English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, June 4, 2017

DARI ISTANBUL KE SARAJEVO.......

8.2.2017 (Rabu) - Seperti biasa jam sejak tinggal di hotel ni, 7.00am saya turun mendapatkan sarapan pagi yang mengambil masa lebih kurang satu jam bersantai-santai menikmati hidangan sebab tidak terburu-buru untuk aktiviti hari ini....Konferen pun dah selesai dan saya tidak ikut serta untuk tour bersama-sama peserta lain sebab tahun lepas saya telah mengikuti tour yang sama.....cumanya...saya tidak dapat bersuaikenal dengan lebih ramai peserta....miss juga rasanya...tapi sebab saya dah menempah tiket penerbangan ke Sarajevo, Bosnia pada jam 3.40pm hari ini. Tour tu akan berakhir pada jam 1.00pm. Jadi memang saya tidak sempat untuk mengikutinya.....

Usai sarapan, saya naik semula ke kamar untuk mengemaskan barangan yang masih bersisa untuk dikemaskan sehinggalah jam 11.00 pagi, saya turun ke kaunter untuk daftar keluar hotel dan selesai pada jam 11.30am. Sambil tu saya memesan teksi di kaunter penerimaan hotel tu dan jam 12.00pm teksi pun sampai dan kadar bayarannya adalah 70Lira. Saya pun mengambil resit dan masuk ke dalam teksi yang kemudiannya bergerak meninggalkan hotel. Dalam perjalanan tu selepas menyeberangi jambatan saya memaklumkan kepada pemandu bahawa saya perlu ke airport Sabiha Gocken. Pemandu tu terkejut dan berpatah balik ke hotel kerana arah yang dituju adalah ke Artaturk airport dan sampai di hotel pemandu memaklumkan kepada petugas di kaunter penerimaan hotel meminta tambangnya dinaikkan. Saya yakin telah memaklumkan sedari awal kepada petugas kaunter hotel untuk menuju ke Sabiha Gocken airport. Akhirnya saya kena menambah jumlah tambang kepada 150Lira sebab lokasi Sabiha adalah lebih jauh berbanding Atarturk. Nak tak nak...saya punbayar je la tambang tu....pemandu teksi pun membawa saya ke Sabiha Gocken....dan tiba pada jam 1.00pm.


Makan tengahari di Airport Sabiha Gocken

Sebaik keluar dari teksi, saya terus mendaftar masuk pesawat tambang murah Turki, iaitu Pegasus Air. Usai di situ terus melalui imigresen untuk boarding. Semuanya ok je dan sebelum boarding, saya sempat menjamah makan tengahari dengan menu makanan segera burger dan french fries. Lepas makan, kira-kira jam 2pm saya pun mengambil kesempatan untuk solat dan mencari kalau-kalau ada surau di sini. Alhamdulillah ada ruangan solat disediakan tetapi tiada tempat mengambil wuduk. Malangnya tiada tandas di tingkat surau tu, jadi saya perlu turun ke tingkat bawah dengan menaiki escalator untuk mengambil wuduk di tandas berkenaan dan naik semual ke tingkat atas untuk menunaikan solat... Alhamdulillah...dapat solat jamak di sini... Selesai solat..saya terus bergerak ke gate untuk boarding dan menunggu sehingga jam 3.40pm waktu Turki, pesawat pun berlepas meninggalkan Istanbul menuju ke Sarajevo, Bosnia.....Saya dapat tempat duduk di tengah-tengah...walaupun tidak berapa berkenan...namun tu je pilihan yang ada sebab flight ni full house nampaknya....di sebelah kiri saya berdekatan tingkap adalah seorang gadis Turki....Penerbangan  ni mengambil masa kira-kira 2 jam dan tepat jam 3.40pm (waktu Sarajevo lewat 2 jam dari waktu Turki)... pesawat yang saya naiki selamat mendarat di Sarajevo...kecil sahaja airportnya dan sesampainya sahaja saya terus melalui imigresen dan semuanya berjalan dengan lancar je....




Elvir menyambut ketibaan ku di ZemZem Hotel Sarajevo

Setelah melepasi imigresen saya terus keluar dari airport tu dan menuju ke kaunter penukaran wang dan menukarkan sejumlah 50E dan dapat 90++ KMark (nama matawang Bosnia). Walaupun baharu jam 4.30pm tapi cuacanya dah gelap sangat macam malam je....maklumlah musim sejuk....memang sejuk betul di sini.... Jadi, dah tukar duit tu, saya terus mendapatkan teksi yang berada di sekitar airport tu dan melakukan tawar menawar dengan pemandu sebab kat sini teksi bayar pada pemandu je....pemandu bersetuju dengan kadar 50KMark. Saya terus masuk ke dalam teksi dan minta dibawa ke ZemZem Hotel. Dalam masa lebih kurang 20 minit, saya pun tiba di hotel yang dituju dan membayar 50Bosnia atau 25Euro. Saya bayar 50KMark...sebab baru tukar tadi...


Elvir, Penyambut tetamu di ZemZem Hotel Sarajevo

Bayaran teksi pun dah selesai lalu saya terus meluru masuk ke dalam hotel...sejuk sangat di luar ni....dan saya pun tiba di kaunter dan memaklumkan daftar masuk melalui tempahan on-line. Saya diminta membayar cash 50KMark, malangnya duit saya tak cukup sebab pertukaran tadi dapat 90++ KMark je dan bagi teksi 50KMark. Petugas tu plak tak mahu terima wang tunai Euro, lalu dia pun mengajak saya ke kaunter pertukaran wanga yang terdapat di depan hotel tu je, dan saya pun menukar wang Euro ke dalam KMark Bosnia. Kami ke hotel semual dan saya pun membuat bayaran penuh...  Saya pun ditunjukkan bilik di tingkat atas,,,ok gak untuk tinggal seorang di bilik ni....saya pu mmembersihkan diri dan tidak berapa lam kemudian turun untuk bersiar-siar sambil mendapatkan makan malam....



Makan malam pertama di Sarajevo

Lokasi hotel Zem-Zem ni sangat strategik sebab betul-betul terletak di pusat bandar kota lama Sarajevo yang menjadi tumpuan pelancong...jadi saya tidak perlu berjalan jauh-jauh untuk menuju ke destinasi pelancongan utama di sini.......Letih berjalan-jalan malam tu saya pun singgah mendapatkan makan malam dengan menu sosej, roti Bosnia dan salad....Alhamdulillah...usai makan saya pulang semula ke hotel untuk berehat.....

No comments: