English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Wednesday, May 24, 2017

INSIDEN PAGI AHAD DI ISTANBUL........

5 Feb. 2017....Seperti yang telah saya maklumkan dalam entry sebelumnya bahawa saya akan menuliskan entry khas untuk insiden yang saya alami di pagi hari dalam hujan renyai di kota Istanbul. Saya tertarik untuk berkongsi pengalaman ini sebenarnya.........


Lanjutan dari entry sebelumnya....pagi-pagi seawal jam 10.00am dalam hujan renyai di hari minggu saya berjalan kaki dari Sishane menuju ke Taksim yang kalau ikut perjalanan kai saya mengambil masa kira-kira 25 minit. Dipertengahan jalan tu....tak berapa jaud dari hotel Halic tempat saya menginap di Sishane, Saya disapa oleh seorang lelaki berjambang, bersaiz normal bagi warga Turki namun lebih besar daripada saiz saya, sambil ditangannya memegang sehelai peta Istanbul sama seperti saya dan terus bertanyakan kepada saya tentang lokasi untuk menukar wang. Katanya dia berasal dari Itali dan ingin menukar wang tapi tak tahu di mana premis 'pertukaran wang'. Saya kata, saya pun tak pasti sebab saya baharu sampai je dan nak ke Taksim, jadi di Taksim pasti ada....Tiba-tiba dalam beberapa ketika tu, datang seorang lagi lelaki yang lebih besar dan lebih tinggi menghampiri kami berdua lalumemperkenalkan diri sebagai 'criminal police' sambil menunjukkan lencana polis (namun saya tak pasti itu lencana polis Turki atau tidak)....tapi dia kata dia polis dan memaklumkan lebih kurang begini.... 'it is illegal to exchange money on the street'....saya pun terkedu...bila pulak aku bertukar duit....

Lelaki tu kemudian meminta pasport...saya pun bagi...kemudian dia minta pasport lelaki yang mengaku dari Itali tadi dan diberi...macam pasport Itali...warna hijau...ntahlah....kemudian 'polis' tu minta tunjukkan duit.... saya pun confuse...namun dengan teragak-agak saya pun menunjukkan sebahagian duit Euro yang saya ada......dia ambil dan melakukan aksi seolah-olah mengira duit tu....kemudian memulangkan semula kepada saya...... kemudian dia meminta lelaki 'Itali' tu menunjukkan duit...lalu diberikan duit oleh lelaki 'Itali' itu....terdetik dalam hati saya...."eh lelaki ni kata tadi dia dari Itali, tapi kenapa semua duit yang dia tunjukkan kepada lelaki 'polis' tu semua duit USD dan bukannya Euro?" hhhmmmmm,,, kemudian 'polis' tu memulangkan semula duit mamt 'Itali' tu. Kemudian 'polis' tu memandang ke arah saya dan tanya nak ke mana? saya kata nak ke Taksim tapi tak pasti laluan ni betul ke tidak......Kemudian 'polis' tu meminta saya menunjukkan semua duit yang saya ada.... saya pun heran gak...tadi dah tengok duit... ni nak tengok lagi...? saya pun denga berat hati menunjukkan semua duit Euro yang saya bawa waktu tu.... dia mengambil dan membuat aksi mengira duit tu dan kemudian melipat-lipatnya dan memulangkan semual kepada saya.... semuanya berlaku dengan amat pantas sekali.....tapi duit 'Itali' tu dia tak nak minta tengok semula...hmmm.... setelah saya menerima duti tu lalu memasukkannya semula ke poket seluar. 'Polis' tadi tu memimpin saya dan menunjukkan saya arah ke Taksim.... saya pun mengucapkan terima kasih lalu meninggalkan polis tu dan lelaki yang mengaku dari 'Itali' tadi tu masih bediri di situ dan saya tidak menoleh ke belakang lagi terus meninggalkan mereka......

Memang menjadi kebiasaan saya untuk sentiasa memeriksa jumlah wang cash hampir setiap hari kalau dalam kembara ni....nak dijadikan cerita.....malam hari selepas puas berjalan-jalan di siang hari tadi tu.... saya pun memeriksa semula jumlah cash yang saya ada terutamanya Euro... saya pun mengeluarkan wang dari poket seluar dan mula mengira.....Allahuakbar.....ke mana perginya semua not 100Euro saya???? saya sangat ingat sejak dari Istanbul saya hanya menukarkan not 50Euro dan selepas itu saya tidak menukar wang lagi di Istanbul ni???... tetapi ke mana hilangnya semua not 100ueo debanyak 6 helai yang berjumlah 600Euro kesemuanya???!!!!...Saya pun mengimbas kembali pergerakan saya sepanjang pagi tadi sehingga ke malam hari dan hanya waktu insiden tersebut sahajalah saya ada mengeluarkan duit Euro dari poket saya. Sebab untuk lunch, daya menggunakan duit Lira yang saya tukarkan lebih awal di Atartuk airport.....Saya pun terkedu seketika.....sehinggalah saya tertidur......

Keesokan harinya saya berfikir-fikir lagi macamana saya akan meneruskan kembara ini tanpa wang cash yang mencukupi...memang ada kredit kad tapi bukan semua transaksi di Turki ni boleh menerima kredit kad. Sementelahan pula, saya bukan berada di Turki sahaja kerana perancangan saya kali ini adalah untuk menuju ke Eropah Timur, antaranya Bosnia, Croatia, Bulgaria....negara-negara tu pun bukan mudah untuk menerima kredit kad bagi urusan transaksi....semuanya memerlukan cash...tapi cash saya ni rasanya tak cukup....!!! Tak apalah, saya tidak perlu gelabah lagi...sebab saya yakin Allah memiliki peancangan yang lebih bagus daripada perancangan saya.....saya habiskan hari kedua itu dengan aktivi konferen dan di sebelah malamnya....ketika saya berehat di bilik hotel...Alhamdulillah...Allah memberikan Ilham....saya teringat yang saya turut membawa debit kad CIMB. Tapi saya tidak aktifkan kad itu untuk transaksi ATM di luar negara sebelum berangkat tempohari. Saya lalu membuka laman sesawang CIMB dan mendapat maklumat bahawa saya boleh melakukan pengaktifan debit kad melalui panggilan telefon sahaja. Saya berasa lega...dan terus tidur...

Keesokan paginya...usai sarapan, saya terus menuju ke kaunter penerimaan hotel dan memohon untuk menggunakan telofon bagi melakukan panggilan antarabangsa....saya mendail nombor perkhidmatan CIMB dan memaklumkan pengaktifan kad dan dalam masa lima minit perbualan, semuanya selesai.... saya membayar 25Lira untuk perbualan telefon selama 5 minit itu. Alhamdulillah....pada sebelah petangnya, usai menghadiri konferen dan dalam perjalanan ke pulang ke hotel, Saya terus menuju ke mesin ATM yang ada logo sama seperti yang tertera pada debit kad tu dan melakukan transaski. Alhamdulillah.... saya berjaya mendapatkan cash Lira. Saya mengeluarkan sejumlah wang yang saya akan tukarkan kepada Euro pula kemudiannya sebab kegunaan cash tu adalah untuk negara-negara Eropah Timur yang akan saya lawati sebab negara-negara tu tak menerim Lira untuk jual-beli sebaliknya menggunakan matawang mereka sendiri melalui pertukaran Euro.

Jadi, begitulah serba sedikit pengalaman yang amat berharga yang saya dapat kongsi bersama yang memang kadang-kadang ia merupakan sesuatu yang di luar jangka tetapi memang selalu dalam peringatan untuk sentiasa berjaga-jaga. Namun, ia tetap juga berlaku dan anggaplah ia sebagai ujian daripada Allah. Dalam apa keadaan pun, kita perlu sentiasa yakin dengan perancangan Allah....Alhamdulillah....saya dapat memenuhi impian saya dalam kembara ini..."Jadi, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"........

No comments: