang terkenal itu....

Menuju ke Gezi Kafe 

Singgah mengopi ddi Gezi Kafe yang terletak di atas bukit dalam taman bersebelahan dataran Taksim

Mengopi japp...

Mengopi japp...

Mengopi japp...

Usai mengopi, saya pun bercadang untuk pulang ke hotel semula sebab hari pun dah hampir malam, tapi masih terang lagi la...musim dingin ni siangnya pendek je.... selepas membayar harga latte, saya pun berjalan menuruni bukit meninggalkan Gezi kafe dan menuju ke tengah-tengah dataran Taksim untuk sampai di Istiklal.....sambil tu, saya singgah sebentar untuk merakankan foto kenangan dataran TAksim di musim dingin 2017....

Dataran Taksim dalam perjalanan pulang ke hotel selepas mengopi

Dari dataran Taksim, saya melalui laluan Istiklal yang sama seperti saya datang tadi sehinggalah tiba di persimpangan tiga yang menunjukkan arah ke Galata Tower dan saya perlu mengambil lorong kanan menuruni bukit untuk sampai di Sishane......setibanya di Sishanen saya pun merakamkan foto kenangan di taman yang indah menghadap laitu itu yang juga bertindak sebagai mercutanda Sishane...
Singgah di Taman bersebelahan hotel Halic yang menghadap laut, Sishane

Dah... tiba di Hotel Halic tempat saya menginap, Sishane

Dari taman Sishane tu dah boleh nampak hotel Halic tempat saya menginap dan di tengah taman itu juga lah terletakanya laluan ke stesen metro Sishane. Puas berselfi di situ, saya pun memulakan langkah untuk pulang ke Hotel...sebab masih kenyang, jadi setibanya di hotel, waktu malam tu saya tak keluar makan malam lagi dan terus tidur je.....

No comments: